Ahad, 29 Mac 2009

N25 Bukit Selambau : Terkini.....Lebih 50,00 penyokong hadir di penamaan calon N25 Bukit Selambau-malaysiakini

BUKIT SELAMBAU-Naib Presiden KeADILan Azmin Ali bersama-sama  lebih 50,000 penyokong pakatan rakyat kini sedang menunggu proses penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani.

Selain Azmin Ali antara pemimpin yang turut kelihatan ialah Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua, Timbalan Ketua Angkatan Muda KeADILan Fariz Musa Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr P Ramasamy, Ketua Penerangan Pas Mahfuz Omar dan pemimpin pakatan lain.

Dalam perkembangan yang sama, dilaporkan kira-kira 15 calon yang bakal bertanding hari ini termasuk dari Barisan Nasional dan calon KeADILan S Manikumar.

Sementara itu, petugas media telah dihalang masuk ke dewan penamaan calon di sekolah berkenaan. Difahamkan hanya calon, wakil calon, pecandang dan penyokong untuk calon sahaja dibenarkan masuk.
 
Ketika ini masih ramai penyokong yang yang sedang berpusu-pusu hadir untuk memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat
 
lagi berita akan menyusul........................

--
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...