Rabu, 26 Januari 2011
Rabu, 19 Januari 2011
PRK lagi selepas Tenang
Press Statement on Pulau Jerejak Development by ADUN Pantai Jerejak
19 January 2011
As the state assemblyman of Pantai Jerejak, Pulau Jerejak is part of my constituency. I would like to urge The Penang State Government to stop the bleed and stop future UDA-PDC joint development of Pulau Jerejak.The State Government has already lost RM30million in this UDA-PDC venture. Out of which RM 15.435 million was investment to TIR, RM3.6 mil loan and RM 11mil unpaid land premium. This is a huge lost to the state coffers and Penangites. It does not make sense to further develop the island with current lost-making venture. Please stop the bleed.
I also welcome the Parliament Public Account Committee Chairman Datuk Seri Azmi Khalid’s statement that the Auditor General should compile a special report on the Pulau Jerejak Resort Development. The matter is urgent and it is losing public money. The previous State Government under the leadership of former Chief Minister Tan Sri Koh Tsu Khoon has made several wrong decisions on Pulau Jerejak Development. First, they have given all usable land to UDA. There are 4 phases of developments under UDA-PDC joint venture. The Tropical Island Resort is just the first phase of the development. The Second, third and fourth phase including luxury homes with private marina and medical tourism projects are all “white elephant” in nature. These further developments will not benefit the ordinary Penangites.I would like to urge the State Government to reject all these further development. The PDC should stop further funding to these “white elephant” projects.
Second major wrong decision was to approve building water storage tanks on the northern part of the island. This has scarred the beauty of this beautiful island. It has also taken a large piece of land that prevent future development of the island. The PBA must try as much as possible to replant trees that have been chopped down to make way for construction.Pulau Jerejak is an Island full of potential. It has now been gazetted to become a State Park. Development of the island should be along the same direction that is eco-tourism. My suggestion to the state government is to acquire the controlling stake of the development from UDA. UDA has failed in the development and now currently struggling to up keep Tropical Island Resort. UDA is not an expert in running resort and hotels. They should focus on their founding objectives that is Urban Development.
Tan Sri Koh Tsu Khoon must help to return the controlling stake to the people of Penang. UDA is a far-away developer in KL. They do not understand the situation in Penang. Tan Sri Koh must act on the benefit of Penangites, return the controlling stake to PDC now.--
Sim Tze Tzin
ADUN Pantai Jerejak
Yang hidup didahulukan, yang meninggal dilupakan
TENANG, 18 Januari: Pn Maimunah Hindun sebak menerima kunjungan ziarah daripada bakal calon Pas PRK Tenang, Puan Normala Sudirman dan rombongan sebagai penghormatan terakhir kepada suaminya Abd Latif Subri Mohd Din. Suaminya meninggal dunia awal pagi tadi akibat sakit jantung dan darah tinggi.
Allahyarham suaminya merupakan Setiausaha Kerja Cawangan Umno Felda Tenang. Jenazahnya diletakkan di masjid Felda Tenang sementara sebelum dikebumikan. Pada masa yang sama, berdekatan dengan masjid tersebut, terdapat majlis ramah mesra Perdana Menteri Malaysia yang juga Pengerusi UMNO bersama warga Felda Tenang di mana turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Samad.
Pada awalnya keluarga Allahyarham berharap Perdana Menteri akan melawat untuk kali terakhir Setiausaha UMNO Felda Tenang itu, namun menghampakan. Beliau tidak hadir pun untuk memberikan penghormatan kepada jenazah sedangkan padda hayatnya Allahyarham berkhidmat untuk Umno. Lebih menyedihkan lagi, imam yang sepatutnya bertugas turut pergi meraikan majlis lawatan Perdana Menteri tersebut.
Jenazah Allahyarham disempurnakan selepas Zohor oleh sukarelawan dan Unit Amal dari Pas termasuk membantu mengurus penggalian kubur. Allahyarham meninggalkan 4 orang anak dan seorang cucu.
™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!
KITA kini sudah rasmi
Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang diterajui Datuk Zaid Ibrahim dirasmikan pagi ini dengan dibarisi nama-nama terkenal daripada pelbagai parti.
Isnin, 17 Januari 2011
Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman - Calon PR di N05 Tenang
Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.
Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.
Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.
Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.
Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.
Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.
Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.
Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.
Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.
Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.
Ahad, 16 Januari 2011
Belanja RM100,000 satu malam: Najib harus berani tegur LAKINYA- CheguBard
Kuala Lumpur: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak diseru supaya menegur tabiat isteri kesayangannya, Datin Seri Rosmah Mansor yang boros dan gemar berbelanja besar.
Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shahrin berkata, kerajaan pimpinan Najib kerap memberi alasan untuk memotong subsidi rakyat disebabkan kos pengurusan ekonomi negara meningkat setiap tahun. Dalam pada masa sama, katanya, Najib merayu rakyat agar mengubah cara hidup dan tidak boros berbelanja.
“Peliknya, Presiden Umno itu kekal membisu apabila pemborosan melibatkan isterinya Rosmah Mansur. Sebab itu, saya melihat Rosmah ini sudah menjadi beban utama kepada seluruh rakyat Malaysia. Najib perlu berani menegur isterinya,” katanya kepada Keadilandaily.com.
Badrul berkata demikian mengulas pendedahan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali yang mendakwa Rosmah membelanjakan RM100,000 semalam untuk menginap di hotel Atlantis di Dubai.
Menurutnya lagi, bukti betapa rakyat Malaysia muak dengan perangai Rosmah tidak dapat dibendung apabila mereka menanyakan soalan bertalu-talu mengenai cara Rosmah ketika Perdana membuka segmen #TanyaNajib di laman Twitternya pada 11 Januari lalu.
“Hampir 90 peratus dari soalan yang ditanyakan rakyat dalam Twitter berkaitan perangai Rosmah. Sudah tiba Najib memberanikan diri menegur perangai isteri kesayangannya itu,” ujarnya.
Turut dikemukakan oleh rakyat kepada Najib di lama sosial itu berkaitan peningkatan kos sara hidup di negara ini serta kematian tragis wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dikaitan dengan Presiden Umno itu.
Secara sinis, Badrul berkata cara hidup Rosmah yang boros berbelanja hanya boleh diubati sekiranya suaminya itu tidak lagi menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum akan datang.“Sebab itu, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menilai secara adil kepimpinan Najib ini. Sejak beliau menjadi menteri sehinggalah bergelar PM, dasar Najib lebih kepada perbelanjaan bermewah-mewah tanpa mengambil kira kesengsaraan rakyat. Rakyat menderita tidak mengapa, yang penting Rosmah berbelanja mewah,” katanya sinis.
Sabtu, 15 Januari 2011
HARAMKAN PEKERJA ISLAM BEKERJA DI PREMIS JUAL ARAK
ewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong pandangan YB Dato’ Dr Hassan Ali yang mahukan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menguatkasakan larangan umat Islam bekerja di premis menjual arak. Sebelum ini, MPSJ telah menguatkuasakan larangan umat Islam bekerja di tempat menjual minuman keras namun arahan itu telah ditarik balik oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Ronnie Liu.
Dalam hal ini, DPPWP merasa kagum terhadap YB Dato’ Dr Hassan Ali yang bertegas dengan prinsip Islam. Hukum Islam telah jelas menyatakan haram bagi umat Islam bekerja di premis yang menyediakan minuman keras apatah lagi meminumnya. Tindakan beliau dengan jelas membuktikan bahawa PAS tidak pernah menggadaikan prinsip dan maruahnya meskpiun bersahabat dengan pelbagai parti politik. Dasar PAS yang berjuang untuk Islam sejak dahulu hingga kini tidak pernah berubah walaupun bermacam halangan yang melanda. Ini juga membuktikan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat jauh bezanya dengan UMNO dan Barisan Nasional.
DPPWP juga menyokong dan mengucapkan tahniah kepada MPSJ kerana mahu melaksanakan larangan ini. Penguatkuasaan ini akan mampu mengelakkan umat Islam terjebak dengan maksiat dan dosa kerana bergelumang dengan perkara-perkara yang haram. Perkara-perkara haram sebeginilah yang menyebabkan kurangnya keberkatan kepada rezeki yang diperolehi sehingga melahirkan generasi yang rosak akhlak dan akidah.
DPPWP turut mengharapkan agar YB Ronnie Liu melaksanakan segera peraturan mengharamkan umat Islam bekerja di premis jualan minuman keras demi kemaslahatan umat Islam. Umat Islam di Selangor khususnya terlalu lama menginginkan kehidupan yang diberkati, jauh daripada dosa dan perkara-perkara yang haram.
Disediakan oleh,
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
YB Wei Aik Minta Maaf Pada Syed Kassali
SIARAN MEDIA
ANGKATAN MUDA KEADILAN PULAU PINANG
14 Januari 2011
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) pada hari ini terpanggil untuk membuat sidang media untuk menilai dengan serius akan insiden kekecohan yang berlaku di Restoran Nasi Kandar Mohamed Aliyar di Gat Lebuh Macallum tempoh hari.
