Langkau ke kandungan utama

Kenyataan Akhbar YB Azmin Ali : Penggantungan Daripada Dewan Rakyat Selama 6 Bulan



Tindakan Dewan Rakyat menggantung Ketua Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato’ Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh; Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan saya selaku Ahli Parlimen Gombak selama 6 bulan merupakan tindakan yang tidak bersandarkan kepada ‘rule of law’.

Prinsip keadilan asasi (natural justice) diabaikan dimana hak kami berempat untuk mempertahankan diri daripada dakwaan tersebut dihadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan diabaikan. Kerajaan UMNO–Barisan Nasional telah mempertontonkan kerakusan dan keangkuhan kuasa yang melampau.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Nazri Abdul Aziz sewaktu mencadangkan usul penggantungan tersebut di Dewan Rakyat pada 15 Disember 2010, telah menyatakan :

“…Bahawa Yang Berhormat Tuan Mohamed Azmin bin Ali, Ahli Parlimen kawasan Gombak melalui pemberitahu bersurat bertarikh 6 Disember 2010 dibawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) telah menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Disember 2010...

Bahawa Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Subang dan Yang Berhormat Gombak telah melanggar peruntukan Peraturan mesyuarat 85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh siapa jua, sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis…”

Namun begitu, saya tidak menyentuh kandungan surat daripada APCO Worldwide yang dikemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Disember 2010 dalam pemberitahu surat saya kepada Yang Di-Pertua bertarikh 16 Disember 2010 tersebut ataupun sewaktu berbahas di dalam Dewan.

Dalam pemberitahu surat tersebut dibawah Peraturan Mesyuarat 18 (1), saya telah mohon mencadangkan :

“Bahawa Dewan Rakyat membincangkan perjalanan mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada Jumaat, 3 Disember 2010 yang membuat keputusan menafikan hak Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang Parlimen daripada menghadiri prosiding mesyuarat tersebut dan mempertahankan dirinya daripada hal perkara penyiasatan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.”

Sehubungan dengan itu, alasan yang diberi oleh Dato’ Seri Nazri yang mencadangkan untuk menggantung saya daripada Dewan tidak boleh diguna pakai kerana saya tidak pernah sesekali menyiarkan kandungan surat APCO tersebut kepada sesiapapun ataupun sewaktu berbahas di dalam Dewan.

Isu APCO telah berkali-kali dibangkitkan di dalam parlimen yang membawa implikasi kepada kepentingan dan keselamatan negara. Apa salahnya sebagai seorang ahli parlimen yang dipilih rakyat, saya membangkitkan urusan yang berkaitan dengan kepentingan dan keselamatan negara?

Keputusan Dewan Rakyat untuk menggantung Anwar, Karpal, Sivarasa dan saya tidak mempunyai asas sama sekali serta tidak menurut prosedur Parlimen.

Justeru itu, saya dan rakan-rakan di dalam KEADILAN dan Pakatan Rakyat berpendapat bahawa tindakan Dewan Rakyat ini merupakan tindakan yang bermotifkan politik dan bertujuan untuk mengurangkan suara Pakatan Rakyat di dalam Dewan. Ini merupakan tamparan kepada pembangunan demokrasi dan keluhuran undang-undang di dalam negara. Demokrasi terancam dalam negara akibat pemerintah yang tidak punya hasrat untuk berubah dan tidak mahu mengangkat keadilan serta kebenaran.

Saya cukup yakin rakyat mampu menilai bahawa UMNO-BN dengan pemusatan kuasa, tidak menghormati integriti institusi Parlimen dan keangkuhan pemerintah yang korup itu akan menyebabkan Kerajaan UMNO-BN tumbang pada Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang.


MOHAMED AZMIN ALI
Ahli Parlimen Gombak

17 Disember 2010

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Jelajah 10 Kota: Anwar On Trial - In the Face of Injustice, 15/1 Jumaat, 8mlm @ Masyarakat Penyayang Penang

Kes Datuk Seri Anwar sekali lagi mencabar keadilan Institusi Kehakiman Negara kita. Walaupun, terdapat banyak bukti Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat oleh doktor, DSAI masih dihadap ke makhamah. Sementara itu, kes Qazaf terhadap Saiful pula diperlewatkan. Adakah semua ini berunsurkan politik? Forum ini akan membincangkan kes DSAI 1998 dan implikasinya terhadap kes DSAI 2010. Forum Jelajah 10 Kota: Anwar On Trial - In the Face of Injustice. Tarikh: 15hb Januari, 2010 (Jumaat) Masa: 9mlm Tempat: Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, (Sebelah rumah Governor) Panelis: 1. YB Sim Tze Tzin (Setiausaha Politik DSAI) 2. YB Yusmadi Yusoff (Peguam) 3. Azmi Abdul Hamid (President Teras) Pengerusi: YB Jason Ong Khan Lee Dianjur oleh Biro Komunikasi Parti Keadilan Pulau Pinang bersama Anwar Ibrahim Club Percuma! Semua Dijemput. http://www.anwaribrahimclub. com/land/10kota/ Minta Sebarkan melalui Email, Blog, Facebook dan Twitter. Dear friends, Datuk Seri Anwar Ibrahim Sodomy Trial II

Banjir Kilat Di Sg Dua

Hujan yang turun dengan lebat pagi tadi telah menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Pulau Pinang telah mengalami banjir kilat termasuk di Sg Dua berhampiran USM. Beberapa kenderaan juga telah ditengelami air yang telah naik secara mendadak dari limpahan air dari tasik USM Sebentar Lagi YB Raveen Adun Batu Uban dan YB Sim Adun Pantai Jerjak yang juga Ketua Cabang Keadilan Bayan Baru serta pegawai dari MPPP dan JPS akan melakukan lawatan ke kawasan yang terlibat.

KEJADIAN KAD PENGENALAN DIGUNAKAN OLEH PENGUNDI HANTU DI SELURUH MALAYSIA

Mulai hari ini, #siasatpru13 akan mula menampilkan bukti-bukti yang mengesahkan bahawa Pilihanraya Umum ke-13 dicemari dengan penipuan dan penyelewengan terancang yang berleluasa di seluruh negara. Setiap minggu, #siasatpru13 akan mengadakan 2-3 sidang media untuk membawa bukti ini kepada rakyat. Selain dari bukti-bukti yang ditunjukkan, #siasatpru13 juga akan membawa saksi-saksi terbabit untuk menampil memberikan keterangan. Penyelewengan yang paling berleluasa adalah kehadiran pengundi hantu yang berpunca dari daftar pengundi yang tidak bersih. Perkara ini membayangkan kelemahan dan mungkin keterlibatan dua badan yang bertanggungjawab, iaitu Suruhanjaya Pilihanraya dan Jabatan Pendaftaran Negara. Kehadiran pengundi hantu membawa impak yang besar yang meruntuhkan keyakinan rakyat kepada integrity keputusan PRU13. Apabila pengundi hantu wujud, segala keputusan – dari undi majoriti, peratusan keluar mengundi, pola pengundian mengikut saluran dan la