Sabtu, 25 April 2009

Najib lebarkan lubang kubur BN -malaysiakini

Jika BN membuat keputusan tidak menyertai Pilihanraya Kecil kawasan Dun Penanti, atas apa alasan sekalipun, mereka bakal menghadapi tekanan penghinaan yang kuat kerana didakwa penakut. "Kalau masuk pun BN tahu mereka akan kalah teruk ..." Itulah antara ayat yang membingitkan telinga.

Sewaktu Barisan Alternatif (BA) memboikot satu pilihan raya kecil di Pahang, masa Abdullah Badawi jadi Perdana Menteri, itulah kata-kata yang dilemparkan terhadap BA. Masa itu mereka kuat. Angkuh orang kuat, semuanya kena pada mereka. Apabila tanpa ditaja sesiapa muncul seorang calon bebas, maka BN menggunakan seluruh kekuatan jentera Pusat dan negeri berdepan dengan calon bebas dengan mengisytiharkan kononnya calon bebas itu ditaja BA.


Adakah dengan tidak menyertai pilihan raya, bermakna BN berjaya 'menyelamatkan' wang dan masa rakyat dari dibazirkan? Belum tentu, kerana tiada siapa berhak menyekat calon bebas dari turut serta. Seorang dari 13 bekas calon bebas Bukit Selambau menghantar borang pencalonan di Penanti sudah cukup untuk SPR dan polis terpaksa 'membazirkan wang'. Pakatan Rakyat tidak akan menyerang calon bebas, sebaliknya akan menghalakan peluru berpandu kepada Najib dan BN, sedang BN tidak berhak untuk berceramah di Penanti kerana mereka tidak bertanding. Sanggupkah BN berputih mata melihat suasana itu?

Andaikan pula BN turut menghantar calon bertanding dalam Dun Penanti, mereka akan menghadapi dua tekanan.

Pertama, Najib akan dituduh lidah bercabang. Najib sudah terlepas cakap mengatakan pilihan raya itu tidak perlu diadakan kerana bukan berlaku kematian. Katanya, ia cuma mainan politik KeADILan. 'Tidak perlu diadakan' bermakna Najib mahukan Adun KeADILan terus mewakili Penanti. Dari awal dia mengatakan, ia satu mainan politik KeADILan. Kalau tiba-tiba dia menyerah leher pula dalam permainan (atau lebih tepat disebut perangkap) maka na�f sangatlah politik Najib.

Kedua, BN akan kalah teruk lagi. Reputasi Najib merudum lagi. Pakatan Rakyat akan berpesta lagi. Beratus ekor lembu dan kambing akan turun menjadi korban meraikan kemenangan bersiri. Rakyat akan mengulang-ulang lagi kata-kata, "BN di penghujung usia, nazak dan dah nak mati ..." Ungkapan dan suasana itu akan lebih digeruni dari kutukanmengatakan BN penakut.

Majoriti senyap akan kembali

Pendek kata, percaturan politik Anwar Ibrahim benar-benar mengasak BN ke penghujung jalan; ke kanan jurang, ke kiri gaung. Pilihlah mana satu untuk mereka terjun. Najib adalah seorang Perdana Menteri yang betul-betul dalam dilema. Dia memimpin BN di zaman kegelapan.

Bagi mengembalikan sokongan rakyat dia telah melakukan pelbagai pembaharuan. Untuk menghadapi kebangkitan bukan Melayu menyokong Pakatan Rakyat, Najib memperkenalkan 'One Malaysia' satu konsep yang ditiru dari 'Malaysian Malaysia' tajaan DAP. Berjanji akan mengkaji penghapusan ISA, mengembalikan permit akhbar parti politik dan mengumumkan kononnya zaman 'kerajaan lebih tahu' sudah berakhir adalah antara strategi menghadapi gelombang kebangkitan rakyat.

Dengan bersikap lunak terhadap rakyat, Najib berharap sokongan 'majoriti senyap' akan kembali. Percaturannya salah bagi mengekalkan kuasa BN. Tapi dengan tidak melakukan pembaharuan itu, kuasa BN lebih cepat menghadapi kehancuran.

Dilema yang sama pernah dialami oleh Mikail Gorbachev. Dia perkenalkan 'glasnost & perestroika' (perubahan dan pembaharuan) bagi membendung kebangkitan golongan antikomunis. Gelombang penentangan terhadap Kesatuan Soviet tidak hancur tapi dia yang turun dulu.

Presiden Africa Selatan, FW De Clerk memperkenalkan pembaharuan menghapuskan dasar Arparteid. Dia menghalalkan semula ANC yang diharamkan serta membebaskan Nelson Mandela. Tetapi akhirnya, bukan setakat Arparteid, politik De Clerk pun turut berkubur.

Jika contoh terlalu jauh, lihat sajalah di negara jiran Indonesia. Di zaman Suharto parti politik yang menggunakan nama Islam dianggap subversif dan diharamkan. Golongan yangbercita-cita menegakkan negara Islam dianggap musuh negara. Mereka ditangkap dan diseksa ala ISA.

Apabila gerakan reformasi mengambil tempat, Suharto turun takhta dan Naibnya BJ Habibie mengambil alih. Habibie juga adalah pemimpin Golkar, parti yang yang tua dan bermasalah macam Umno. Tetapi Habibie nampak lebih baik dari Suharto. Dia melakukan pembaharuan demimengambil hati rakyat.

Jika Najib menubuhkan Kabinet Rakyat untuk menyaingi pengaruh Pakatan Rakyat, Habibie menubuhkan Kabinet Pembangunan Reformasi untuk menyaingi pengaruh reformasi. Rakyat bebas menubuhkan apa jua parti politik serta bebas turun ke jalan raya. Rakyat amat menyukai pembaharuan Habibie, tetapi mereka membenci Golkar dan menumbangkannya dalam pilihan raya.

Percayalah Najib akan melakukan bermacam-macam pembaharuan dalam negara. Tidak pelik kalau ruang demokrasi yang sempit sekarang ini dibuka seluas-luasnya oleh Najib. Macam Gorbachev, De Clerk dan Habibie juga, Najib nampaknya cuma meluaskan lubang kubur Umno dan BN.



!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

2 ulasan:

Amir Hamzah berkata...

Salam Reformasi dan Salam Ziarah! Teruskan perjuangan!

al Mualim berkata...

Salam ziarah,

Ya...saudara amir hamzah,
perjuangan menegakkan keAdilan,...harus diteruskan bertunjangkan kesepakatan kepada kebenaran!

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...