Khamis, 21 April 2011

Bayaran Sumbangan RM100 Kepada Warga Emas mulai 23 dan 24 April 2011 sehingga 20hb Mei 2011 Di Cawangan Maybank Terjadual dalam Pulau Pinang


RM100 merupakan sumbangan bayaran tahunan kepada semua warga emas berdaftar berusia 60 tahun ke atas yang lahir sebelum 1 Januari 1952. Kepada mereka yang berdaftar di bawah Program Penghargaan Warga Emas (PPWE), pembayaran RM100 bakal dilaksanakan mulai 23 dan 24 April 2011 sehingga 20hb Mei 2011 di cawangan-cawangan Maybank terjadual di seluruh negeri Pulau Pinang. Inisiatif tersebut adalah sebagai satu penghargaan di atas sumbangan golongan warga emas dalam menobatkan negeri Pulau Pinang ke kedudukan kini.


Sehingga hari ini, seramai 114,668 warga emas telah berdaftar di bawah PPWE. Dalam pada itu, PPWE turut menyalurkan wang khairat secara ‘one-off’ RM1,000 kepada waris warga emas yang telah meninggal dunia bagi tujuan pengurusan jenazah. Sejak program ini dilancarkan pada tahun lalu, sebanyak RM13.6 juta telah disumbangkan kepada warga emas dan juga kepada waris-waris yang berdaftar di bawah PPWE.

Lazimnya, semua sumbangan pembayaran ini tidak diperoleh dari mana-mana syarikat swasta mahupun individu-individu tertentu. Sebaliknya, ia dibiayai sepenuhnya daripada lebihan belanjawan Kerajaan Negeri di bawah pemerintahan Kerajaan PR yang mengamalkan prinsip pentadbiran berasaskan CAT iaitu Cekap, Akauntabel dan Telus. Buat pertama kali di Malaysia, urus tadbir CAT juga telah memperoleh pengiktirafan daripada ‘Transparency International’ kerana melawan rasuah, malah, turut dipuji oleh ketua Audit Negara kerana menjadi negeri terbaik dalam pengurusan kewangan.


Lebihan belanjawan telah membolehkan Kerajaan Negeri membuat bayaran dividen ‘anti-rasuah’ seperti di bawah :

  • Bayaran wang khairat RM1,000 secara ‘one-off’ berjumlah RM 2,759,000.00 untuk urusan pengurusan jenazah
  • Peningkatan jumlah warga emas yang berdaftar dari 66,000 orang pada tahun lalu kepada 114,668 sehingga hari ini. Peningkatan ini menjadikan jumlah bayaran tahunan kini berjumlah RM10,834,900.00.

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...