Langkau ke kandungan utama

Serangan Bermula ESOK...!!! - malaysiakini




Bulan Februari hampir berlalu dan episod menyedihkan seperti pengkhianatan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dan rampasan kuasa di Perak bolehlah dijadikan iktibar kepada penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat. Anggaplah bulan Februari sebagai bulan pembersihan dan bulan Mac pula sebagai bulan menyerang. Asyik-asyik kena serang je, eloklah kita pilih strategi menyerang dan ramai yang bersetuju menyerang adalah pertahanan yang terbaik.

Ketika ini Pakatan Rakyat teruk diasak bertubi-tubi oleh pelbagai fitnah dan tohmahan seperti derhaka, pengkhianat dan macam-macam lagi label yang diberikan oleh media totok UMNO.

MB Selangor terpaksa berdepan dengan SPRM berhubung pertuduhan rasuah dan salahgunakuasa. MB Perak digulingkan setelah 3 ADUN Pakatan Rakyat belot. KM Pulau Pinang diasak dengan tuduhan anti Islam. MB Kedah terpaksa menangkis fitnah exconya membuat surat layang menghina Sultan Kedah dan MB Kelantan cuba dimalukan oleh Raja Katak, Ibrahim Ali.

Najib memerlukan modal besar untuk menghadapi Pemilihan UMNO pada Mac depan dan kejayaan merampas Perak secara haram belum memadai baginya. Selangor kini cuba diintainya dan tengah menunggu peluang untuk merampasnya secara haram.

Tindakan Tan Sri Khalid mendedahkan segala penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh Khir Toyo telah mengejutkan puak-puak UMNO di Selangor dan khabarnya jika didakwa di mahkamah peluang Khir Toyo untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO makin tipis. Senang hatilah Mukhriz dan Khairi pasal saingan korang dah tumbang.

Tok nak cadangkan sedikit penambah baikan kepada Tan Sri Khalid supaya membongkar segala penyelewengan yang dilakukan oleh Muhamad Taib, bekas MB Selangor dan Ketua Penerangan UMNO. Kerjasama rakan-rakan bloggers diperlukan dan sebagai permulaan insiden letupan kilang mercun yang beroperasi secara haram di Sungai Buloh dan telah menggorbankan belasan nyawa perlu disiasat semula oleh SPRM.

Benarkah dakwaan Mat Taib@Mike Tyson memiliki saham di dalam Syabas dan lain-lain syarikat pembekal air sehingga rundingan air di antara kerajaan negeri Selangor dengan syarikat-syarikat pembekal air ini gagal. Biarpun tawaran yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor itu berpatutan iaitu dengan nilai keuntungan yang bakal mereka terima sebanyak 12%. Khabarnya syarikat-syarikat pembekal air ini mahukan keuntungan 300%. Tokey judi kat Gentingpun tak dapat keuntungan sebanyak ini. Memang proksi Mat Taib tamak dan sanggup menyusahkan rakyat Selangor. Eloklah dibuat laporan kepada SPRM agar persepsi Suruhanjaya itu lembu UMNO tidak benar?

Mulai bulan 3 ini tok cadangkan bloggers semua membentuk kesatuan di peringkat nasional dan kita sama-sama mengumpul bukti dan mendedahkan segala kebobrokan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.

Hishamudin yang terpaksa berdepan dengan tentangan hebat daripada PAS, PKR, NGO-NGO seperti Gapena, PIBG, tokoh-tokoh akademik yang membantah pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dan BI.

Gerakan ini atau GMP perlu diperhebatkan dengan sokongan kesatuan sekerja seperti CEUPACS, NUTP dan MTUC. Pemimpin-pemimpin mahasiswa juga perlu menyahut seruan memartabatkan semula Bahasa Melayu dengan menyokong GMP. Pada 7 Mac, jika kita benar-benar menyokong GMP, marilah kita beramai-ramai menyertai demonstrasi yang diadakan untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Soal demonstrasi haram atau tidak tidak timbul kerana UMNO sering mengadakan demo, siap bawa budak-budak sekolah lagi. Jika UMNO membantah,kita paparkan semula gambar UMNO buat demo dengan kanak-kanak. Jangan lupa CEO TNB, Che Khalib dapat award CEO of the yearpun pasal anjurkan demo bantah pembinaan Carrefour di Kota Damansara. Siap bawak budak sekolah lagi dan TV3 ada menyiarkan demo itu di dalam Buletin Utama.

Tok juga nak minta rakan-rakan bloggers mengumpulkan bukti berapa banyak sekolah di seluruh negara yang terbengkalai dan lewat untuk disiapkan. Setahu Tok kaum keluarga Hishamudin juga diberikan projek menyiapkan lebuhraya DUKE bernilai berbilion ringgit dan tok seperti warga Malaysia yang lain nak tahu ada tak kaum kerabat Hishamudin terlibat dengan projek membina bangunan-bangunan sekolah. Mungkin ramai yang tidak tahu Hishamudin adalah sepupu kepada Najib, TPM @ Menteri Kewangan.

Rakyat tengah sengsara dengan kemelesetan ekonomi,ramai yang menganggur,korang pulak perabih duit rakyat.

Mulai tahun ini,berapa banyak Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh membazirkan duit rakyat dengan mengindahkan bangunannya dan kita mulakan dengan negeri Pahang kerana Najib pernah jadi MB di sini. Eloklah solan ini semua ditanya oleh MP-MP Pakatan Rakyat dan didedahkan di dalam blog-blog. Tak kena gaya Hishamudin akan disiasat oleh SPRM dan besar kemungkinan tak dapat bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.Hishamudin bolehlah diibaratkan orang kanan kepada Najib.

Tok nak cadangkan MB Kedah menurut jejak langkah MB Selangor mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN ketika memerintah Kedah.Tok heran UMNO Kedah yang sibuk memainkan isu surat layang menghina Sultan Kedah. Korang kata Exco Kedah yang tulis surat tu. Kalau betul apasal korang tak buat report polis dan dedahkan nama exco tu. Nampak sangat nak buat modal untuk kempen Pilihanraya Kecil Bukit Selambau. Korang sekarang dah kamceng dengan polis, eloklah pindahkan aje cawangan korang kat balai polis. Jangan sampai rakyat menyampah nanti ada pulak kambing, baghal atau keldai yang dihantar di balai polis. Baghal@keldai@kambing tu pulak ada tulis nama PDRM. Macam yang berlaku kat Shah Alam hari tu.

Di Perak pula,hampir pasti BN nak boikot sidang tergempar DUN Perak. Eloklah macam tu. Bolehlah kita bubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya seluruh Perak. lepas tu MB haram zombie boleh pencen. Korang agak-agak SPR nak ke isytiharkan pilihanraya. Bab ni tok musykil sikit.

Tok dengar citer di Selangor jika MB Selangor dipenjarakan, Sultan akan menolak calon yang dikemukakan oleh PKR dan menerima Dr Hasan Ali sebagai MB yang baru. Jika ini berlaku huru-haralah negeri Selangor seperti yang berlaku di Perak dan jalan penyelesaian terbaik selepas ini Dr Hasan Ali tolak tawaran itu dengan berhemah dan serahkan kepada PKR pilih calonnya. Selepas ini untuk menunjukkan korang semua bersatu, buatlah khidmat komuniti bersama-sama.Semua ADUN PKR, PAS dan DAP turun padang menyertai program ini.

Najib tika dan saat ini sibuk membina kemnya di Pahang dengan menjadikan Ismail Said, MP Kuala Krau sebagai orang kanannya. Setahu tok UMNO Bahagian Kuala Krau hari tu mencalonkan Khir Toyo sebagai Ketua Pemuda dan bukannya Mukhriz yang dipilih Najib kerana Mukriz anak Mentornya Tun Dr Mahathir. Kau jangan salah pilih geng sudahlah najib. Setahu Tok juga ada sumber yang mendedahkan Khir Toyo telah memberikan rasuah kepada perwakilan UMNO di Kuala Krau untuk mencalonkannya. SPRM siasat ke tidak perkara ini?

Khabarnya Najib akan melantik Ismail sebagai Menteri kerana sebelum ini kempunan tidak dicalonkan sebagai timbalan menteri biarpun dah 2 penggal jadi MP. Ismail Sabri 2 penggal jadi MP Bera dah dapat jadi Menteri Belia dan Sukan. Saifuddin Abdullah baru jadi MP Temerloh dah jadi timbalan menteri. Ada sumber memberitahu nama Ismail dah dicalonkan Tok Nan dan disingkirkan di saat akhir kerana Rosmah nakkan kawan baiknya Maznah jadi timbalan menteri. Ismail Said pernah menjadi Ketua Pemuda Pahang dan exco Pemuda Malaysia ketika Hishamudin menjadi Ketua Pemuda.

Khabarnya Tok Nan MB Pahang akan digantikan oleh calon pilihan Najib, Shakar Shamsudin kerana beliau orang Pak Lah dan ADUN Kerdau, Zaharudin Kasim juga turut menerima tempiasnya kerana mempunyai hubungan erat dengan Pak Lah dan pernah menjadi Ketua Penaja UMNO Putrajaya. Ramailah orang Pak Lah dan Khairi yang akan dicantas oleh Najib setelah beliau menjadi PM.

Kem Najib jugalah yang memerangkap Norza Zakaria. orang kuat khairi dengan pertuduhan rasuah dan kem Najib jugalah yang mencantas Wan Farid, seorang lagi hulubalang khairi sehingga tewas dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Persaingan di antara Khairi dan kem Najib belum tamat kerana khairi baru sahaja mendapat tonik baru setelah mendapat sokongan ketua pemuda Johor, Datuk Razali Ibrahim. Ketua Pemuda WP, Perak, Kelantan dan beberapa negeri lain turut menyokong Khairi.

