Isnin, 23 Februari 2009

Bola kini di kaki Pakatan Rakyat-malaysiakini

GELORA politik Perak yang menampakkan keredaan seminggu lalu sebenarnya sebagai satu petanda gelombang yang lebih besar bakal melanda Perak.

Speaker DUN Perak, dengan kuasa yang diperuntukkan kepadanya oleh Dewan Undangan Negeri dan juga Undang-Undang Tubuh Negeri Perak ternyata tidak melepaskan peruntukkan tersebut. Peluang yang muncul didepan mata digunakan sebaik mungkin oleh Tuan Speaker, V.Sivakumar.

Hasilnya, Menteri Besar (H) Dr Zambry Kader bersama 6 lagi anggota Exco Kerajaan (H) nya telah digantung dan dilarang dari menghadiri Sidang DUN masing-masing 18 dan 12 bulan. Asas kepada penggantungan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak itu ialah penghinaan ke atas Dewan Yang Mulia ekoran Majlis Angkat Sumpah yang dihadiri mereka, sedangkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar masih sah dan belum lagi meletakkan jawatan.

Selepas penggantungan ini dijalankan dan berkuatkuasa, para pencinta keadilan mula menarik nafas lega. Rakyat pula bagaikan mendapat sinar baru. Apa tidaknya, kalau sebelum ini Kerajaan yang mereka pilih secara sah dalam PRU 12 lepas dirampas dan diranapkan begitu sahaja oleh Umno BN, kini mereka (rakyat) bagaikan mendapat peluang kedua.

Dalam permainan bola sepak, boleh diibaratkan bahawa bola yang berada di kaki Umno BN telah berjaya dirampas kembali oleh Pakatan Rakyat. Dan bola yang direbutkan itu kini berada di kaki Pakatan Rakyat. Selepas ini Pakatan Rakyat hanya perlu mengelecek beberapa pemain pertahanan (anda boleh teka sendiri siapa gerangannya) sebelum melepaskan tendangan padu yang bisa menggegarkan jaring dan gawang Umno BN.

Pada waktu-waktu getir sebegini, ketelusan dan keadilan daripada pegawai perlawanan samada Pengadil, Penjaga Garisan dan Pegawai Masa adalah amat-amat dituntut.
 

3 ulasan:

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 berkata...

kalian nak tau apa makna (H) pada jawatan Dr Zambry tu?

Menteri Besar (H) tu mcm Kapten Bersara la .. akan jadi Kapten (B).

kalau (B) pada Kapten tu merujuk kepada Kapten BERSARA, (H) pada jawatan jawatan Dr Zambry tu pula merujuk kepada Menteri Besar HARAM.

-jawatannya haram
-gajinya haram
-keputusannya haram

www.pemudakemehe1.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

camana kalau kita tambah sikit pangkat dia jadi HJh.

Menteri Besar Perak Datuk Dr.Zambry (HJh)-Ham Jadah

cam sedap pulak bunyiknya..

Tanpa Nama berkata...

Apa pun...depa jangan pula dimalukan...sebab dengar khabarnya ada pula yang dah meluat kat gang sendiri...Allah dah terbalikan hati2 mereka ini....tunggu masa saja!..H zamri dah tau...

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...