Langkau ke kandungan utama

RAKYAT BANGKIT LAWAN PENIPUAN, NANTIKAN PENGUMUMAN TARIKH MELAWAN

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Mahasiswa tetap berpegang pada prinsip keadilan dan menolak manipulasi dalam berdepan dengan keputusan pilihanraya umum ke-13 baru-baru ini. 

Amaran telah diberi sebelum bermula kempen PRU13 yang lalu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu bersikap telus dan adil dalam menguruskan pilihanraya Malaysia. Rakyat telah memberi peluang kepada SPR sebagai badan yang bertanggungjawab mengurus pilihanraya secara bersih dan berintergriti, kerana rakyat masih yakin mempunyai saki-baki demokrasi untuk membuat perubahan. 

Pelbagai tuntutan telah dibuat oleh rakyat termasuk melalui siri-siri himpunan bagi memastikan pilihanraya Malaysia berjalan dengan adil dan saksama tanpa ada unsur manipulasi dan penipuan. Namun akhirnya PRU13 menjadi medan penipuan paling besar yang menafikan kemenangan rakyat. Lebih malang, ia dibantu SPR.

SPR dengan jelas telah diperalat oleh pihak Barisan Nasional apabila bertindak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mempertahan kemenangan BN walaupun ia tidak sepatutnya berlaku memandangkan SPR adalah sebuah badan bebas.

Seruan SPR supaya pihak yang kalah hanya akur kepada keputusan yang telah diumumkan walaupun bukti penyelewengan PRU13 sudah semakin jelas dan semakin banyak bukti terkumpul melalui proses semakan akhir sebelum dibuat bantahan termasuk petisyen ke mahkamah. Ini menggambarkan sikap kontra dan tidak profesional SPR yang sepatutnya menerima segala aduan dan bukti daripada calon dan parti yang bertanding.

Atas faktor tersebut SMM dan SAMM Mahasiswa pada 10 Mei lalu telah membawa memorandum bantahan terhadap SPR yang dilihat melampau dan terlalu bias dalam menangani isu-isu yang berlaku dalam pilihanraya. Bukti-bukti penyelewengan yang berlaku sepanjang PRU13 telah diserahkan bagi mendapatkan penjelasan SPR termasuk isu pengundi bertindih, pengundi berulang, kawalan terhadap peti undi dan isu dakwat kekal yang tidak kekal sehingga hari ini kita masih belum didedahkan nama pembekalnya. Memorandum tersebut antara lain mengandungi 3 tuntutan yang jelas iaitu ;

1. Rakyat menolak keputusan pilihanraya umum ke-13 yang penuh dengan penipuan dan telah gagal memperlihatkan demokrasi yang telus dalam pilihanraya kali ini.

2. Rakyat mendesak agar dilantik SPR baru yang telus, amanah dan berintergriti memandangkan SPR sedia ada bersikap bias dan hilang tahap profesionalisme.

3. Rakyat menuntut pilihanraya semula yang di selia oleh SPR yang baru dan menganggap kerajaan yang terbentuk hari ini tidak mempunyai mandat majoriti rakyat yang sah.


Namun SPR sehingga hari ini masih belum memberi sebarang respon mengenai tuntutan penjelasan kami, malah SPR menuduh pihak kami yang menghantar memorandum kononnya telah diperalat oleh politik kepartian sedangkan kami semua datang atas pendirian non-partisan dan aktivis rakyat yang punyai kesedaran terhadap nasib masa depan negara. 

Bagi kami ini jelas menggambarkan kepada kita bahawa rakyat hari ini telah hilang kepercayaan sepenuhnya terhadap SPR yang sepatutnya bersifat neutral dalam mengendalikan pilihanraya.

Justeru tempoh yang diberi kepada SPR untuk bertindak telah mengjangkau batasannya. Rakyat sudah cukup muak dengan karenah SPR yang secara terang-terangan bersekongkol dengan pihak BN dalam menjayakan misi mereka.