Atas kesedaran akan peripenting;
1. Mengekalkan hubungan baik yang telah terjalin lama di antara Kerajaan Negeri dan komuniti India Muslim di negeri ini.
2. Menjaga baik usaha-usaha murni Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan para peniaga pelbagai kaum di Pulau Pinang.
3. Meneguhkan semangat setiakawan dengan rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat, khusus merujuk kepada YB Ng Wei Aik,
Maka bertitik-tolak atas dasar itu, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) malam tadi telah mengadakan pertemuan tertutup dengan YB Ng Wei Aik, dan selepas itu bertemu sendiri dengan pemilik Restoran Nasi Kandar Mohamed Aliyar, Sdr. Syed Kassali untuk menawarkan diri sebagai orang tengah atau ‘mediator’ untuk merungkaikan permasalahan yang kian meruncing ini.
Hasil daripada pertemuan tersebut, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP), atas semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat (PAKATAN), dengan ini menyatakan bahawa YB Ng Wei Aik dan Tay Leong Seng selaku Ahli Majlis MPPP dengan ini memohon maaf secara terbuka kepada pemilik Restoran Nasi Kandar Mohamed Aliyar iaitu Syed Kassali dan keluarganya, pekerja dan rakan-rakannya di atas keterlanjuran & tindakan agresif mereka dalam kejadian pada malam Ahad 3 Januari 2011 lalu.
YB Ng Wei Aik juga turut memohon maaf sekiranya ada ungkapan atau kata-kata yang dikeluarkan oleh beliau dengan sedar atau tidak sedar yang menyinggung perasaan Syed Kassali, keluarganya serta rakan-rakannya pada malam tersebut.
Akhir sekali, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) menyeru agar selepas ini tidak ada lagi pihak yang cuba mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh dengan meniupkan sentimen perkauman. Marilah kita bersama-sama hidup di dalam negeri ini dengan suasana muhibbah, kasih sayang dan semangat kekeluargaan yang tinggi.
Sekian, terima kasih.
AMIR BIN HJ. GHAZALI
Ketua,
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang
(AMKPP)
Selasa, 11 Januari 2011
Pengundi Rembau di ranjau KJ
100 Hari Pakatan Rakyat : PAKATAN HANYA PERLUKAN RM19 BILION UNTUK RAKYAT
Kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rayat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi UMNO/BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta. Maka memandangkan isu ini mendesak dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara, kami syorkan diadakan satu debat terbuka.
Tuduhan beliau bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, UMNO/BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung. Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50% buat kali pertama dalam sejarah negara.
Hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7% dari KDNK. Malapetaka ekonomi ini berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri sekarang sebagai Menteri Kewangan. Dalam tahun 2010, kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 bilion.
Tabiat berhutang UMNO/BN akan diperhebatkan tahun ini. Pada 14 Disember 2010, Bank Negara Malaysia mengumumkan kerajaan akan menjual 29 bon tambahan dalam tahun 2011. Menurut anggaran Institut Penyelidikan RHB, penjualan 29 bon ini akan membabitkan hutang baru kerajaan persekutuan berjumlah RM83 bilion.
Makanya, alasan Perdana Menteri untuk menolak Janji 100 Hari Pakatan Rakyat perlu dikaji dengan berlatar belakangkan perkara-perkara ini. Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika UMNO/BN terus berhutang sewenangnya seperti sekarang – tetapi ia bukanlah disebabkan oleh Janji 100 Hari Pakatan Rakyat. Malaysia akan muflis akibat ketagihan UMNO/BN kepada pembaziran dan rasuah yang berleluasa, demi mempertahankan sistem kroni kapitalisme yang didokong UMNO/BN.
Contoh-contoh pembaziran UMNO/BN sudah diketahui rakyat. Perdana Menteri terlampau taksub dengan bangunan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion, sedangkan isu perumahan mampu milik meruntun golongan berpendapatan rendah dan orang muda. Kerajaan UMNO/BN akan mengugut bahawa negara akan muflis setiap kali Pakatan Rakyat memperjuangkan imbuhan tambahan para guru, tetapi ia tidak rasa bersalah apabila meluluskan kontrak RM77 juta kepada APCO. Senarainya terlalu panjang untuk dihuraikan disini.
Oleh itu, tindakan pertama Kerajaan Pakatan Rakyat adalah melancarkan perang habis-habisan menentang rasuah di setiap peringkat, bermula dengan pemimpin-pemimpin kanan politik. Ini akan menyelamatkan RM28 bilion yang tiris dari Perbendaharaan setiap tahun akibat rasuah, seperti yang dianggarkan oleh Ketua Audit Negara.