Kem Najib yang selama ini menyokong Mukhriz terpaksa bekerja keras dan dalam persaingan hebat ini siapa yang tewas akan kehilangan semuanya dan eloklah korang mintak borang masuk PAS atau PKR. Kalau malu, korang boleh mintak borang keahlian DAP.

Pemilihan UMNO semakin hebat dan setelah Konvensyen BN ditangguhkan, ramai yang menjangkakan pemilihan UMNO turut ditangguhkan bagi menghadapi PRK di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai.

Jika Pak Lah berundur sekarang, masa depan politik Khairi dijangkakan akan berakhir. Masa depan anaknya, Kamarudin sebagai jutawan segera juga akan berakhir. Scomi akan jadi maggi mi. Pak Lah juga yang gigit jari. Paling suspen apakah orang kuat Khairi seperti Ismail Sabri dan Saifuddin Abdullah akan lompat menyertai kem Najib yang dianggotai Jamaluddin Jarjis, Ismail Said, Hishamudin, Zahid Hamidi, Shakar Shamsuddin. Kita sama-sama tunggu dan lihat.
 

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Salam,

Asakan dari kiri,kanan,dan yang paling hebat asakan dari dalam....ada karat didalam!...bila mengelembong.....tanda karat tu dah makin parah!!!

Faham kot no!!!! atau saja buta dan pekak????

Catatan popular daripada blog ini

Forum Jelajah 10 Kota: Anwar On Trial - In the Face of Injustice, 15/1 Jumaat, 8mlm @ Masyarakat Penyayang Penang

Kes Datuk Seri Anwar sekali lagi mencabar keadilan Institusi Kehakiman Negara kita. Walaupun, terdapat banyak bukti Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat oleh doktor, DSAI masih dihadap ke makhamah. Sementara itu, kes Qazaf terhadap Saiful pula diperlewatkan. Adakah semua ini berunsurkan politik? Forum ini akan membincangkan kes DSAI 1998 dan implikasinya terhadap kes DSAI 2010. Forum Jelajah 10 Kota: Anwar On Trial - In the Face of Injustice. Tarikh: 15hb Januari, 2010 (Jumaat) Masa: 9mlm Tempat: Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, (Sebelah rumah Governor) Panelis: 1. YB Sim Tze Tzin (Setiausaha Politik DSAI) 2. YB Yusmadi Yusoff (Peguam) 3. Azmi Abdul Hamid (President Teras) Pengerusi: YB Jason Ong Khan Lee Dianjur oleh Biro Komunikasi Parti Keadilan Pulau Pinang bersama Anwar Ibrahim Club Percuma! Semua Dijemput. http://www.anwaribrahimclub. com/land/10kota/ Minta Sebarkan melalui Email, Blog, Facebook dan Twitter. Dear friends, Datuk Seri Anwar Ibrahim Sodomy Trial II

Banjir Kilat Di Sg Dua

Hujan yang turun dengan lebat pagi tadi telah menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Pulau Pinang telah mengalami banjir kilat termasuk di Sg Dua berhampiran USM. Beberapa kenderaan juga telah ditengelami air yang telah naik secara mendadak dari limpahan air dari tasik USM Sebentar Lagi YB Raveen Adun Batu Uban dan YB Sim Adun Pantai Jerjak yang juga Ketua Cabang Keadilan Bayan Baru serta pegawai dari MPPP dan JPS akan melakukan lawatan ke kawasan yang terlibat.

KEJADIAN KAD PENGENALAN DIGUNAKAN OLEH PENGUNDI HANTU DI SELURUH MALAYSIA

Mulai hari ini, #siasatpru13 akan mula menampilkan bukti-bukti yang mengesahkan bahawa Pilihanraya Umum ke-13 dicemari dengan penipuan dan penyelewengan terancang yang berleluasa di seluruh negara. Setiap minggu, #siasatpru13 akan mengadakan 2-3 sidang media untuk membawa bukti ini kepada rakyat. Selain dari bukti-bukti yang ditunjukkan, #siasatpru13 juga akan membawa saksi-saksi terbabit untuk menampil memberikan keterangan. Penyelewengan yang paling berleluasa adalah kehadiran pengundi hantu yang berpunca dari daftar pengundi yang tidak bersih. Perkara ini membayangkan kelemahan dan mungkin keterlibatan dua badan yang bertanggungjawab, iaitu Suruhanjaya Pilihanraya dan Jabatan Pendaftaran Negara. Kehadiran pengundi hantu membawa impak yang besar yang meruntuhkan keyakinan rakyat kepada integrity keputusan PRU13. Apabila pengundi hantu wujud, segala keputusan – dari undi majoriti, peratusan keluar mengundi, pola pengundian mengikut saluran dan la