Isnin, 3 Ogos 2009

Benarkah ini VIDEO TEOH BENG HOCK DIPUKUL SEHINGGA MATI??????-malaysiakini





Ramai yang terkejut dengan pengedaran video misteri diatas kononnya berkaitan dengan
"kematian misteri" Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock baru-baru ini.

Biarpun ada yang mengesahkan itu bukan video mendiang Teoh Beng Hock, namun ramai juga yang menyatakan sebaliknya.

Biarpun berbagai spekulasi dan tanggapan yang dilakukan oleh orang ramai, namun bagi kami "Apakah ini caranya siasatan polis dilakukan terhadap tertuduh"?.

Apakah dengan cara membelasah, memijak, menendang, menumbuk dan memperlakukan mereka seperti binatang iai dianggap sebagai "siasatan kes"?.

Jika inilah caranya, maka terdapat besar kemungkinan yang Teoh Beng Hock turut mengalami senario yang sama seperti dalam paparan video di atas.

Apapun enkues terhadap kes kematian Teoh masih dijalankan.

Biarpun mendapat tentangan dari berbagai pihak termasuk keluarga beliau sendiri tentang cara siasatan kes itu.

Namun, kerajaan UMNO dan BN berhak untuk melakukan apa sahaja.

Apa yang lebih penting ialah kemelut yang melanda rakyat dalam kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Penemuan bukti DNA pada talipinggang dan baju mendiang juga kemungkinan besar memperkukuhkan lagi teori yang beliau dibelasah sebelum terbunuh seperti dalam video diatas.

Namun begitu, jika inilah caranya siasatan yang dilakukan terhadap saksi dalam kes -kes tertentu selepas ini maka kami yakin ramai orang yang amat takut dan gentar untuk menjadi saksi.

Apakah mendiang Teoh salah seorang daripada mereka yang diperlakukan sedemikian rupa.

Biarpun video diatas dilihat saeolah-olah bukan Teoh Beng Hock, namun harus diingat bahawa mereka yang terlibat dalam adengan itu adalah rakyat Malaysia.

Soalnya, saiapakah mereka sebenarnya? Apakah pegawai polis atau SPRM.

Tindakan membelasah saksi dan mangsa seperti digambarkan jelas sekali membuktikan senario seperti ini memang berlaku dalam negara kita.

Oleh itu, rakyat perlu bangkit untuk memperbetulkan keadaan ini.

Lakukan perubahan dalam pilihanraya akan datang supaya mereka yang benar-benar bertanggungjawab dan faham tentang undang-undang serta perlembagaan
diberi kuasa untuk melaksanakan tugasannya.

Jika tidak, sudah pasti rakyat yang tidak berdosa akan terus dibelenggu dengan berbagai tindakan, kezaliman dan keganasan pihak kerajaan sendiri.

Petikan dari Pahangdaily

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

4 ulasan:

org memali berkata...

jgn la diadakan benda yg tiada kelak berdosa dan jgn la ditiadakan benda yg ada nanti org kata silap mata

Tanpa Nama berkata...

Memang beginilah caranya pihak polis kerajaan UMNO/BN membuat penyiasatan terhadap suspek dari dulu, kini dan selamanya. Pada pihak polis tahanan suspek itu sudah dianggap bersalah apabila berada didalam balai polis. Lepas itu pihak polis akan mengeluarkan bermacam macam alasan apabila suspek itu mati didalam tahanan polis. Kepada Datuk Hishamuddin... apa komen Datuk ???

Tanpa Nama berkata...

Kepada Mufti Perak dan Datuk Zambry... bila nak buat fatwa berkenaan klip video ini ???

Tanpa Nama berkata...

hmmm... btol ker tu teoh beng hock? atau org lain?
siape kita utk menilainya? hairan.... Ape pun, Allah Maha Berkuasa.... Dia akan tunjukkan kebenarannya jugak nanti... tak baik buat andaian yang bukan2x... jika benar mendiang dipukul, maka ptt hukum org yg memukulnye. Tp, jika tidak benar, maka, harus dihukum org ygg menyebarkan fitnah itu...

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...