Selepas itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan menstrukturkan semula sistem subsidi untuk memansuhkan subsidi korporat yang hanya mengkayakan beberapa kerat kroni. Jumlah RM19 bilion subsidi korporat yang ditanggung oleh PETRONAS untuk membayar IPP milik kroni akan dipulangkan kepada Perbendaharaan. Kita juga akan menyemak semula sistem konsesi toll untuk memansuhkan bayaran pampasan RM4 bilion setiap tahun yang kini ditanggung kerajaan.
- Dua tindakan yang mudah ini akan memulangkan RM51 bilion kepada rakyat – lebih dari cukup untuk melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat yang jumlahnya hanyalah satu pertiga dari jumlah yang diselamatkan:
- 1. Imbuhan khas perguruan berjumlah RM500 sebulan menelan belanja RM3.2 bilion setahun.
- 2. Jaminan Pakatan Rakyat bahawa subsidi minyak akan dikekalkan untuk golongan berpendapatan rendah akan melibatkan penstrukturan semula sistem subsidi, supaya hanya golongan yang berkelayakan menikmati subsidi minyak. Kos subsidi di bawah sistem sebegini dianggarkan berjumlah RM4 bilion setiap tahun.
- 3. Kerajaan Pakatan Rakyat akan meneruskan subsidi gas memasak, berjumlah RM4 bilion setiap tahun.
- 4. Penstrukturan semula sistem tol di bawah PLUS dianggarkan menelan belanja RM23 bilion, berdasarkan harga pasaran yang ditawarkan oleh Khazanah dan KWSP. Kos tambahan yang perlu ditanggung kerajaan untuk mengambil alih operasi dari pemegang saham minoriti dianggarkan berjumlah RM8 bilion.
Justeru, jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan Janji 100 Pakatan Rakyat hanyalah RM19.2 bilion; yakni sama dengan subsidi korporat yang diberikan kepada IPP milik kroni setiap tahun. Jumlah ini adalah terlampau sedikit berbanding RM51 bilion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang.
Janji-janji lain seperti skim air percuma dan skim wi-fi percuma telah pun dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kami telah membuktikan ia mampu dilaksanakan.
Oleh yang demikian, Perdana Menteri tidak boleh berdolak dalih lagi kenapa UMNO/BN tidak mahu melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat apabila rakyat tahu bahawa ia mampu dilaksanakan. Tabiat berhutang UMNO/BN yang membebankan generasi akan datang adalah sangat tidak bertanggungjawab, apatah lagi apabila wang yang dipinjam tidak dibelanjakan untuk rakyat.
DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
11 JANUARI 2011
Negeri Sembilan - Rumah Melayu nak diruntuh, Tanah Melayu dirampas tanpa diganti
Rumah Melayu nak diruntuh, Tanah Melayu dirampas tanpa diganti bersama YB Taufek dan che'GuBard pertahankan. Esok (11 Jan 2011) dijadualkan pihak berkuasa akan meruntuhkan rumah. Ada ramai yang enggan berpindah.
Semua diminta bersama, pihak media diminta dapat hadir membuat liputan. Esok (11 Jan 2011) , jam 11.30pg berkumpul berhampiran kedai minum dkt Lampu Isyarat Chembong. Sebarang pertanyaan sila hubungi
0123696474 (sdr. Norazizi, Setiausaha Keadilan Rembau). Bersama che'GuBard dan YB Taufek pertahan rumah tersebut dari dirobohkan.
untuk memahami isu ini sila klik
http://chegubard.blogspot.com/2009/06/surat-terbuka-buat-mb-ns-berkenaan-isu.html• http://chegubard.blogspot.com/2009/10/umno-pelindung-tanah-melayu.html• http://chegubard.blogspot.com/2009/07/keadilan-rembau-boleh-duduk-dengan-umno.htm
™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!
Isnin, 10 Januari 2011
Jika Pengundian Semula - Apa Puncanya? Jika Tipu Adalah Punca - Mana Dalangnya?? (Wajib Baca!!) - edyes
Luka Rakyat
Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...
-
Kes Datuk Seri Anwar sekali lagi mencabar keadilan Institusi Kehakiman Negara kita. Walaupun, terdapat banyak bukti Saiful Bukhari Azlan tid...
-
Dayus bermaksud suami membiarkan isteri berterusan melakukan perbuatan maksiat terhadap Allah SWT dan si suami meredhainya. Ini selaras deng...
-
Mulai hari ini, #siasatpru13 akan mula menampilkan bukti-bukti yang mengesahkan bahawa Pilihanraya Umum ke-13...