Langkau ke kandungan utama

Minda Ketua Pemuda PAS : Ekonomi Harimau Kertas


1. Selama lebih 50 tahun yang lalu, rakyat telah didendangkan dengan keajaiban kerajaan BN mengurus ekonomi negara. Pada tahun 1990, rakyat didodoikan pula dengan lagu “Wawasan 2020” menjanjikan sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

2. Hari ini semakin tersingkap bahawa slogan itu sekadar dendangan yang membuaikan rakyat Malaysia dengan impian yang tidak kesampaian.

3. Sekiranya pencapaian ekonomi negara dipertimbang berasaskan kepada pertimbangan model ekonomi semasa, Malaysia adalah tergolong dalam kategori negara yang sedang membangun dan berpendapatan sederhana.

4. Dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal, Malaysia berada di kedudukan 37 dengan KDNK berjumlah USD 237 bilion dan pendapatan perkapita berjumlah USD 7775.00, iaitu pada kedudukan ke 65. Kedudukan Malaysia dari segi KDNK (nominal) perkapita ini berada empat anak tangga di bawah purata pendapatan perkapita dunia. Jauh untuk menyaingi negara industri baru seperti Hong Kong, Korea Selatan, Singapura dan Taiwan.

5. Berasaskan kepada pencapaian tersebut di samping melihat pacuan dan hambatan ekonomi semasa, adalah sukar dalam tempoh kurang daripada sembilan tahun akan datang Malaysia boleh mencapai status negara maju pada tahun 2020.

6. Usaha kerajaan untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara menemui jalan buntu, sehingga kerajaan terpaksa “memecah tabung rakyat” bagi menampung perbelanjaan defisit yang terus berlanjutan. Sumber pendapatan negara kini ialah dengan memotong subsidi, mengenakan cukai baru dan memburu pesalah trafik.

7. Bila tiada lagi tabung rakyat yang boleh dipecahkan, usaha mempelbagaikan sumber itu tertumpu pula kepada membuat hutang baru atas nama terbitan bon dan sebagainya. Dalam laporan Ketua Audit Negara yang terbaru, hutang negara berbanding KDNK berada pada paras 53.7 %, iaitu satu kedudukan yang cemas bagi sebuah negara berpendapatan sederhana seperti Malaysia.

8. Kesemua situasi seperti ini dapat disimpulkan dengan pandangan Idris Jala, bahawa hutang negara boleh mencapai RM 1 trilion menjelang 2019 dan boleh membawa kepada status muflis. Saya ingin bertanya kepada para pendukung DPP dan Generasi Milenium, melihat kepada situasi gawat ini, di mana hebatnya BN menguruskan ekonomi negara?

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Jelajah 10 Kota: Anwar On Trial - In the Face of Injustice, 15/1 Jumaat, 8mlm @ Masyarakat Penyayang Penang

Kes Datuk Seri Anwar sekali lagi mencabar keadilan Institusi Kehakiman Negara kita. Walaupun, terdapat banyak bukti Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat oleh doktor, DSAI masih dihadap ke makhamah. Sementara itu, kes Qazaf terhadap Saiful pula diperlewatkan. Adakah semua ini berunsurkan politik? Forum ini akan membincangkan kes DSAI 1998 dan implikasinya terhadap kes DSAI 2010. Forum Jelajah 10 Kota: Anwar On Trial - In the Face of Injustice. Tarikh: 15hb Januari, 2010 (Jumaat) Masa: 9mlm Tempat: Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, (Sebelah rumah Governor) Panelis: 1. YB Sim Tze Tzin (Setiausaha Politik DSAI) 2. YB Yusmadi Yusoff (Peguam) 3. Azmi Abdul Hamid (President Teras) Pengerusi: YB Jason Ong Khan Lee Dianjur oleh Biro Komunikasi Parti Keadilan Pulau Pinang bersama Anwar Ibrahim Club Percuma! Semua Dijemput. http://www.anwaribrahimclub. com/land/10kota/ Minta Sebarkan melalui Email, Blog, Facebook dan Twitter. Dear friends, Datuk Seri Anwar Ibrahim Sodomy Trial II

Banjir Kilat Di Sg Dua

Hujan yang turun dengan lebat pagi tadi telah menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Pulau Pinang telah mengalami banjir kilat termasuk di Sg Dua berhampiran USM. Beberapa kenderaan juga telah ditengelami air yang telah naik secara mendadak dari limpahan air dari tasik USM Sebentar Lagi YB Raveen Adun Batu Uban dan YB Sim Adun Pantai Jerjak yang juga Ketua Cabang Keadilan Bayan Baru serta pegawai dari MPPP dan JPS akan melakukan lawatan ke kawasan yang terlibat.

KEJADIAN KAD PENGENALAN DIGUNAKAN OLEH PENGUNDI HANTU DI SELURUH MALAYSIA

Mulai hari ini, #siasatpru13 akan mula menampilkan bukti-bukti yang mengesahkan bahawa Pilihanraya Umum ke-13 dicemari dengan penipuan dan penyelewengan terancang yang berleluasa di seluruh negara. Setiap minggu, #siasatpru13 akan mengadakan 2-3 sidang media untuk membawa bukti ini kepada rakyat. Selain dari bukti-bukti yang ditunjukkan, #siasatpru13 juga akan membawa saksi-saksi terbabit untuk menampil memberikan keterangan. Penyelewengan yang paling berleluasa adalah kehadiran pengundi hantu yang berpunca dari daftar pengundi yang tidak bersih. Perkara ini membayangkan kelemahan dan mungkin keterlibatan dua badan yang bertanggungjawab, iaitu Suruhanjaya Pilihanraya dan Jabatan Pendaftaran Negara. Kehadiran pengundi hantu membawa impak yang besar yang meruntuhkan keyakinan rakyat kepada integrity keputusan PRU13. Apabila pengundi hantu wujud, segala keputusan – dari undi majoriti, peratusan keluar mengundi, pola pengundian mengikut saluran dan la