Ahad, 15 April 2012

Belum lagi masuk bertanding PRU13 KATAK GEMOK DAH TEWAS...



fap menang

AHLI Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim gagal mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) apabila tewas dalam pemilihan yang diadakan sempena mesyuarat agung tahunan, hari ini.

Zahrain hanya mendapat 16 undi berbanding 21 undi yang diperoleh perunding pembinaan bebas, Mohd Foaz Hamid yang pertama kali bertanding dalam pemilihan jawatankuasa badan sukan itu.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, Pengerusi Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS), Dr Zainuddin Md Wazir dipilih memegang jawatan itu selepas penyandangnya sebelum ini Raja Munir Shah Raja Mustapha menarik diri apabila kedua-dua mereka mendapat undi yang sama.

Turut dipilih Mohd Azizudin Md Wazir dan Amer Yusoff Mohamed Hassan sebagai Naib Presiden.

Mohd Foaz ketika ditemui media berkata, beliau akan berusaha mengembalikan kegemilangan pasukan Harimau Kumbang yang pernah menjadi pasukan yang dihormati.

Menurutnya beliau menyasarkan pasukan Pulau Pulau Pinang akan kembali menyertai Liga Perdana dalam tempoh dua tahun dan seterusnya menyertai Liga Super.

“Saya berharap jawatankuasa baru yang dipilih ini akan lebih aktif dan sentiasa turun padang bagi meningkatkan lagi mutu pasukan Pulau Pinang.

“Dengan kelebihan yang ada, saya akan cuba mendapatkan kebenaran daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Kerajaan Negeri bagi membolehkan kita menggunakan semula Stadium Bandaraya untuk perlawanan di sini selain cuba mengembalikan sokongan rakyat Pulau Pinang terhadap pasukan yang dilihat kian suram,” katanya.

Sementara itu, Mohd Foaz yang ditanya mengenai dakwaan pelbagai pihak yang mengatakan beliau ditaja oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk bertanding jawatan itu serta ditawarkan beberapa projek sekiranya memenangi pada pemilihan jawatan presiden berkata, dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana beliau tidak pernah bertemu dengan Ketua Menteri sebelum ini..... s/h

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Selasa, 3 April 2012

Panas, Speaker Buldozz jer Dewan Rakyat - Perbahasan Usul JK Pilihan Khas mengenai penambahbaikan Proses Pilihan Raya ( Video disertakan )


Tiga ahli parlimen pembangkang diarah keluar Dewan Rakyat hari ini kerana enggan mematuhi arahan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung isu laporan minoriti.

Mereka mempersoalkan keputusannya tidak membenarkan laporan minoriti dilampirkan kepada laporan jawatankuasa pilih parlimen (SPA) bagi reformasi sistem pilihan raya.

NONE"Di bawah Perintah Tetap 42, apabila speaker bercakap, anda mesti diam," Pandikar memberitahu mereka.

"Di bawah Perintah Tetap 43, keputusan speaker tidak boleh dipersoalkan... dan di bawah Perintah Tetap 44, saya mengarahkan Gombak (Azmin Ali), Subang (R Sivarasa) dan Kuala Selangor (Dzulkefly Ahmad) meninggalkan Dewan."

Pandikar baru sahaja mengambil alih tugas mempengerusikan sidang Dewan daripada timbalannya, Datuk Ronald Kiandee, apabila beliau memerintahkan mereka meninggalkan Dewan.

Sivarasa bangun selepas waktu rihat tengah hari untuk meminta panduan daripada Kiandee mengenai kemungkinan Pandikar silap dalam keputusannya berhubung laporan minoriti.

Kiandee (kanan) enggan melayan permintaan tersebut, tetapi Sivarasa, tidak putus asa - dengan dibantu oleh celahan daripada Azmin dan Dzulkefly - terus membangkitkan perkara itu.

ronald kiandeeMereka membangkitkan duluan-duluan di mana laporan minoriti telah
dibentangkan dalam Parlimen negara Komanwel yang lain.

