Selasa, 5 Mei 2009

Baju warna hitam tanda protes sidang DUN-malaysiakini

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) tidak mahu lagi berbaju kuning, ia akan melancarkan kempen berbaju hitam sempena membantah sidang DUN Perak, Khamis ini. 

NGO yang terkenal dengan demonstrasi besar pada 2007 kini membawa slogan baru, "1Malaysia Gelita, Demokrasi Didahulukan, Adakan Pilihanraya Sekarang" - meniru slogan perdana menteri baru. 

Jurucakapnya Faisal Mustaffa berkata Bersih menganggap slogan Datuk Seri Najib Razak itu sebagai "lawak jenaka kepada rakyat Malaysia" apabila rampasan kuasa Februari lalu membelakangkan perlembagaan.

Bersih akan mengadakan sidang media jam 10 pagi esok di Kuala Lumpur bagi mengumumkan pendiriannya tentang perkara tersebut.

Sementara itu, Speaker DUN V Sivakumar berkata beliau telah mengutuskan surat rasmi kepada Sultan Perak pagi ini, memohon baginda menangguhkan persidangan tersebut "buat sementara waktu" bagi mengelakkan insiden "yang sukar dikawal."

Beliau juga berharap persidangan DUN dapat diadakan selepas pertikaian antara menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dengan menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir.

"Saya juga berasa bimbang akan berlaku perselisihan dan pertelingkahan yang sukar dikawal pada hari tersebut. 

"Pada jangkaan saya, kedua-dua pihak akan bertikam lidah mempertahankan pendirian masing-masing. 

Untuk menjaga keharmonian, kemuliaan dan kehormatan dewan, saya telah memohon kepada Tuanku Sultan menangguhkan persidangan ini buat sementara waktu," katanya dalam satu kenyataan.

"Saya berpendapat bahawa adalah tidak munasabah sidang dewan negeri diadakan dalam kedudukan YAB menteri besar Perak masih dalam pertikaian di mahkamah."

Dalam perkembangan berkaitan, Bernama melaporkan, polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak berhimpun berhampiran bangunan DUN itu sewaktu persidangan sedang berlangsung.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah berkata polis banyak menerima maklumat terdapat pemimpin-pemimpin parti tertentu dalam ceramah mereka sebelum ini telah menyeru orang ramai supaya berhimpun di bangunan SUK dan seruan yang
sama juga didapati di laman-laman blog tertentu dan media alternatif.

"Perhimpunan tanpa permit adalah perhimpunan haram dan menyalahi undang-undang dan tindakan akan diambil mengikut undang-undang sedia ada ke atas mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram termasuk mereka yang merancang atau yang menganjurkan perhimpunan-perhimpunan tersebut," beliau dipetik berkata hari ini.

"Polis akan bertindak tegas ke atas sesiapa sahaja yang merancang atau melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam." 

Beliau juga menyeru pengguna-pengguna jalan raya tidak menggunakan jalan-jalan berdekatan dengan bangunan DUN pada hari tersebut dan menasihatkan orang ramai yang tiada kaitan dengan persidangan itu supaya tidak berkumpul dan mereka yang menerima jemputan sahaja dibenarkan masuk ke bangunan tersebut. 

Zulkefli berkata satu perjumpaan antara polis dengan wakil-wakil dan ADUN PAS, PKR dan BN telah diadakan pagi tadi di ibu pejabat  kontinjen Perak untuk berbincang bagi melancarkan perjalanan sidang dewan berkenaan tetapi beliau dukacita wakil parti DAP tidak turut serta walaupun telah dijemput sama dalam pertemuan tersebut.



malaysiakini 

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Isnin, 4 Mei 2009

Bapa Altantuya Akan Berada di prk Penanti ?-malaysiakini

Monggolian News Forum melaporkan bahawa Setev Shariibuu, bapa kepada wanita Monggolia yang dibunuh dengan zalim dan kejam di Malaysia pada tahun 2006 akan berada di kawasan pilihan raya kecil Penanti tiga hari sebelum hari pengundian.

Setev Shariibuu tidak akan berkempen tetapi akan berjalan-jalan sekitar kawasan Penanti dan tempat awam. Mr. Shariibuu akan terus berada di Penanti sehingga ke hari pengundian.

Forum ini mungkin telah diketahui oleh SPR sehingga mendorong suruhanjaya pilihan raya itu menyekat pembinaan 'pondok-pondok panas' pada hari pembuangan undi.

Setev Shariibuu diberitakan akan ditemani oleh lebih kurang 25 orang warga Monggolia yang ingin melihat dan memantau perjalanan pilihan raya Penanti.

Monggolian News Forum juga menyatakan bahawa Setev Shariibuu akan terut berada disetiap pilihan raya kecil di Malaysia sehingga kes pembunuhan anaknya didengar di mahkamah keadilan antarabangsa.


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/ 
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Hukum Org kafir membaca al-Quran-malaysiakini

"Rasulullah S.A.W biasa menghantar surat kepada para pembesar dan raja-raja untuk menyeru kepada Islam dan di dalam surat baginda terdapat ayat2 suci al-Quran, perkataan Bismillah dan Muhammad Rasulullah sudah tentu ada. 

Kini apabila terdapat daripada kalangan Non Muslim membaca ayat-ayat suci al-Quran, maka muncullah mereka yang mengaku islam mempertikaikannya seolah-olah merekalah yag hebat dan menjaga al-Quran sedangkan mereka sebenarnya telah menjauhkan diri daripada la-Quran dan menolak sumber perundangan dan syariatnya yang sepatutnya dilaksanakan secara menyeluruh. 

Laungan bantahan ini hanyalah sekadar retorik untuk kepentingan politik sempit mereka yang semakin terjerumus ke arah kehancuran. Mereka bimbang jika golongan Non Muslim memahami kebenaran,kemurnian, keadilan Islam dan mukjizat al-Quran, maka sokongan terhadap mereka semakin mereka menjadi semakin tipis dan akhirnya mereka terbuan dan pupus. 

Para sarjana Barat termasuk bangsa yahudi telah lama membaca al-Quran dan mengkajinya, serta mengamalkan dalam kehidupan mereka seperti kaedah pemakanan, kesihatan, ilmu sains seperti geologi, astronomi, alam sekitar dan sebagainya. 

Mengapa golongan yang mengaku hebat ini tidak membantah? Bahkan terdapat para pelajar Islam sendiri yang berguru dengan mereka di universiti-universiti yang terletak di Barat. Kita melenting bila hal ini berlaku, sebaliknya mereka sendiri yang membelakangi al-Quran, bahkan berapa ramai anak-anak muslim yang buta jawi dan al-Quran pada masa kini. 

Sepatutnya kita merasa gembira apabila Non Muslim mula menghayati kebenaran al-Quran dan Islam, dan berdoa supaya mereka diberi hidayah oleh Allah Taala, bukan menyekat mereka daripada berusaha men dekati islam dan kebenarannya. 

Marilah kita membaca dan merenung petikan beberapa pendapat ulama-ulama silam yang bermazhab Syafii tentang hukum orang kafir membaca al-Quran supaya jelas kepada kita dan sedar ebtapa islam itu untuk seluruh umat manusia. 

1.Syeikh Muhammad al-Khatib al-Syarbini kitabnya Mughni al-Muhtaj menjelaskan: 

اما الكا فر فلآ يمنع القرأة القرأن لآنه لا يعثقد حرمت دلك كما قال الموردي 


"Adapun orang kafir, maka dia tidak ditegah daripada mmbaca al-Quran, kerana dia tidak beriktikad tentang haramnya perbuatan demikian, sebagaimana kata al-Mawardi" (Mughni al-Muhtaj, jilid 1 halaman 72) 

2.Pengarang kitab I'ana al-Talibin telah memetik keterangan dari kitab Busyra al-Karim seperti berikut: 
فلا يمنع الكافر منها ان لم يكن معاندا ورجب اسلآ مه 

"maka tidak ditegah orang kafir daripada membaca al-Quran, jika dia tidak bersikap menentang dan diharap dia akan memeluk islam" (I'anah al-Talibin, jilid 1 halaman 85) 

3. Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam kitabnya Sabil al-Muhtadin berkata: 

