Polis, SKMM buru individu muat naik video seks......m'siakini
Polis telah melancarkan siasatan bagi mengesan individu yang memuat naik sebahagian lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang semalam.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata siasatan polis mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah dimulakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak lama selepas berita mengenai klip video aksi seks itu tersebar di internet.
"Sehingga kini kita masih belum kenal pasti identiti mereka yang memuat naik klip itu," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini.
Ditanya sama ada polis telah menerima laporan berhubung penyiaran klip terbaru itu, Khalid berkata walaupun sehingga kini tiada laporan polis dibuat mengenainya tetapi polis masih boleh menjalankan siasatan.
"Tidak semestinya laporan perlu dibuat. Siasatan masih akan dijalankan. Perkara yang paling penting adalah mencari siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini," katanya.
Semalam heboh diperkatakan mengenai penyiaran sebahagian lagi rakaman video seks dengan durasi 47 saat yang dikatakan melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang yang telah dimuat naik di internet antaranya di laman web perkongsian video disukai ramai YouTube and beberapa blog.
Pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama juga dipercayai melibatkan individu yang sama tersebar luas di internet.........
SEBAGAI WARGA YANG BERTANGGUNG JAWAB DAN PATUH KAPADA KELUHURAN PERLEMBAGAAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG MAKA DI PAPARKAN INDIVIDU-INDIVIDU BERKENAAN BAGI MEMUDAHKAN KERJA SIASAT POLIS DAN SKMM...KALAU TUKANG CIPTA, TERBIT DAN TAYANG DIKENALI SEBAGAI DATUK "T"... YANG INI DIPANGGIL DENGAN NAMA TIGA BADIGOL "P"....Papa Gomo @ Mohammad Norzamrizal,House Pk @Parpu Kari @Mohammad Salim Iskandar dan Pas Beruk @ Mohammad Shamsul Azrai......KETIGA-TIGA MEREKA AMAT AKTIF MUAT NAIK VIDEO KLIP YANG DIMAKSUDKAN SAMA ADA DIBLOG MEREKA ATAU DI FACEBOOK......SEMOGA MAKLUMAT INI MEMBOLEHKAN SIASATAN TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH DAPAT DIJALANKAN....RAKYAT MEMBERIKAN SEPENUH KEPERCAYAAN KAPADA PIHAK POLIS DAN SKMM MENJALANKAN SIASATAN TANPA GENTAR DAN BERPIHAK...