Jumaat, 17 Disember 2010
Terus setia dengan KEADILAN dan terus berusaha menegak keadilan-CheGuBard
Beberapa hari ini saya dihujani email, sms dan panggilan telefon bertanyakan mengenai betulkah saya meninggalkan KEADILAN dan menyertai sebuah parti lain bersama Datuk Zaid Ibrahim. Malah ada sms dari beberapa nombor (hantu) tak dikenali dengan sengaja menghantar masej sindiran-sindiran yang agak kasar.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Zaid yang telah memilih 'kenderaan' politik baru baginya. Saya dan teman-teman menghormati pendiran yang beliau ambil dengan menyertai AKIM dan kemudian melalui mesyuarat agong tergempar beliau terpilih sebagai Presiden dan keputusan diambil menukar parti tersebut kepada Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA).
Sekurang - kurangnya beliau melilih untuk terus berjuang demi rakyat dan pertahan prinsip yang beliau yakini. Sebagai seorang yang pro-demokrasi saya mengajak diri saya dan semua melihat perkembangan ini dari persepsi positif. Saya juga berharap Datuk Zaid dapat menggunakan 'kenderaan' politik baru yang beliau ada ini untuk menyemarakkan demokrasi , mendidik rakyat terbanyak mengenai hak seterusnya memperkasa rakyat.Saya juga yakin selagi beliau dan teman-temanya berpegang pada prinsip memperjuangkan rakyat maka beliau punya peranan dan kekuatan penting dalam lanskap politik negara. Saya ada sedikit keyakinan beliau bukan seperti kawan-kawan yang lain yang keluar dari KEADILAN yang hanya dijadikan alat regim seperti sebelum ini.
Saya dengan ini ingin menjawab dengan tegas tohmahan yang dilemparkan kononya saya meninggalkan parti dan dipujuk oleh Datuk Zaid dengan bayaran tertentu. Sememangnya sejak dari ketika proses pemilihan saya sudah difitnah menerima wang dari Datuk Zaid sebanyak RM400,000 kononya bagi menyokong beliau.
Mungkin menghormati saya Datuk Zaid tidak pernah pun mempelawa saya menyertai beliau keluar parti dan memasuki parti lain. Saya juga tegaskan kesetiaan saya kepada KEADILAN tidak pernah goyah. Cuma kritikan yang saya lontar ialah demi kebaikan parti ini. Saya tidak mahu jika terdapat masalah kita asyik 'menyapu' semua masalah dibawah karpet.
Saya sayang parti ini dan kerana sayangkan parti inilah saya tegur, saya sayngkan negara ini kerana sayangkan negara inilah saya ingin pastikan KEADILAN menjadi sesempurna mungkin sebelum memasuki Putrajaya.
Saya masih yakin demokrasi dan ketelusan dalam keadilan belum mati (tetapi mungkin gering teruk), namun untuk memastikan keadilan, demokrasi dan ketelusan dalam KEADILAN sebur mekar maka kita perlu keberanian mendesak.
Saya menerima nasihat YB Setiausaha Agung iaitu sabar dan jangan buat bukan - bukan. Namun sampai bila saya harus menanti.........
Saya tegaskan ini bukan persoalan kewangan atau jawatan kerana itu saya tegaskan saya tolak semua lantikan. Tanpa jawatan pun kita sebenarnya mampu menyumbang terhadap gerakan kalau kita mahu.
Namun saya juga ingin berpesan kepada teman - teman saya yang bersama berkongsi aspirasi ini agar turut bersabar dengan sindiran dan cubaan provokasi pihak tertentu..... mereka ialah golongan yang tidak mahu suara pendesak ada dalam KEADILAN, mereka mahu kita lakukan sesuatu tak terkawal untuk mudah mereka mencari alasan menyingkirkan kita.
Ingat KEADILAN ini parti rakyat, ia parti kita....... kerana itu saya dan teman-teman yang berkongsi aspirasi terus menjalankan program di perbagai peringkat.
Anak muda terus bangkit mengasak keadilan meratah kezaliman.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Luka Rakyat
Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...
-
Kes Datuk Seri Anwar sekali lagi mencabar keadilan Institusi Kehakiman Negara kita. Walaupun, terdapat banyak bukti Saiful Bukhari Azlan tid...
-
Dayus bermaksud suami membiarkan isteri berterusan melakukan perbuatan maksiat terhadap Allah SWT dan si suami meredhainya. Ini selaras deng...
-
Mulai hari ini, #siasatpru13 akan mula menampilkan bukti-bukti yang mengesahkan bahawa Pilihanraya Umum ke-13...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan