~ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~~
Assalamualaikum W.W,
Kepada yang mampu tetapi belum menyertai demi mangsa banjir. Tarikh tutup penyertaan Qurban & Aqiqah 1431 H dilanjutkan ke 11 hb November, 2010. BANTU walaupun sebahagian (tompok/panggu) sahaja untuk mangsa banjir yang mencecah lebih 20,000 mangsa di Kedah/Perlis dan berpuluh ribu mangsa umat Islam di Selatan Thailand. Sekarang mangsa banjir Islam amat memerlukan bantuan anda. Semoga usaha kita diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.
Soalan Lazim Untuk Yang Berkemampuan
Soalan 1: Mengapa pelaksanaannya dilakukan di Maahad Al-Kholidi dan Selatan Thailand?
Pelaksanaan qurban dan aqiqah ini di laksanakan di Maahad Al-Kholidi dan Selatan Thailand kerana tuntutan dan keperluan hidup anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal fakir miskin di sini lebih mendesak dan lebih memerlukan sambil mencari dana untuk tabung Maahad Al-Kholidi, Pendang, Kedah dan di Thailand lembu lebih murah. Keadaan kami yang sangat dhaif dan serba kekurangan amat memerlukan bantuan tuan/puan selaku saudara seagama. Dan sesungguhnya Allah telah berfirman bahawa sesungguhnya seluruh orang yang beriman itu adalah bersaudara.
Soalan 2: Apakah hukum melaksanakan ibadah qurban?
Hukum melaksanakan ibadah qurban adalah sunat muakkad. Ini bermakna ia adalah ibadah sunat yang sangat-sangat di tuntut oleh Islam keatas umatnya untuk di lakukan jika berkemampuan.
Soalan 3: Apakah kelebihan melaksanakan ibadah qurban?
Antara fadilat dan kelebihan berqurban itu ialah:
1) Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
2) Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
3) Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
4) Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.
5) Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
6) Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."
Soalan 4: Apakah hukum melaksanakan ibadah aqiqah?
Hukum – Sunat yang dituntut ( muakkad )
Soalan 5: Apakah kelebihan melaksanakan ibadah aqiqah?
Berdasarkan kepada tafsiaran maksud hadith Rasullah – “Setiap anak itu tertahan dengan aqiqahnya, disembelih baginya hari yang ke tujuh, dinamainya dan dicukur kepalanya.”
Soalan 6: Bolehkah saya mengaqiqahkan anak lelaki saya dengan seekor kambing atau sebahagian lembu sahaja?
Boleh mengaqiqahkan anak lelaki dengan seekor kambing atau sebahagian lembu sahaja dan masih dianggap sah. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan menyatakan bahawa Rasullah pernah mangaqiqahkan Hassan dan Hussin (cucu baginda) dengan seekor kambing seorang.
Soalan 7: Saya telah melaksanakan aqiqah seekor kambing untuk anak lelaki saya, bolehkah saya melaksanakan seekor lagi untuk mencukupkan dua ekor kambing?
Boleh dan sah mencukupkan seekor lagi kambing atau sebahagian lembu untuk anak lelaki tersebut.
Soalan 8: Bolehkah saya melaksanakan aqiqah untuk anak saudara saya jika ibubapanya belum berkemampuan sedangkan saya lebih berkemampuan?
Boleh melaksanakan aqiqah untuk anak saudara mahupun cucu jika kita berkemampuan sedang ibubapa anak tersebut belum mengaqiqahkan anak tersebut.
Soalan 9: Bolehkah saya melaksanakan aqiqah untuk diri saya sendiri jika belum diaqiqahkan sewaktu kecil dahulu?
Boleh melakukan aqiqah tersebut dan hukumnya harus.
Soalan 10: Jika saya tidak mempunyai masa dan sering sibuk, bolehkah saya mewakilkan pelaksanaan aqiqah kepada pihak ketiga?
Boleh dan hukumnya harus bagi kita untuk mewakilkan ibadah qurban mahupun aqiqah kepada pihak lain.
Soalan 11: Bagaimanakah saya hendak melaksanakan ibadah qurban & aqiqah dengan Maahad Tahfiz Al-Quran (ANAK YATIM) Al-Kholidi?
Anda boleh menghubungi kami di Maahad Al-Kholidi melalui mana-mana salah satu cara di bawah:
Masjid Nurussalam
Kampung Kubang Jelai, Tokai
06660, Pendang
Kedah Darulaman
Haji Sanusi : +6 013 368 9857, +6 04-764 3581 atau Hasnul: +6 017 546 9522
Emel: maahadtahfiz.alkholidi@gmail.
Amin.
Terima kasih.
Yang benar,
Haji Sanusi Bin Saleh
Pengerusi MTAK
Untuk kemudahan anda kami sertakan link berikut;
Tiada ulasan:
Catat Ulasan