Pada 13 Mei lalu dalam satu acara Rapat Rakyat di Dewan Cina, kami mengumumkan bahawa tarikh 18 Mei telah dibatalkan untuk sebarang perhimpunan di Kuala Lumpur, kerana gerakan massa ini perlu sedikit penyusunan untuk memastikan lebih 1 Juta rakyat bersedia. Satu tarikh baru akan diumum tetapi ia pasti dalam masa terdekat, mungkin dalam bulan yang sama.

SMM dan SAMM beserta dokongan NGO-NGO bebas telah mengambil kata sepakat bagi mempersiapkan ketumbukan rakyat dalam menghadapi penipuan besar ini. Nantikan pengumuman kami bersama puluhan NGO lain dan semua rakyat diseru untuk bersedia bangkit melawan penipuan! Semboyan telah berbunyi!


Kenyataan disediakan bersama oleh ;


Solidariti Mahasiswa Malaysia dan
Solidariti Anak Muda Malaysia
 (Segmentasi Mahasiswa)



'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Jelajah 10 Kota: Anwar On Trial - In the Face of Injustice, 15/1 Jumaat, 8mlm @ Masyarakat Penyayang Penang

Kes Datuk Seri Anwar sekali lagi mencabar keadilan Institusi Kehakiman Negara kita. Walaupun, terdapat banyak bukti Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat oleh doktor, DSAI masih dihadap ke makhamah. Sementara itu, kes Qazaf terhadap Saiful pula diperlewatkan. Adakah semua ini berunsurkan politik? Forum ini akan membincangkan kes DSAI 1998 dan implikasinya terhadap kes DSAI 2010. Forum Jelajah 10 Kota: Anwar On Trial - In the Face of Injustice. Tarikh: 15hb Januari, 2010 (Jumaat) Masa: 9mlm Tempat: Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, (Sebelah rumah Governor) Panelis: 1. YB Sim Tze Tzin (Setiausaha Politik DSAI) 2. YB Yusmadi Yusoff (Peguam) 3. Azmi Abdul Hamid (President Teras) Pengerusi: YB Jason Ong Khan Lee Dianjur oleh Biro Komunikasi Parti Keadilan Pulau Pinang bersama Anwar Ibrahim Club Percuma! Semua Dijemput. http://www.anwaribrahimclub. com/land/10kota/ Minta Sebarkan melalui Email, Blog, Facebook dan Twitter. Dear friends, Datuk Seri Anwar Ibrahim Sodomy Trial II

Banjir Kilat Di Sg Dua

Hujan yang turun dengan lebat pagi tadi telah menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Pulau Pinang telah mengalami banjir kilat termasuk di Sg Dua berhampiran USM. Beberapa kenderaan juga telah ditengelami air yang telah naik secara mendadak dari limpahan air dari tasik USM Sebentar Lagi YB Raveen Adun Batu Uban dan YB Sim Adun Pantai Jerjak yang juga Ketua Cabang Keadilan Bayan Baru serta pegawai dari MPPP dan JPS akan melakukan lawatan ke kawasan yang terlibat.

KEJADIAN KAD PENGENALAN DIGUNAKAN OLEH PENGUNDI HANTU DI SELURUH MALAYSIA

Mulai hari ini, #siasatpru13 akan mula menampilkan bukti-bukti yang mengesahkan bahawa Pilihanraya Umum ke-13 dicemari dengan penipuan dan penyelewengan terancang yang berleluasa di seluruh negara. Setiap minggu, #siasatpru13 akan mengadakan 2-3 sidang media untuk membawa bukti ini kepada rakyat. Selain dari bukti-bukti yang ditunjukkan, #siasatpru13 juga akan membawa saksi-saksi terbabit untuk menampil memberikan keterangan. Penyelewengan yang paling berleluasa adalah kehadiran pengundi hantu yang berpunca dari daftar pengundi yang tidak bersih. Perkara ini membayangkan kelemahan dan mungkin keterlibatan dua badan yang bertanggungjawab, iaitu Suruhanjaya Pilihanraya dan Jabatan Pendaftaran Negara. Kehadiran pengundi hantu membawa impak yang besar yang meruntuhkan keyakinan rakyat kepada integrity keputusan PRU13. Apabila pengundi hantu wujud, segala keputusan – dari undi majoriti, peratusan keluar mengundi, pola pengundian mengikut saluran dan la