Isnin, 19 Oktober 2009

Ketiadaan Penyelia DUN membawa bencana kepada JKKK dan rakyat-malaysiakini

"Ini bukan kali pertama saya menyuarakan kelemahan pentadbiran PR Pulau Pinang, malahan telah berkali kali saya ajukan pandangan dan pendapat ini melalui media tempatan mahu pun diruang komen diinternet.

Kegagalan kerajaan PR di Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP mengujudkan apa yang dipanggil "Penyelia DUN" telah membawa bencana pentadbiran kepada JKKK dan rakyat. Kekanggan demi kekanggan yang sengaja diujudkan oleh pihak berkuasa tempatan yang setengahnya ditadbir oleh puak puak berhati UBN meyebabkan banyak usaha JKKK Negeri tergantung dan tertunggak seolah olah cuba memperlihatkan bahawa PR tidak mampu memerintah secara berkesan.

Pandangan betapa pentingnya perjawatan "Penyelia DUN" ini bukanlah pekara baru, malahan bukan pula memerlukan satu kajian yang mendalam, dari aspek logik dan kualiti pentadbiran amat berkait rapat. Mengapa DAP (Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri ) melalui PR tidak melihat ini semua? Mengapa pula diujudkan Pengerusi Jawatan Kuasa Bertindak JKKK mengikut daerah diadakan, rata rata pula ianya dikuasai oleh DAP... jawapan nya amat jelas:

DAP ketakutan akan hilang majoriti kuasa memerintah Pulau Pinang jika sekiranya PKR dan PAS berjaya memenangi semua kerusi yang dipertandingkan dalam PR Ke13 nanti. Gandingan PAS dan PKR akan meyebabkan peluang DAP untuk terus memerintah Pulau Pinang akan tenggelam dan hanyut bekubur.

JKKK ujud sekadar syarat memenuhi kelaziman memerintah, itu lah yang telah diusahakan oleh DAP dalam PR. Apa masaalah rakyat terutama dikawasan DUN yang dimenangi UBN tidak menjadi agenda pemerintah lagi, malahan bagi memperlihatkan keperhatinan kerajaan, exco akan dikerah menangani apa jua masaalah rakyat. Organisasi pentadbiran sebegini tidak betul dan tidak praktikal.. batas batas exco ada, kepentingan dan tanggung jawab mereka telah dicemari dengan meletakkan ada exco atau wakil rakyat yang terpaksa menjadikan DUN yang tidak dimenangi oleh PR sebagai DUN angkat... Apa jenis pentadbiran sebegini.. sistem apa yang diguna pakai??

Di Pulau Pinang PAS dan PKR perlu bangun, walau pun PAS hanya ada 1 kerusi tetapi survival org org Melayu Islam perlu dijadikan agenda utama dan Perjawatan Penyelia DUN ini perlu diperjuangankan seperti mana yang telah dipertahankan olih Allahyarham YB Dato Hamdan Abd Rahman

Pimpinan Tertinggi PAS dan PKR tidak lagi boleh dilihat 'bacul' kerana rakyat tahu dan faham "too much in politicking" hanya akan mengujudkan impak yang keras keatas Pakatan Rakyat.

Oleh badok



'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...