Sabtu, 15 Januari 2011
YB Wei Aik Minta Maaf Pada Syed Kassali
SIARAN MEDIA
ANGKATAN MUDA KEADILAN PULAU PINANG
14 Januari 2011
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) pada hari ini terpanggil untuk membuat sidang media untuk menilai dengan serius akan insiden kekecohan yang berlaku di Restoran Nasi Kandar Mohamed Aliyar di Gat Lebuh Macallum tempoh hari.
Atas kesedaran akan peripenting;
1. Mengekalkan hubungan baik yang telah terjalin lama di antara Kerajaan Negeri dan komuniti India Muslim di negeri ini.
2. Menjaga baik usaha-usaha murni Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan para peniaga pelbagai kaum di Pulau Pinang.
3. Meneguhkan semangat setiakawan dengan rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat, khusus merujuk kepada YB Ng Wei Aik,
Maka bertitik-tolak atas dasar itu, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) malam tadi telah mengadakan pertemuan tertutup dengan YB Ng Wei Aik, dan selepas itu bertemu sendiri dengan pemilik Restoran Nasi Kandar Mohamed Aliyar, Sdr. Syed Kassali untuk menawarkan diri sebagai orang tengah atau ‘mediator’ untuk merungkaikan permasalahan yang kian meruncing ini.
Hasil daripada pertemuan tersebut, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP), atas semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat (PAKATAN), dengan ini menyatakan bahawa YB Ng Wei Aik dan Tay Leong Seng selaku Ahli Majlis MPPP dengan ini memohon maaf secara terbuka kepada pemilik Restoran Nasi Kandar Mohamed Aliyar iaitu Syed Kassali dan keluarganya, pekerja dan rakan-rakannya di atas keterlanjuran & tindakan agresif mereka dalam kejadian pada malam Ahad 3 Januari 2011 lalu.
YB Ng Wei Aik juga turut memohon maaf sekiranya ada ungkapan atau kata-kata yang dikeluarkan oleh beliau dengan sedar atau tidak sedar yang menyinggung perasaan Syed Kassali, keluarganya serta rakan-rakannya pada malam tersebut.
Akhir sekali, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) menyeru agar selepas ini tidak ada lagi pihak yang cuba mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh dengan meniupkan sentimen perkauman. Marilah kita bersama-sama hidup di dalam negeri ini dengan suasana muhibbah, kasih sayang dan semangat kekeluargaan yang tinggi.
Sekian, terima kasih.
AMIR BIN HJ. GHAZALI
Ketua,
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang
(AMKPP)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Luka Rakyat
Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...
-
Kes Datuk Seri Anwar sekali lagi mencabar keadilan Institusi Kehakiman Negara kita. Walaupun, terdapat banyak bukti Saiful Bukhari Azlan tid...
-
Dayus bermaksud suami membiarkan isteri berterusan melakukan perbuatan maksiat terhadap Allah SWT dan si suami meredhainya. Ini selaras deng...
-
Mulai hari ini, #siasatpru13 akan mula menampilkan bukti-bukti yang mengesahkan bahawa Pilihanraya Umum ke-13...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan