Khamis, 26 Mac 2009

N25 Bukit Selambau: Pas komited bantu calon KeADILan-malaysiakini

SUNGAI PETANI,  Pas Kedah akan bekerja keras bagi memastikan calon KeADILan Manikumar Supramanin memenangi pilihan raya kecil Bukit Selambau pada 7 April depan.

Pengarah Pilihan Raya Kecil Pas Bukit Selambau, Senator Yusop Hussin berkata, gerak kerja dan semangat yang dilakukan Pas seolah-olah Pas juga bertanding walaupun hakikatnya KeADILan yang bertanding.

"Setakat ini kempen Pas berjalan seiring dengan KeADILan malah kita membentuk jawatankuasa bersama termasuk jawatankuasa penyelaras dan kami semua sudah bergerak," katanya

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kedah berkata, walaupun majoriti pengundi India dan Cina 50 peratus, calon Pakatan Rakyat mempunyai harapan untuk menang ditambah sokongan pengundi tradisi Pas di Bukit Selambau.

"Kerana itu tidak ada masalah untuk pertahankan kerusi itu, apatah lagi calon yang dikemukakan oleh KeADILan seorang penduduk tempatan," jelas beliau.

"Bahkan mana-mana pengundi yang masih belum mengenali Manikumar kami akan perkenalkan. Rasanya semua berpuas hati dengan calon tersebut yang merupakan seorang yang berkemampuan dari segi kemasyarakatan dan akademik," ujarnya

Pada kempen kali ini mereka akan memperjelaskan kepada rakyat apa yang dilakukan kerajaan Kedah yang diterajui Pas sejak setahun lalu.

Pengundi perlu memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat kerana sekarang ini Bukit Selambau satu-satunya calon yang mewakili kaum India bagi negeri Kedah. Jadi kemenangannya akan mewakili seluruh kaum India di Kedah.

"Kita juga melihat kemungkinan jika calon Pakatan Rakyat menang beliau akan berada dalam Exco Kerajaan Kedah,"katanya.

Bagaimanapun katanya, PAS menjaga lebih 24,000 pengundi manakala KeADILan seramai lebih kurang 12,000 pengundi.

"Biarpun PAS lebih ramai bilangan pengundi berbanding KeADILan, ia tidak mengapa bahkan ini menunjukkan kita bekerja seperti kita yang bertanding," jelas beliau lagi.

"Kita buat begitu, demi kepentingan kerajaan Pakatan Rakyat," ujarnya.

Kerjasama erat itu katanya, akan dipertingkatkan terutamanya untuk menarik lebih kurang 1600 pengundi Melayu yang tidak keluar mengundi pada pilihan raya umum 2008 lalu.

Sehubungan itu katanya, jentera pilihanraya Pas akan berusaha untuk memasti pengundi tersebut keluar mengundi kerana katanya undi mereka akan menguatkan lagi kerajaan Kedah di bawah pimpinan Menteri Besar Azizan Razak N25 Bukit Selambau

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...