Di saat Ramadan dan bakal menyambut Hari Raya, Anwar Ibrahim kini dikurung di balik jeriji besi di Sungai Buloh sehingga tahun 2020. Sepanjang perjuangannya, telah lebih sembilan tahun beliau mendekam dipenjara. (1972-1974, 1999-2004, dan kini 2015 -?).
Anwar dipenjara kerana kerana satu sebab: Sikap tegasnya membanteras rasuah dan penyelewengan kerajaan Umno/BN. Lalu fitnah direkayasa dan polis, hakim, penguasa agama serta Peguam Negara diguna sebagai pekakas bagi merelisasikan skrip pemerintah. Bukti yang tiada, diadakan dan kebenaran dipadamkan.
Akibatnya di negara Malaysia, di negara yang umatnya melaung-laungkan nama Islam, Allah,Nabi Muhammad, fitnah terbesar dicipta dan dihalalkan. Besarnya dosa pereka-pereka fitnah, penyebar, penyokong dan orang yang berdiam serta merelakannya tidak pernah dibincang dalam forum-forum agama di pentas atau di TV.
Di University Curtin, Perth saya bertemu dengan seorang pelajar Malaysia yang memberitahu bahawa pensyarah beliau yang berbangsa Australia sudah mengambil keputusan enggan datang ke Malaysia lagi kerana membantah fitnah dan pemenjaraan Anwar pada februari 2015. Pensyarah tersebut dulunya sering ke Malaysia atas urusan akedemik dan pertukaran mahasiswa.
Tindakan seorang Mat Saleh tidak banyak membantu merubah keadaan, tatapi ia merupakan tamparan hebat kepada kita kepada rakyat Malaysia yang kebanyakannya kelihatan pasrah dan tidak melakukan apa-apa melihat fitnah dan kerakusan kuasa di depan mata. Kita boleh tidak bersetuju dengan cara politik Anwar, tetapi kita tidak boleh berdiam diri melihat kezaliman.
Dalam perjalanan sebagai seorang ahli politik, Anwar lebih mementingkan kesejahteraan rakyat berbanding diri sendiri.
Sebagai contoh, sejurus selepas PRU 13, Najib cuba mendekati Anwar di Jakarta untuk menawarkan jawatan tinggi dalam kabinet, tetapi Anwar menolak. Terdahulu, beberapa bulan sebelum dipenjarakan pada 10 Februari 2015, beliau ditawar oleh sebuah negara untuk perlindungan politik, tetapi juga menolak. Ini semua atas satu prinsip, semua tawaran jawatan dan perlindungan politik hanya mampu menyelematkan diri beliau sendiri, tetapi tidak menyelamatkan rakyat dan negara Malaysia.
Sekarang di Sungai Buloh keadaan kesihatan Anwar juga merosot. Menurut maklumat keluarga terdekat, bahu kanan beliau mengalami masalah saraf, sering kekebasan dan adakalanya tangan tidak dapat digerakkan dan berkemungkinan boleh menyebabkan kelumpuhan jika dibiarkan berlarutan. Selama lebih setahun beliau dinafikan rawatan perubatan oleh doktor pilihan beliau sendiri. Doktor yang dihantar untuk merawat Anwar sekarang tidak boleh dipercayai kerana beliau adalah juga doktor peribadi Najib. Sekali sekala KDN di bawah perintah Zahid Hamidi membenar Anwar ke hospital hanya untuk sehari dua sebelum dengan tergesa-gesa menghantar semula ke penjara tanpa menunggu keputusan ujian kesihatan dan rawatan lanjut di hospital.
Bukankah sekarang menjadi tanggungjawab kita di luar untuk bekerja keras bagi membebaskan Anwar dari belenggu fitnah dan penyeksaan ini? Untuk itu juga saya menyeru (jika seruan ini layak didengar) supaya pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan khususnya dalam PKR supaya mengenepikan perselisihan terbuka dan kembali fokus. Perbezaan pendapat dibenarkan, tetapi kita harus bersama dalam agenda besar termasuk menekan kerajaan Najib membebaskan Anwar. Pembebasan ini penting bagi membukan jalan supaya Anwar dapat memperjuangkan nasib rakyat Malaysia yang ditekan di bawah pemerintahan Najib.
ZUNAR CARTOONIST FAN CLUB
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Luka Rakyat
Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...
-
Kes Datuk Seri Anwar sekali lagi mencabar keadilan Institusi Kehakiman Negara kita. Walaupun, terdapat banyak bukti Saiful Bukhari Azlan tid...
-
Dayus bermaksud suami membiarkan isteri berterusan melakukan perbuatan maksiat terhadap Allah SWT dan si suami meredhainya. Ini selaras deng...
-
Harapkan pingat tak dapat Harapkan projek tak dapat Semua tak dapat takpa ...tak kisah... Tapi kawan2 semua yang ada cuma minta satu saja...
4 ulasan:
dlm kita memuja Anuar seolah susuk yg tiada silap seabuk pun..jgn lupa pengkhianatan Anuar pada org Melayu...bila madey offer TPM pada pa jadi pada ABIM yg didlm nya org Islam dn Melaayu majoriti disitu...cacamarba ...bagai ank ayam kehilangan Ibu ramai yg terpinga-pinga..setelah ditendang dn di malu kn madey tertubuh nya PKR satu lagi saat org melayu berpecah ....tidak bersalh kh Anuar..parti melayu telah ada BN ..PAS dn PKR..perpecahan yg ckup besar bagi Melayu..sedar kah???
kenapa Anuar tidak joint PAS saja ..kenapa..sbb Anuar kemaruk nk jdi Leader..apa2 pn dia mahu ketua..disitulah salah nya Anuar ..pengkhianatan yg cukup besar Anuar laku kn ..skarang tgk DAP ketawa besar..bepecah nya Melayu dgn ada nya PAN pati ytajaan mereka..jgn lah dipuja sgt Anuar seolah dia langsung tidak berdosa...dn skarang PKR PAPET DAP..brang mainan sbb wan Azizah bkn seorg pemimpin yg erkelibar yg dia tau mengipas kn kipas kemana saja dia pergi kdg tgk pn nk meluat ..terkipas-kipas..saya bkn anti Anuar tapi berfikir lah diluar kotak
Tanpa nama dan tanpa fikir
Anwar masuk sebab dia nak betulkan dari dalam apa yg tak betul
Tetapi oleh kerana dia nak betullah maka dia ditendang keluar sebab yg duk dalam tu ramai dah tak betul dan susah nak jadi betul
Parti lain pun anwar dah nampak jelas susah nak satukan, dia terpaksa tubuh satu parti sebagai pengimbang dimana hasilnya dap boleh semeja dgn pas yg mana sebelum itu adalah seteru
Tak nampak lagi
La ni tengok apa jadi bila anwar duduk dalam?
Ada faham
Kau suruh fikir diluar kotak tapi kau duk mana sekarang ni, kalau macam tu punya fikir kau nampaknya tak pernah keluar dari tempurung
Anwar nak betulkan dari dalam. Dalam apa? Dalam penjara. Sebab tu dia masuk dalam. KAH KAH KAH
Ameno tu ibarat tong tahi..bila Anuar msuk Ameno tk ke kene tahik jugak..pa yg nak dibetul kan ..masa madey hina sunaah nabi ..pasal pa dia diam ????Anoynimus
Catat Ulasan