Langkau ke kandungan utama

KENYATAAN Y.B. DATO MANSOR MENGENAI ISU 'GUAN ENG GANTI YDP AGONG"

KENYATAAN AKHBAR TIMBALAN KETUA MENTERI 1 PULAU PINANG Y.B. DATO’ MANSOR BIN HJ. OTHMAN DI KOMTAR, GEORGE TOWN PADA 23.8.10

Siasatan Polis Boleh Dipercepatkan Atas Tuduhan UMNO Bahawa Ada Masjid Di Pulau Pinang Terlibat Dalam Isu “Guan Eng Gantikan Agong” Perlu Demi Mempertahankan Maruah Semua Imam/Khatib Dan Masjid Di Pulau Pinang.

Kerajaan negeri Pulau Pinang berharap siasatan polis dipercepatkan atas tuduhan UMNO bahawa ada masjid di Pulau Pinang yang terlibat dalam isu “Guan Eng Gantikan Agong” amatlah perlu demi mempertahankan maruah semua imam/khatib dan masjid di Pulau Pinang.

Teks khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) tidak pernah menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong. Kerajaan negeri, JAIPP atau YAB Ketua Menteri sendiri juga tidak pernah menerima atau mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada mana-mana pihak untuk menggunakan nama Ketua Menteri.

Oleh itu sekiranya ada mana-mana imam/khatib yang menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama YDP Agong, ini adalah salah dan maka tindakan keras haruslah diambil.Sehingga sekarang tidak ada seorang imam/khatib mengaku ada menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama YDP Agong sepertimana yang didakwa oleh UMNO.

Malah seorang khatib/imam, Ustaz Zakaria Ahmad, menafikan tuduhan UMNO yang beliau terlibat dan menganggap tuduhan itu sebagai satu fitnah sama sekali. Sebenarnya, beliau hanya mendoakan Guan Eng diberi hidayah oleh Allah untuk memeluk Islam, di mana Nabi Muhammad SAW sendiri pernah mendoakan agar orang bukan Islam diberi petunjuk dan hidayah Allah untuk memeluk Islam. Samada ini selaras dengan hukum Islam ataupun tidak, ianya harus diputuskan oleh para ulama dan pakar agama.

Isu “Guan Eng gantikan Agong” yang dibangkitkan oleh UMNO perlu diputuskan kesahihannya samada benar atau tidak. Ini kerana beberapa masjid di Pulau Pinang berasa gelisah selepas dilandai fitnah UMNO mengatakan mereka terlibat dalam isu menggantikan nama DYMM YDP Agong dengan nama Ketua Menteri. Oleh yang demikian siasatan polis diharap dapat disiapkan dengan segera supaya perkara yang begitu sensitif ini boleh diselesaikan dalam bulan Ramadan yang mulia ini sekaligus boleh mempertahankan maruah imam/khatib dan masjid seluruh Pulau Pinang.

Kerajaan negeri rasa kesal bahawa UMNO telah mencemarkan kesucian bulan Ramadan yang mulia ini dengan tuduhan-tuduhan melulu dan melemparkan fitnah ke atas Kerajaan negeri Pulau Pinang. Sehingga sekarang UMNO tidak dapat menunjukkan bukti JAIPP sediakan teks khutbah yang menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong ataupun menunjukkan di mana kerajaan negeri, JAIPP atau YAB Ketua Menteri sendiri mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada masjid atau surau untuk menggunakan nama Ketua Menteri.

Adalah tidak adil dan patut bahawa sekarang ini masjid dan imam/khatib diheret dalam kacah permainan jahat UMNO semata-mata untuk memenuhi kegairahan politik UMNO untuk menjatuhkan imej kerajaan negeri PR.

Saya ingin mengulangi isi kandungan usul bersama pada mesyuarat tergempar PR Pulau Pinang semalam yang menyeru rakyat dan penyokong PR bersikap tenang dan tidak masuk perangkap UMNO. Ini adalah kerana UMNO cuba untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada beberapa kejayaan program kerajaan negeri seperti memberikan kewangan khas Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM 400 kepada semua ahli pentadbiran dan agensi kerajaan negeri; pemberian tahunan RM 100 wang penghargaan warga emas; menambahkan peruntukan hal ehwal Islam sebanyak 100% kepada RM 24.3 juta pada 2010 berbanding dengan RM12.5 juta pada 2008 ; Sumbangan Ihya Ramadan dan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR); serta mengharamkan perjudian bola selaras dengan prinsip amar maaruf nahi mungkar.