"dan hanyasanya ditegah kafir daripada menyentuh mashaf kerana haram menyentuh dia itu terlebih muakkad dengan dalil haram menanggung(memegang) dia serta hadas dan haram menyentuh ia dengan najis bersalahan dengan membaca Quran kerana harus membaca dia serta hadas dan harus membaca dengan mulut yang kena najis" (Sabil al-Muhtadin, jilid 1, halaman 112) 

4. Syeikh Daud al-Fatani dalam kitabnya Bughyah al-Tullab berkata: 

"dan keluar dengan kata muslim orang kafir maka jangan ditegahkan dia daripada membaca Quran kerana tiada iktikad akan haramnya tetapi jika kita harap akan islamnya" (Bughyah al-Tullab, jilid 1, halaman 49) 

semoga bermanfaat untuk semua"

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/ 
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Ahad, 3 Mei 2009

Heppy Birthday Sya Reformis-malaysiakini



Buat Blogger Sya Reformis Yang Juga Ketua Sri Kandi PKR

ALLAH SELAMATKAN KAMU........ ALLAH SELAMATKAN KAMU..... ALLAH SELAMATKAN SYA REFORMIS...... ALLAH SELAMATKAN KAMU.........


Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 24 tahun pada hari ini 3 Mei 2009......

Moga murah rezeki & di panjangkan usia......

Sabtu, 2 Mei 2009

N12 Penanti : PAS tidak akan letak calon-malaysiakini

PAS tidak akan meletakkan calonnya di DUN Penanti dalam pilihanraya kecil hujung bulan ini walaupun ada desakan dari dalam parti itu sendiri.

(Keputusan) ini kerana PAS tertakluk kepada perjanjian yang telah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat.

"Semua parti dalam Pakatan telah bersetuju, jika berlaku pilihanraya kecil, calon yang bertanding mestilah daripada parti yang bertanding pada pilihanraya umum sebelum itu," kata pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali.

Terkejut berok agaknya pemimpin parti pelaga rakyat (UMNO) Pulau Pinang bila PAS menyatakan tidak akan meletakan calonnya di PRK Penanti.

Sebelum ini mereka dengan ghairah melaga-lagakan Pakatan Rakyat kerana kenyataan dari Pemuda Pas Pulau Pinang yang mahukan Pas meletakan calon mereka di Penanti.

Nampaknya UMNO Pulau Pinang dan SeMalaysia keseluruhannya terpaksalah mencari isu lain yang nak di sandiwarakan semasa kempen bermula nanti.

Maka terhentilah nyalakkan UMNO sebelum ini yang mengandaikan ketidak sefahaman Pakatan Rakyat dalam meletakkan calon di Penanti.

Akan adakah Projek ' MEE SEGERA' sekali lagi di Penanti…sama-sama kita tunggu.

link dari sesamaislam 

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Jumaat, 1 Mei 2009

ADUN Sungkai, R. Ganesan calon kerajaan haram untuk Speaker DUN Perak?-malaysiakini


Barisan Nasional (BN) telah menamakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai, Datuk R. Ganesan daripada MIC sebagai calon Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang baru, kata Speaker V. Sivakumar.

Dalam tulisan di blognya: speakforperak.blogspot.com, Sivakumar berkata usul itu telah diserahkan ke Pejabat Setiausaha DUN Perak di sini pada pagi semalam.

Menurutnya usul bertarikh 29 April lepas itu dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan disokong seorang Exco Datuk Hamidah Osman.

"Surat persetujuan daripada Datuk R. Ganesan untuk dipilih sebagai Speaker Perak juga disertakan bersama-sama usul ini," katanya.

Sivakumar pada satu sidang akhbar di sini semalam ketika ditanya mengenai usul pelucutan jawatannya, katanya beliau mengakui memang ada usul yang diterima berkaitan perkara itu tetapi menegaskan pihaknya belum membuat apaapa keputusan lagi.

Zambry pada minggu lepas telah mengemukakan usul kepada pejabat Setiausaha DUN Perak untuk melucutkan jawatan Speaker V. Sivakumar seterusnya melantik speaker baru pada persidangan DUN dijadual pada 7 Mei ini.

Usul itu yang disokong Hamidah menerusi surat bertarikh 22 April lepas diterima Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri pada 23 April dan diberi notis untuk dibawa pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, DUN Perak ke12 pada tarikh yang ditetapkan itu.

Abdullah dalam suratnya kepada semua 59 ADUN Perak bertarikh 27 April lepas berkata, sekiranya usul itu diluluskan dalam mesyuarat berkenaan, urusan mesyuarat berikutnya ialah pemilihan Speaker baru.

Berikutan itu, beliau meminta semua ADUN mengemukakan cadangan bagi memilih Speaker baru menggunakan borang pencalonan yang dikepilkan bersama dengan surat berkenaan.

Bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada sidang akhbarnya semalam ketika ditanya mengenai usul untuk melucutkan jawatan Sivakumar, berkata semua ADUN berhak mengemukakan apa saja usul dan terpulang kepada Speaker untuk tindakan seterusnya.

Bekas Exco Kanan Perak yang juga Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham sebelum ini dilaporkan berkata ADUN pakatan PAS-DAP-PKR tidak akan memberi maklumbalas terhadap usul tersebut kerana mendakwa notis yang dihantar Abdullah itu tidak sah disebabkan Setiausaha DUN Perak telah digantung tugas oleh Speaker pada bulan lepas.


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Ke mana Pak Lah berpindah?-malaysiakini

SEMALAM Pak Lah, Jeanne serta anggota keluarga dan orang gajinya telah meninggalkan dengan rasmi kediaman perdana menteri Sri Perdana. Leganya hati orang yang mengidam dan tidak sabar-sabar untuk menguasai dan menghiasai kediaman berkenaan dengan perabut serba baru. Ke mana Pak Lah berpindah?

paklah-dilemma

Kerajaan ada menyediakan sebuah rumah sementara di Putrajaya untuk bekas perdana menteri. Besarnya sedarhana tetapi cukuplah untuk sepasangan suami isteri yang sudah pencen seperti Pak Lah bersama Jeanne, orang gaji dan anggota keluarga lain.

Nori dan Khairy sudah ada rumah. Banglow di Putrajaya peninggalan ibunya, Kak Endon.
Semua barang-barang peribadi Pak dan Jeanne yang telah lama dibungkus dan dikemaskan sudah pun diangkut setengahnya ke kediaman sementara itu dan sebahagian lain ke rumah mereka di di Sungai Penchala. Kalau ikut arahan, Pak Lah kena tinggalkan kediaman itu pada 20 April ini. Lama sebelum itu kotak-kotak telah dihantar ke kediaman itu oleh orang tertentu.

Pemandangan rumah Abdullah di Sungai Penchala.

Pemandangan rumah Abdullah di Sungai Penchala.

Bingung juga Jeanne pada mulanya untuk apa dengan kotak-kotak itu? Beliau tidak pula memesan untuk mengisi apa-apa barangan. Rupa-rupanya ia dikirimkan atas arahan orang tertentu bagi memudahkan Jeanne masukan barang-barang peribadi dan lekas-lekas tinggalkan kediaman rasmi perdana menteri itu.

Pak Lah meninggalkan kediaman bersama kenangan yang dicatatnya selama kira-kira lima tahun di situ. Banyak kenangan yang berlaku di situ bagi hidup Pak Lah. Di rumah itulah juga isterinya Kak Endon menghembuskan nafas terakhir di mana peristiwa itu sangat menghiba dan menyayukan. Betapa tidak orang yang mendampingi, setia dan jujur terpaksa meninggalkan Pak Lah lebih awal dan tidak dapat menemani Pak Lah bagi meneruskan kehidupan dan perjuangan sampai ke saat-saat akhir.

Pak Lah juga ada menternak ayam dan menanam pokok ulam-ulaman. Ada pokok petai belalang dan lain-lain di sekitar Sri Perdana. Reban ayam di bina berdekatan rumah kediaman pekerja kompleks berkenaan. Ada kalanya ayam-ayam itu dibiarkan berkeliaran. Suasana di kompleks itu seperti suasana rumah kampung. Pak Lah begitu mesra dan jatuh hati dengan kehidupan tradisi.

Kediaman itu begitu nosltagik sekali. Ia umpama sebuah perkampungan kecil bagi Pak Lah. Pak Lah dan Jeanne membina lanskap berasaskan kampung. Jeanne sendiri ada taman ramuan yang menyediakan semua jenis pokok ubat-ubatan. Ia tidak tanaman import tetapi semuanya tanaman tempatan.

