MB haram Perak kini memulakan tugas haramnya bersama sama barisan exco haramnya di bangunan pejabat kerajaan Perak.Hari pertama memulakan tugasnya, sudah dicanangkan kepada dunia bahawa MB dan Exconya datang ke pejabat dengan kereta peribadi kerana kereta rasmi MB dan Exco masih dipegang oleh MB dan Exco yang sah.Tetapi disebalik itu, MB haram Perak sudah mula berkira dan merancang untuk menyamun harta rakyat sejak dari awal pemerintahan haramnya.Perlantikan tiga orang penasihat bertaraf exco dan seorang ketua penerangan menyerlahkan niatnya untuk menyamun sejak awal mengambilalih tugas secara haramnya.
Tiga penasihat bertaraf Exco untuk menasihat MB haram.Apa fungsi sebenarnya sedangkan taraf exco bermakna menerima gaji dan elaun exco.Perlukah seorang MB yang memiliki PHD memiliki tiga penasihat yang pula terdiri dari gerombolang yang terkenal dan licik dalam menyamun harta rakyat sejak dulu lagi?Tidak masuk akal bagi seorang MB untuk memiliki tiga orang penasihat.Ini bermakna perlantikan ini mempunyai maksud yang berbeza dengan keperluan pentabdiran dan UMNO yang memang sudah terkenal dengan sikap suka menyamun.Untuk itu tidak sukar menjangka tujuan perlantikan ini.
Menyamun, itulah sahaja tujuan perlantikan yang boleh dikaitkan dengan UMNO.Awal awal lagi MB haram sudah menunjukkan sikap pelahapnya kepada harta rakyat dan sikap pelahap ini diterjemahkan melalui perlantikan bukan satu tetapi tiga penasihat yang dibayar gaji dan elaun ecxo.Sudah tentu, tugas penasihat ini nanti ialah memikirkan bagaimana untuk memaksimakan hasil yang disamun dari rakyat untuk MB(atau mungkin juga untuk orang orang dibelakang MB).Penasihat ini juga nanti akan menjadi mata dan telinga MB haram untuk tujuan mencari peluang menambah pendapatan melalui hasil samun nanti.
Di samping itu, perlantikan ketua penerangan boleh dilihat dengan jelas bagi memaklumkan kepada rakyat segala maklumat yang sudah diproses dan diputar belit seperti mana yang telah banyak kali dilakukan oleh UMNO.UMNO memang pakar dalam putar belit maklumat ini dan fungsi seorang ketua penerangan sudah tentu untuk menjadi burung kakak tua yang hanya akan berkata kata mengikut skrip yang telah ditetapkan.Tugas ini bakal menjadi rutin harian bagi seorang ketua penerangan yang seperti burung kakak tua hanya pandai berkata kata tetapi tidak tahu langsung makna apa yang diperkatakan itu.
Inilah yang dapat dilihat dengan jelas melalui perlantikan yang dibuat oleh MB haram Perak.UMNO masih mahu mengaburi mata rakyat menerusi tindakan mereka BERAK DI TENGAH JALAN dan mahukan rakyat terima perbuatan BERAK ini sebagai harum walaupun tahi mereka cukup busuk."
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Luka Rakyat
Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...
-
Kes Datuk Seri Anwar sekali lagi mencabar keadilan Institusi Kehakiman Negara kita. Walaupun, terdapat banyak bukti Saiful Bukhari Azlan tid...
-
Dayus bermaksud suami membiarkan isteri berterusan melakukan perbuatan maksiat terhadap Allah SWT dan si suami meredhainya. Ini selaras deng...
-
Mulai hari ini, #siasatpru13 akan mula menampilkan bukti-bukti yang mengesahkan bahawa Pilihanraya Umum ke-13...
1 ulasan:
Auuum !
Itu maal hijrah kasi lagi satu kali sama itu mufti
Catat Ulasan