Isnin, 27 September 2010

Al Fatihah....ADUN Galas, Che Hashim Sulaima Telah kembali Kerahmatullah petang tadi

ADUN Galas, Che Hashim Sulaima, 48, yang menghidap barah usus meninggal dunia di Hospital Al-Islam Kampung Baru di Kuala Lumpur pada 4.30 petang tadi.
Perkara itu disahkan oleh naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menerusi twitternya sebentar tadi.

Pada 26 Julai lalu, beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Perdana di Kota Bharu, tetapi kemudiannya dibenarkan pulang.

Che Hashim dimasukkan Hospital Pakar Perdana itu, selepas tiga hari pulang daripada membuat rawatan kemoterapi di China selama 10 hari.

Beliau disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu selepas batuk mengeluarkan darah.

Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People's Hospital Fu San, Beijing selepas menerima rawatan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur selama tiga bulan.

Keadaan kesihatannya agak serius sebelum itu. Kepulangannya daripada menjalani rawatan di China tahun lepas disambut wakil-wakil rakyat dan penduduk Gua Musang.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Mac lalu beliau turut hadir. Bagaimanapun pada persidangan Jun lalu beliau mohon bercuti.

Allahyarham memenangi kerusi Galas dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum yang lalu dengan mengalahkan calon BN, Saufi Deraman.

Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN, Saufi yang mendapat 3,753 undi.

Galas adalah DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh.

Sementara itu, di Rantau Panjang, Speaker DUN Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud, berkata beliau akan menulis surat kepada SPR sebaik menerima sijil kematian Allahyarham.

Tunggu sijil kematian

Sebagaimana biasa laporan bertulis akan dibuat secepat mungkin sebaik menerima laporan kematian dari pihak keluarga atau pihak berwajib.

"Kita tunggu sijil kematian Allahyarham sebelum menulis surat kepada SPR bagi menyatakan kekosongan DUN Galas," katanya

Ini adalah kali ke-12 pilihan raya kecil terpaksa diadakan selepas pilihan raya umum 2008 berikutan kematian atau perletakan jawatan.

Sementara itu, jenazah Che Hashim sedang diuruskan di Masjid Jamek Kampung Baru, kata pembantu peribadinya Husin Embong.

Beberapa pemimpin tertinggi PAS dilihat menziarahi allahyarham di masjid itu, termasuk timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa, serta naib presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

"Selepas selesai dimandi, dikafan dan disembahyangkan, kita akan terus bertolak bawa jenazah ke Gua Musang," kata Husin ketika dihubungi.

Beliau menjangka, mereka akan bertolak membawa jenazah ke kampung halamannya di Kampung Kerinting, Gua Musang menjelang jam 7 malam.

Tambahnya, pimpinan PAS negeri serta warga Gua Musang akan menunggu ketibaan jenazah di Masjid Tengu Faiz Petra dan akan terus disemadikan di perkuburan berhampiran.

Allahyarham meninggalkan dua balu - Che Bongsu Jusoh dan Aida Zahari - serta 12 orang anak, yang turut berada di masjid itu hari ini

2 ulasan:

armouris berkata...

info tentang barah usus di SIHAT SELALU - Barah Usus Perlu Dikesan Awal

Tanpa Nama berkata...

Nudebabe [url=http://celebritiespics.blogreaction.com] naked movies[/url] fre naked pics

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...