Seorang exco kerajaan Kedah daripada PKR pula sedang dipancing untuk melompat kepada BN, termasuk melalui ugutan bersifat jenayah terhadapnya dan pegawai-pegawainya.
Arumugam Vengatarakoo, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, mendakwa usaha menariknya meninggalkan PKR bermula sejak kemenangannya tahun lepas.
"Satu laporan polis telah dibuat hari ini merangkumi semua kes-kes ugutan jenayah terhadap saya selaku Adun dan ahli exco kerajaan, dan juga terhadap keselamatan keluarga saya sejak dari 8 Mac, 2008," katanya dalam satu kenyataan.
"Ia juga melibatkan semua ugutan terhadap pegawai-pegawai dan bekas-bekas pegawai saya. Kesemua ini adalah bertujuan bagi mengugut saya untuk bersetuju berpindah parti dari PKR kepada Barisan Nasional."
Menang atas tiket bebas, Arumugam kemudiannya menyertai PKR sebelum dilantik pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India.
Difahamkan beliau kini sedang memberikan keterangan kepada polis selepas membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Sungai Petani, Kedah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Luka Rakyat
Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...

-
Kes Datuk Seri Anwar sekali lagi mencabar keadilan Institusi Kehakiman Negara kita. Walaupun, terdapat banyak bukti Saiful Bukhari Azlan tid...
-
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...
-
Beberapa jam selepas lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin dan menjelang lawatan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan