PETALING JAYA: Seorang perwakilan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) hari ini mencabar Umno supaya mengadakan konsep pemilihan satu ahli satu undi dan tidak memperalat media kawalan mereka untuk mencari ‘salah’ sepanjang emelen demokrasi itu dimulakan KEADILAN.
“Saya cabar Umno buat pemilihan satu ahli satu parti. Saya cabar,” kata seorang pembahas dengan disambut tepukan dan sorakan gemuruh dari perwakilan Kongres Nasional KEADILAN peringkat AMK.
Terdahulu, beliau kesal kerana media tempatan khususnya Utusan dan TV3 sentiasa memutar belit fakta sepanjang proses pemilihan KEADILAN dengan hanya memberi gambaran suasana negatif sahaja.
Sedangkan, katanya, paparan sedemikian tidak tepat dan jauh dari suasana keseluruhan sebenar.
“Umno hanya mahu mencari salah KEADILAN sahaja. Sikit masalah, mereka besar-besarkan tapi saya percaya rakyat tidak lagi percaya kepada media sebegitu,” katanya.
2 ulasan:
bukan cari salah tu..itu memang kerja manusia bertuhankan umno... kalau bertuhankan Allah takkan buat kerja2 keji seperti itu.
Salam Reformasi,
memohon Tuan linkkan blog kami yang baru dlm perjuangan untuk mendapatkan sedikit pembaca, bersama tumbangkan BN.
http://harapan-terbaru.blogspot.com/
Catat Ulasan