Ahad, 28 November 2010

Perwakilan Perak - AMK perlu kembali kepangkal jalan



Pembahas dari Perak, Tengku Nazri Tengku Din menasihati Angkatan Muda Keadilan supaya melupakan perbezaan pandangan sesama anggotanya dan kembali bersatu bagi menumbangkan Umno-Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.

“Parti ini bergantung pada anak muda kerana ekspresi perjuangan ini lahir dari anak muda dahulu. AMK yang ada hari ini perlu menentukan arah perjuangan yang hendak dibawa,’ujarnya.

Menurutnya, beliau mengakui bahawa sayap pemuda parti itu sewaktu dipimpin oleh bekas ketuanya, Ezam Mohd Nor, pernah mencipta zaman kegemilangannya tersendiri.

Jesteru itu, Tengku Nazri mencadangkan supaya budaya ‘turun ke jalan’ dihidupkan kembali dan menjadi landasan kepada perjuangan sayap pemuda itu.

Sambil mengucapkan tanniah kepada Shamsul Iskandar yang berjaya mempertahankan jawatan tersebut, beliau juga meminta calon Badrul Hisham Shaharin, supaya tidak merasa kecewa akibat kekalahan.

“Masa kita melawan sudah habis, masa kita mengundi sudah habis. Sekarang adalah masa untuk kita rapatkan kembali saf perjuangan untuk melangkah ke Putrajaya,”ujarnya.

Kerana itu katanya, beliau berharap supaya AMK bersatu kembali menjadi sayap pemuda yang digeruni Umno-BN.

“Ini amat penting, kita tidak mahu yang menang-menang segalanya, yang kalah, kalah segalanya,”ucap beliau sambil disambut tepukan dari perwakilan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sedikit pembetulan
Tengku nadzri tengku aldin dari perlis bukan dari perak

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...