Gendang perang baru dipalu.. bersedia tengok siapa bakal menyahut..
Menanda perlumbaan sudah bermula.. sinting lengan bersedia beradu..
Elok la siapkan diri.. pastikan talipinggang dipasang rapi.. jangan tengok saja ada tapi spec entah apa2..
Tunjukkan skill yang mana ada.. jangan biaq tersimpan, rendam lama2 takut karat..
PKR oii.. seantero Malaya dah tau.. ni kubu kuat hangpa.. bukan takat kalah.. kurang majoriti saja hangpa dah malu gelabah.. kudung kepala ooo...
Tegak demokrasi elok2.. mata jangan di jolok.. elakkan perkara yang tak elok.. hudoh orang tengok..
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "
3 ulasan:
Assalamualaikum. Apa yang aku utarakan disini hanyalah pandangan peribadi dan tidak melibatkan mana-mana pihak. Aku menghormati mana-mana pandangan dan sedia menerima teguran jika apa yang diulaskan aku salah dan sedia memohon maaf sekiranya mengguris hati mana-mana pihak.
Tentang perlantinan saudara Dr. Mansur sebagai calon N12 DUN Penanti. Kalau itulah konsensus keputusan pimpinan PR dekat Penanti, adakah diterima rakyat??
Apa yang perlu dipersoalkan ketika ini, pemimpim pilihan parti atau pemimpin pilihan rakyat??yang mana lebih utama??
Adakah pilihan pucuk pimpinan PKR mencerminkan pilihan rakyat di Penanti....alahai sedihnya seolah-olah rakyat perlu terima saja bulat-bulat apa keputusan yang dibuat pimpinan parti. Apa nie??
Berapa kali dah calon-calon yang tidak dikenali rakyat, calon bidan terjun/calon part time ditampilkan.. (yang kenal pun dikalangan parti tue sendiri...).
Mana mereka sebelum nie...adakah hanya tampilkan diri semasa menjadi calon/wakil rakyat sahaja dan hilang selepas tempoh wakil rakyat expired!!
Adakah calon ini yang terbaik dalam PKR, tiada lagikah calon yang lebih berwibawa dalam PKR atau PR?? Ingat kami mengundi bukan atas nama PKR!! tapi atas semangat keadilan dan perjuangan dalam Pakatan Rakyat dan kami mahukan calon yang benar-banar berwibawa dan tahu mengemudi aspirasi rakyat!!!
Calon yang tahu membawa rakyat untuk berfikir. Calon yang menguasai ilmu kejuruteraan rakyat. Calon yang benar-benar tahu permasalahan rakyat bukannnya calon yang buat kerja dalam ruang lingkup parti saja!!
kepada pengundi di Penanti, bukakan fikiran anda...kita tidak mahu hanya dua tiga orang membuat keputusan atas diri dan masa depan kita disini. Kita Rakyat yang sebenarnya ‘penentu’ siapa pemimpin kita...
Aku tidak mahu apa yang terjadi kepada saudara Fairuz berulang lagi. Begitu juga apa yang yang dilakukan oleh Osman Jailu dan Jamaluddin Mat Radzi diPerak berlaku lagi. Bukankah mereka semua ini adalah pilihan pucuk pimpinan parti??Adakah rakyat sendiri yang mengangkat mereka sebagai calon dan seterusnya mewakili rakyat??Serahkanlah kuasa memilih calon/wakil rakyat kepada rakyat semula. Aku mahu pucuk pimpinan khususnya PKR memberi ruang kepada rakyat di Penanti membuat keputusan seterusnya memilih calon yang selayaknya!!!Insya'Allah pilihan Rakyat mesti tidak akan mengecewakan.
Aku syorkan supaya aktivis parti dalam PR turun padan buat survey dan tanya Rakyat siapa pemimpin yang hendak diangkat mereka!!! Adakah sudah tidak cukup masa pimpinan PKR turun padang, tanya sendiri dengan rakyat siapa calon wakil rakyat pilihan mereka!!
Keputusan Rakyat perlu diutamakan sebelum penamaan calon 23 Mei ini!!! Ingat kita semua dikurniakan akal untuk berfikir dan bertindak.
sekian, wassalam.
Shikarishyna
Salam...saudara ku...shikari,
...Terima kasih kerana memberi pandangan peribadi anda.Untuk pengetahuan tuan,terlalu sukar dalam menentukan calon....kerana ini PRK bukan PRU.Terlalu banyak perbedaan antara keduanya.
Dalam PRK ketelitian calon amat penting,malangnya calon yang bakal menang nanti akan merobah suasana politik PKR,ianya akan berfungsi sebagai wakil PKR dalam kerajaan negeri Pulau Pinang,ianya juga kemungkinan akan dilantik sebagai TKM 1 nanti...ianya akan mewakili seluruh warga Melayu bagi seluruh warga Melayu Pulau Pinang.
Kami yang diluar Penanti juga mengharapkan seorang calon berwibawa..dan kami beranggapan pencalonan Dr Mansur sebagai calon Penanti sangat bertepatan dan pencalonannya kami sokong atas dasar kepercayaan dan kebolihan beliau.
Diharap Pengundi akan memberi sokongan padu bagi merialisasi impian kami ini.
Perlu ditegaskan "Pilihan ini adalah paling sesuai"mengikut keadaan" dan berpandangan kehadapan.
"UNDIAN ANDA NANTI...YANG MENENTUKAN KAMI SELURUH RAKYAT PULAU PINANG"....SIAPA TKM 1 kami
Salam...
Pembetulan!!!yang tersilap..
...'penting,malangnya calon yang bakal menang nanti "
ayat itu sepatutnnya berbunyi
"penting,tentunya calon yang bakal menang nanti"....
kesilapan yang tak disengajakan!
Zul png2...kenapa siar gambar perempuan ...betul2 "menjolok mata"!!!
harap maaf!!!!
Zul png2...
Catat Ulasan