Apakah Pak Lah membawa bersama ayam ternakannya? Dan bagaimana dengan pokok tanamannya. Apakah ia juga akan dicantas seperti mana orang-orangnya dicantas satu persatu sebaik saja beliau tidak lagi menjadi perdana menteri? Begitukah? Biarlah… kalau boleh pokok tanaman itu tumbuh dengan senang dan bebasnya. Khasnya taman ramuan yang diusahakan Jeanne itu dikekalkan, biar dia menjadi tugu memoir buat Pak Lah dan Jeanne. Pokok-pokok itu tidak berdosa dan tidak pun menjadi halangan kepada kuasa politik sesiapa.

Jangan pula terjadi seperti mana peninggalan pokok bunga dan tanam-tanamaan Jeane semasa di rumah Sri Stria dulu. Semua pokok-pokok tanaman Jeanne ditebang dan dibunuh begitu saja sebaik Jeanne pindah ke Seri Perdana dan rumah itu didiami oleh penghuni barunya.

Pak Lah akan tinggal di rumah sementara kerajaan itu sehinggalah rumahnya di Sungai Pencahala siap sepenuhnya. Buat masa ini rumah itu masih belum siap sempurna. Di rumah Sungai Pencahala Pak Lah juga ada menanam pokok dan menternak angsa.

Di rumah inilah Pak Lah akan tinggal bersama Jeanne nanti. Kini beliau mendatangi rumah ini dua kali seminggu untuk melihat tanaman dan haiwan ternakannya. Sebagai mengenang jasa-jasanya kerajaan ada juga memberi sebidang tanah untuk Pak Lah membina rumah sebagai hadiah terletak di Carcosa Seri Negara. Ia bukan rumah Carcosa Seri Negara seperti mana difahamkan tetapi tanah kosong untuk dibina rumah. Itu pun nama masih lagi beliau ditukar ke atas nama Pak Lah. Entah dapat atau sebaliknya.

Selain itu sebagai ganjaran persaraan Pak Lah ada memohon bantuan sebanyak RM6 juta untuk membuka pejabat sebagai aktiviti selepas beliau bersara. Permohonan itu adalah turutan apa yang Dr Mahathir Mohamad lakukan dengan yang mewujudkan Yayasa Perdana sebagai wadah penerus perjuangan selepas bersara. Kalau Mahathir mendapat peruntukan sebanyak RM10 juta, cukuplah bagi Pak Lah separuh dari itu. Tetapi khabarnya Najib bersedia untuk meluluskan RM2 juta sahaja.

Hari ini, Jeanne pula menghadiri majlis serah tugas selaku Pengerusi Bakti kepada Rosmah Mansur. Majlis itu turut sama disertai oleh bekas pengerusi Bakti, Siti Hasmah Mohd Ali. Katanya majlis Bakti hari ini sudah bertukar corak. Kalau semasa Jeanne menjadi pengerusi tidak ada karoeke dan tarian pocho-pocho tetapi hari ini karoeke bergema kembali dan ahli Bakti pula ramai-ramai menari pocho-pocho.

Rosmah sendiri menyanyi dua buah lagu manakala Siti Hasmah menyanyi tiga buah lagi dari CD yang dibawa oleh Siti Hasmah. Nampaknya Siti Hasmah juga kembali berkuasa dan bersemangat semula seperti suaminya Mahathir Mohamad sebaik saja Najib mengangkat sumpah menjadi perdana menteri.

Pada 11 Mei nanti Pak Lah akan bercuti ke luar negara. Negara menjadi pilihan Pak Lah ialah Italy. Pak Lah akan bercuti selama dua minggu di atas kapal sambil memancing. Mungkin percutian itu memberi masa rihat yang panjang dan ketenangan buatnya. Mudah-mudahan saja percutian itu akan mengilham untuknya sesuatu yang baik. Sekembali nanti hendaknya adalah apa-apa yang akan Pak Lah lakukan sebagai menghabiskan sisa-sisa usianya.

Kepada Pak Lah dan Jeanne diucapkan selamat bercuti semoga sepanjang percutian nanti diberikan Allah s.w.t. kesihatan, kekuatan iman dan ilham baik untuk terus membangun agama, bangsa dan negara menerusi kesempatan yang ada.



!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...