Langkau ke kandungan utama

SELAMATKAN GAZA



 15 Mei 2021| 3 Syawal

KEADILAN Pulau Pinang menggesa kerajaan Malaysia supaya mendesak Pertubuhan Islam Antarabangsa (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak segera untuk menghentikan pertembungan ini agar nyawa rakyat Palestin dapat di selamatkan. 

Tragedi Kemanusian berulang ulang di Palestina seperti tiada titik nokhtah. 

Apa yang berlaku sekarang adalah isu kemanusiaan. 

Perjuangan rakyat Palestina adalah untuk Kemerdekaan tanah air mereka sendiri. 

Ia adalah perjuangan kebebasan negara mereka yang di nafikan oleh adikuasa dunia. 

Saat ini rakyat Palestin menghadapi penindasan dan kekejaman rejim  tentera zionis Israel, ratusan nyawa yang tidak berdosa menjadi korban. 

Premis bangunan kerajaan, sekolah, hospital dan kediaman menjadi sasaran tentera zionis. 

Derita rakyat Palestin yang tidak berkesudahan ini harus di hentikan. 

Ini lah saatnya - kala seluruh dunia bersatu memerangi pandemik Covid-19 dunia Islam juga harus bangkit bersatu memerangi zionis Israel dan mengembalikan hak  keamanan bernegara dan kedamaian buat rakyat Palestina.

Sebagai solidariti kecil menzahirkan rasa simpati buat rakyat Palestin. 

KEADILAN ingin mengajak setiap anggota KEADILAN membanjiri laman sosial media dengan menyatakan sokongan buat Palestin.

Pastikan setiap saluran sosial media dibanjiri dengan sokongan

#IStandWithPalestin

#KEADILAN4Palestine


Amir Haji Ghazali 

Komunikasi KEADILAN Pulau Pinang

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Jelajah 10 Kota: Anwar On Trial - In the Face of Injustice, 15/1 Jumaat, 8mlm @ Masyarakat Penyayang Penang

Kes Datuk Seri Anwar sekali lagi mencabar keadilan Institusi Kehakiman Negara kita. Walaupun, terdapat banyak bukti Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat oleh doktor, DSAI masih dihadap ke makhamah. Sementara itu, kes Qazaf terhadap Saiful pula diperlewatkan. Adakah semua ini berunsurkan politik? Forum ini akan membincangkan kes DSAI 1998 dan implikasinya terhadap kes DSAI 2010. Forum Jelajah 10 Kota: Anwar On Trial - In the Face of Injustice. Tarikh: 15hb Januari, 2010 (Jumaat) Masa: 9mlm Tempat: Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, (Sebelah rumah Governor) Panelis: 1. YB Sim Tze Tzin (Setiausaha Politik DSAI) 2. YB Yusmadi Yusoff (Peguam) 3. Azmi Abdul Hamid (President Teras) Pengerusi: YB Jason Ong Khan Lee Dianjur oleh Biro Komunikasi Parti Keadilan Pulau Pinang bersama Anwar Ibrahim Club Percuma! Semua Dijemput. http://www.anwaribrahimclub. com/land/10kota/ Minta Sebarkan melalui Email, Blog, Facebook dan Twitter. Dear friends, Datuk Seri Anwar Ibrahim Sodomy Trial II

KEJADIAN KAD PENGENALAN DIGUNAKAN OLEH PENGUNDI HANTU DI SELURUH MALAYSIA

Mulai hari ini, #siasatpru13 akan mula menampilkan bukti-bukti yang mengesahkan bahawa Pilihanraya Umum ke-13 dicemari dengan penipuan dan penyelewengan terancang yang berleluasa di seluruh negara. Setiap minggu, #siasatpru13 akan mengadakan 2-3 sidang media untuk membawa bukti ini kepada rakyat. Selain dari bukti-bukti yang ditunjukkan, #siasatpru13 juga akan membawa saksi-saksi terbabit untuk menampil memberikan keterangan. Penyelewengan yang paling berleluasa adalah kehadiran pengundi hantu yang berpunca dari daftar pengundi yang tidak bersih. Perkara ini membayangkan kelemahan dan mungkin keterlibatan dua badan yang bertanggungjawab, iaitu Suruhanjaya Pilihanraya dan Jabatan Pendaftaran Negara. Kehadiran pengundi hantu membawa impak yang besar yang meruntuhkan keyakinan rakyat kepada integrity keputusan PRU13. Apabila pengundi hantu wujud, segala keputusan – dari undi majoriti, peratusan keluar mengundi, pola pengundian mengikut saluran dan la

Tiada toleransi terhadap ketirisan, kerakusan dan penyelewengan

“kami akan jaga duit rakyat dengan baik.” Ini adalah antara ayat yang selalu diungkapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila berceramah di serata negara. Beliau suka membandingkan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat dengan pimpinan kerajaan Barisan Nasional yang secara terbuka memang banyak korupsi, ketirisan dan penyelewengan yang berlaku. Kehilangan kerajaan Perak PR kepada BN pada 2009 adalah kerana keengganan PR untuk bertoleransi dengan ugutan Adun Jelapang ketika itu Hee Yit Foong (DAP). PKR juga dilihat enggan bertolak-ansur dengan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin yang disiasat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menyeleweng hasil kerajaan negeri. Pada April 2009, Anwar mengarahkan Fairus meletakkan jawatan dan PKR sanggup menanggung risiko kehilangan DUN Penanti. Ini adalah beberapa contoh “zero tolerance” PR terhadap pemimpin yang korup. Dan umum juga mengetahui, kewujudan Reformasi