Sabtu, 3 Januari 2009

Guan Eng mahu Anwar jamin pemimpin PKR berdisiplin


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meminta Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat(PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memastikan pemimpin parti itu lebih berdisiplin dalam usaha mengekalkan Pakatan Rakyat terus diterima rakyat.

"Anwar harus memastikan pemimpin-pemimpin PKR lebih berdisiplin," katanya mengulas soalan wartawan berhubung terdapat beberapa pemimpin PKR bergaduh dengan pemimpin PAS di Perak baru-baru ini yang boleh menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk menang pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Jan ini.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata Pakatan Rakyat akan melihat sejauh mana pergaduhan yang timbul antara pemimpinpemimpin berkenaan dan akan mencari jalan bagi mengatasinya.

"Saya rasa mungkin satu atau dua pemimpin PKR yang bergaduh dengan PAS. Pakatan Rakyat akan lihat sejauh mana perkara itu (pergaduhan) dan akan mencari jalan untuk mengatasinya," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Sementara itu, Lim berkata DAP akan menyokong penuh calon Pakatan Rakyat dari PAS yang bertanding pada pilihan raya kecil itu.

"Daripada segi calon, terpulang pada parti itu (PAS) dan DAP sebagai komponen dalam Pakatan Rakyat akan menyokong serta bekerjasama bagi memastikan calon yang telah dipilih itu memenangi pilihan raya kecil itu," katanya.

Semalam Presiden PAS Datuk Seri Abdul hadi Awang mengumumkan anggota Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon PAS.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yb yusmadi telah dilantik menjadi ketua amkpg walaupun majoriti ketua amk bahagian menolak beliau…..entahlah apa nak jadi dengan parti keadilan rakyat….bercakap soal demokrasi…dalam sistem demokrasi kita kena akur dengan keputusan majoriti…inilah demokrasi dalam keadilan…ADIL KAH ?????….kalau dulu tak siapa nak berebut pun…bila dah menang..pakat semua nak berebut…ingatlah KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT…DIN BINJAI

Tanpa Nama berkata...

Salam zul..&,Din binjai,
Imam Ahmad Hanbal meriwayatkan dalam musnadnya..bahawa Rasullullah
saw pernah berkata kepada Abu Bakar dan Umar r.a..katanya "Apabila kalian berdua telah bersepakat mengenai sesuatu hal,aku tidak akan berbeda pendapat dengan kalian"

'UTAMAKAN LAH PENDAPAT RAMAI'

Tanpa Nama berkata...

SALAM ZUL DAN DIN ,

"WA AMRUHUM SYURA BAINAHUM"
{dan segala urusan mereka, diputuskan dengan musyuwarah antara mereka]Qs 42.38..Firman Allah jelas..bukan gurauan!..kalau tak endahkan hasil pilihan ramai..untuk apa adakan mesyuarat?

Unknown berkata...

salam.... jika berginilah keadaan takpayah lah kita buat muzakarah dan mesyuarat.. membazir masa saja.. buat keputusan ikut suka hati tanpa ikut kata majoriti...pastu jual nama DSAI... lepas ini kita akan lihat keruntuhan PKR di penang ini..............

Unknown berkata...

alahaiiii...amk dgn pkr penang dah hampeh..!! website penang.keadilanrakyat pun dah 'liau'..cina cakap 'takdak'...kah kah kah kah...elok sngat lah tu..sebelum ni dok kutuk amno teruk...la sendirik yg LEBIH TERUK dari depa..

lebih baik KALAH LA..dari MENANG menindas org lain dan langsung TAKDAK KEADILAN...apa dia camni? ceh bikin malu jaa...

Unknown berkata...

TAHNIAH kerna mendapat Ketua AMK Penang yang BARU lagi PROFESIONAL!

Lepas ni mintak Ketua AMK Malaysia TURUN dari Jawatan sebab bukan title YB...bagi YB Nurul Izzah atau YB lain jadi Ketua AMK Malaysia...kan nak golongan profesional jadi ketua-ketua kan..???

Tanpa Nama berkata...

yusmadi ketua baru amkppg...
hanya 4 bah amk yg nyatakan pendirian kami sokong sapa saja jd kketua amkppg...depa semuanya org baru..saya hormat keputusan mereka...yg lain semua tolak yusmadi...siap nyatakan kenapa dan mengapa kami tolak yusmadi..
sam bertindak bukan sebagai ketua amk tetapi lebih sebagai SEORANG PEGUAM YG MEMBELA ANAK GUAMNYA YG JUGA SEORANG PEGUAM WALAUPUN DIA TAHU ANAK GUAMNYA TAK LAYAK, EGO, SOMBONG, ANGKUH...MACAM NI LAH PERANGAI PEGUAM..TUGASNYA MEMBELA ANAK GUAMNYA...

Tanpa Nama berkata...

yusmadi ketua baru amkppg...
hanya 4 bah amk yg nyatakan pendirian kami sokong sapa saja jd kketua amkppg...depa semuanya org baru..saya hormat keputusan mereka...yg lain semua tolak yusmadi...siap nyatakan kenapa dan mengapa kami tolak yusmadi..
sam bertindak bukan sebagai ketua amk tetapi lebih sebagai SEORANG PEGUAM YG MEMBELA ANAK GUAMNYA YG JUGA SEORANG PEGUAM WALAUPUN DIA TAHU ANAK GUAMNYA TAK LAYAK, EGO, SOMBONG, ANGKUH...MACAM NI LAH PERANGAI PEGUAM..TUGASNYA MEMBELA ANAK GUAMNYA...

Tanpa Nama berkata...

salam...
Benar2 marah dan naik angin siDin binjai nii!
sampai send 2 kali benda yang sama...

SEND LAH 10 KALI PUN...MACAM TU JUGA LAAA!!!!..Din oii

Tanpa Nama berkata...

Ya, bagus tu YB Lim, Semua pemimpin/aktivis pakatan rakyat wajib berdisiplin.

Jangan jadi macam Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Betul.

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...