Y.B. Dato’ Mansor bin Hj. Othman

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Saya sungguh sedih di atas kurang bijaknya (bodoh) TKM YB Dato'Mansor bin Hj.Othman perihal seorang khatib yg berjiwa Islam. Sepatutnya beliau membuat kenyataan mempertahankan khatib tersebut . Beliau sepatutnya menyatakan 'Jika segala tuduhan liar atau fitnah oleh JKKK / juak juak pengampu UMNOBN dan Zaid Hamidi tidak benar , beliau rela untuk menyediakan barisan peguam peguam dari PR untuk menyaman malu terhadap tukang fitnah , ini yg sepatut di lakukan oleh TKM Pulau Pinang bukan sekongkong dengan puak puak yg menambur fitnah.YB Dato'Mansor "WAJIB" mempertahankan khatib bukan hanya nak membersihkan nama Lim Guan Eng dan MAIPP.

Catatan popular daripada blog ini

Forum Jelajah 10 Kota: Anwar On Trial - In the Face of Injustice, 15/1 Jumaat, 8mlm @ Masyarakat Penyayang Penang

Kes Datuk Seri Anwar sekali lagi mencabar keadilan Institusi Kehakiman Negara kita. Walaupun, terdapat banyak bukti Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat oleh doktor, DSAI masih dihadap ke makhamah. Sementara itu, kes Qazaf terhadap Saiful pula diperlewatkan. Adakah semua ini berunsurkan politik? Forum ini akan membincangkan kes DSAI 1998 dan implikasinya terhadap kes DSAI 2010. Forum Jelajah 10 Kota: Anwar On Trial - In the Face of Injustice. Tarikh: 15hb Januari, 2010 (Jumaat) Masa: 9mlm Tempat: Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, (Sebelah rumah Governor) Panelis: 1. YB Sim Tze Tzin (Setiausaha Politik DSAI) 2. YB Yusmadi Yusoff (Peguam) 3. Azmi Abdul Hamid (President Teras) Pengerusi: YB Jason Ong Khan Lee Dianjur oleh Biro Komunikasi Parti Keadilan Pulau Pinang bersama Anwar Ibrahim Club Percuma! Semua Dijemput. http://www.anwaribrahimclub. com/land/10kota/ Minta Sebarkan melalui Email, Blog, Facebook dan Twitter. Dear friends, Datuk Seri Anwar Ibrahim Sodomy Trial II

Banjir Kilat Di Sg Dua

Hujan yang turun dengan lebat pagi tadi telah menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Pulau Pinang telah mengalami banjir kilat termasuk di Sg Dua berhampiran USM. Beberapa kenderaan juga telah ditengelami air yang telah naik secara mendadak dari limpahan air dari tasik USM Sebentar Lagi YB Raveen Adun Batu Uban dan YB Sim Adun Pantai Jerjak yang juga Ketua Cabang Keadilan Bayan Baru serta pegawai dari MPPP dan JPS akan melakukan lawatan ke kawasan yang terlibat.

KEJADIAN KAD PENGENALAN DIGUNAKAN OLEH PENGUNDI HANTU DI SELURUH MALAYSIA

Mulai hari ini, #siasatpru13 akan mula menampilkan bukti-bukti yang mengesahkan bahawa Pilihanraya Umum ke-13 dicemari dengan penipuan dan penyelewengan terancang yang berleluasa di seluruh negara. Setiap minggu, #siasatpru13 akan mengadakan 2-3 sidang media untuk membawa bukti ini kepada rakyat. Selain dari bukti-bukti yang ditunjukkan, #siasatpru13 juga akan membawa saksi-saksi terbabit untuk menampil memberikan keterangan. Penyelewengan yang paling berleluasa adalah kehadiran pengundi hantu yang berpunca dari daftar pengundi yang tidak bersih. Perkara ini membayangkan kelemahan dan mungkin keterlibatan dua badan yang bertanggungjawab, iaitu Suruhanjaya Pilihanraya dan Jabatan Pendaftaran Negara. Kehadiran pengundi hantu membawa impak yang besar yang meruntuhkan keyakinan rakyat kepada integrity keputusan PRU13. Apabila pengundi hantu wujud, segala keputusan – dari undi majoriti, peratusan keluar mengundi, pola pengundian mengikut saluran dan la