Langkau ke kandungan utama

Cubaan Gagalkan Mesyuarat Agong Tahunan PKR Cabang Bayan Baru










Sebentar tadi PKR Cabang Bayan Baru melalui Sdr Azrizal Tahir Ketua AMK Cabang Bayan Baru telah membuat 2 laporan polis di Balai Polis Bayan Baru. Laporan pertama berkenaan penyebaran risalah fitnah dan senaskah buku bertajuk ' 50 kemusykilan Manusia bernama Anwar Ibrahim ' yang memburuk-burukkan Pemimpin Pakatan Rakyat manakala laporan kedua berkenaan SMS (khidmat pesanan ringkas) provokasi berkenaan mesyuarat Agong Tahunan PKR Cabang Bayan Baru.

3 jenis risalah yang bertajuk1. KEDUDUKAN ISLAM TERCABAR 2.KESUCIAN ISLAM TERCABAR dan yang ke3.DISKRIMINASI DAP telah dihantar melalui pos bersama senaskah buku yang bertajuk " 50 kemusykilan Manusia bernama Anwar Ibrahim " kepada beberapa AJK Cabang B.Baru.

1 SMS provokasi untuk menggagalkan Mesyuarat Agong Tahunan PKR Cabang Bayan Baru seperti berikut " Mesyuarat Agong Cabang pd 27/03/10 ditunda, tarikh akan diberitahu kelak, sebab R.O.S tidak beri kebenaran, tlg sebarkn kpd semua ahli pkr Bayan Baru. (salehudin bin pandak s/u Cabang Bayan Baru) " telah dihantar kepada kebanyakan ahli PKR Cabang Bayan Baru.

Bagi pihak kami dari Cabang Bayan Baru menyanggah fitnah dan tohmahan serta provokasi yang cuba menggagalkan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Bayan Baru yang akan diadakan pada 27 Mac 2010 Sabtu bertempat di B-Suite, Bukit Jambul, Bayan Baru yang telah dihantar oleh pihak-pihak tertentu yang cuba mengucar-kacirkan PKR Cabang Bayan Baru dengan "menjual" nama setiausaha PKR Cabang Bayan Baru .

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Ulasan

Nasihat kepada puak gerombolan sudahla...xguna menabur fitnah kpd
PR. Ingat pengundi skrg trlalu bodoh shingga xdapat beza antara Pemimpin atau pengkhianat.

Ini lagi satu samdol
Antar sms arah batal Msyrt Agung Cabang BB guna nama s/u Cabang
Trbukti ada hati perut yang sungguuhh BUSUUKK lagi membusuukkaann.....tunggu masanya akn sampai tidak lama lagi

Catatan popular daripada blog ini

Forum Jelajah 10 Kota: Anwar On Trial - In the Face of Injustice, 15/1 Jumaat, 8mlm @ Masyarakat Penyayang Penang

Kes Datuk Seri Anwar sekali lagi mencabar keadilan Institusi Kehakiman Negara kita. Walaupun, terdapat banyak bukti Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat oleh doktor, DSAI masih dihadap ke makhamah. Sementara itu, kes Qazaf terhadap Saiful pula diperlewatkan. Adakah semua ini berunsurkan politik? Forum ini akan membincangkan kes DSAI 1998 dan implikasinya terhadap kes DSAI 2010. Forum Jelajah 10 Kota: Anwar On Trial - In the Face of Injustice. Tarikh: 15hb Januari, 2010 (Jumaat) Masa: 9mlm Tempat: Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, (Sebelah rumah Governor) Panelis: 1. YB Sim Tze Tzin (Setiausaha Politik DSAI) 2. YB Yusmadi Yusoff (Peguam) 3. Azmi Abdul Hamid (President Teras) Pengerusi: YB Jason Ong Khan Lee Dianjur oleh Biro Komunikasi Parti Keadilan Pulau Pinang bersama Anwar Ibrahim Club Percuma! Semua Dijemput. http://www.anwaribrahimclub. com/land/10kota/ Minta Sebarkan melalui Email, Blog, Facebook dan Twitter. Dear friends, Datuk Seri Anwar Ibrahim Sodomy Trial II

Banjir Kilat Di Sg Dua

Hujan yang turun dengan lebat pagi tadi telah menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Pulau Pinang telah mengalami banjir kilat termasuk di Sg Dua berhampiran USM. Beberapa kenderaan juga telah ditengelami air yang telah naik secara mendadak dari limpahan air dari tasik USM Sebentar Lagi YB Raveen Adun Batu Uban dan YB Sim Adun Pantai Jerjak yang juga Ketua Cabang Keadilan Bayan Baru serta pegawai dari MPPP dan JPS akan melakukan lawatan ke kawasan yang terlibat.

KEJADIAN KAD PENGENALAN DIGUNAKAN OLEH PENGUNDI HANTU DI SELURUH MALAYSIA

Mulai hari ini, #siasatpru13 akan mula menampilkan bukti-bukti yang mengesahkan bahawa Pilihanraya Umum ke-13 dicemari dengan penipuan dan penyelewengan terancang yang berleluasa di seluruh negara. Setiap minggu, #siasatpru13 akan mengadakan 2-3 sidang media untuk membawa bukti ini kepada rakyat. Selain dari bukti-bukti yang ditunjukkan, #siasatpru13 juga akan membawa saksi-saksi terbabit untuk menampil memberikan keterangan. Penyelewengan yang paling berleluasa adalah kehadiran pengundi hantu yang berpunca dari daftar pengundi yang tidak bersih. Perkara ini membayangkan kelemahan dan mungkin keterlibatan dua badan yang bertanggungjawab, iaitu Suruhanjaya Pilihanraya dan Jabatan Pendaftaran Negara. Kehadiran pengundi hantu membawa impak yang besar yang meruntuhkan keyakinan rakyat kepada integrity keputusan PRU13. Apabila pengundi hantu wujud, segala keputusan – dari undi majoriti, peratusan keluar mengundi, pola pengundian mengikut saluran dan la