Kiandee (lamam) bertegas bahawa keputusan Pandikar juga dibuat berdasarkan duluan dan amalan yang diterima di Parlimen New Zealand dan negara Komanwel yang lain.

Keadaan menjadi riuh-rendah apabila ahli Parlimen pembangkang terus mendesak perkara itu.







'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Rabu, 29 Februari 2012

Kecoh... "Ayam kaki satu berdarah" diletak depan Pusat Khidmat Anwar

Pagi ini saudara Fathilullail bin Jaafar Sidek (petugas Pusat Khidmat Permatang Pauh) terkejut apabila beliau datang ke Pusat Khidmat jam 10 pagi, beliau menjumpai ayam berdarah dengan satu kaki tergantung di Pusat Khidmat Permatang Pauh Dun Seberang Jaya dan Bilik Gerakan AMK Permatang Pauh.

Apakah motif mereka yang tidak bertanggungjawab berbuat demikian? Budaya politik apa yang mahu dibawa ke Malaysia? Budaya berbau ugutan adalah budaya samseng ala umno dan perkasa ujarnya kepada sharpshooter.

Saudara Fathilullail bin Jaafar Sidek merupakan abang kepada Fayyadh Affiq Albaqry Bin Jaafar Sidek yang tercedera ditembak polis dalam demo BERSIH 2.0


Pejuang Kemaafan yang juga anggota Jingga 13 Pulau Pinang berkata beliau berada di Pusat Khidmat ini hingga pukul 3.00 pagi tetapi tiada apa yang berlaku.


Manakala menurut saudara Mohd Saiful beliau berada di Pusat Khidmat ini hingga pukul 7.30 pagi tetapi katanya ayam tersebut tiada. Beliau juga hairan apa motif mereka berbuat demikian.



Ketua AMK Pulau Pinang saudara Amir Ghazali amat kesal dengan kejadian ini dan beliau berkata kemungkinan besar ini ada kaitan dengan debat "GASAK" pada malam ini.

Semalam juga beliau menerima laporan bahawa umno dan perkasa akan datang mengganggu debat malam ini. Sharpshooter difahamkan bahawa kemungkinan besar malam ini YB Parlimen Tasek Gelugor Nor Yaacop tidak berani turun berdebat dengan Lim Guan Eng di Dewan Sg Dua. Besar kemungkinan malam ini pemuda umno dan perkasa akan ganggu dan membawa budaya samseng.

Amir juga berkata, debat malam ini akan diteruskan dan kita juga telah bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku pada malam ini. Beliau menyeru penyokong Pakatan Rakyat usah bimbang untuk hadir beramai-ramai malam ini.

di copy dr blog sharpshooter

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Jumaat, 17 Februari 2012

Memorandum Mendesak Media Prima Berhad Menghentikan Serangan Berat Sebelah Terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim Berhubung Polemik Israel dan Palestin






Anwar Ibrahim Club (AIC) diwakili Presiden, Saudara Saifuddin Shafi Muhammad dan Timbalan Presiden, Saudara Al Azadi Al Johari hadir di Sri Pentas Bandar Utama, Ibu Pejabat Media Prima Berhad untuk penyerahan Memorandum Mendesak Media Prima Berhad Menghentikan Serangan Berat Sebelah Terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim Berhubung Polemik Israel dan Palestin pada pukul 11.20 pagi.

Kehadiran wakil AIC disambut oleh Puan Mastura Adnan, Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Korporat yang mewakili Datuk Johan Jaafar yang tidak dapat menghadiri sesi tersebut. Puan Mastura menerima memorandum tersebut kira-kira jam 11.30 pagi setelah mendengar penjelasan dan isi kandungan memorandum yang ingin disampaikan.

Isikandungan Memorandum tersebut seperti di bawah.....

Tarikh : 17 Februari 2012

Datuk Johan Bin Jaafar
Pengerusi Lembaga Pengarah
Media Prima Berhad

Memorandum Mendesak Media Prima Berhad Menghentikan Serangan Berat Sebelah Terhadap
Dato Seri Anwar Ibrahim Berhubung Polemik Israel dan Palestin

Anwar Ibrahim Club (AIC) menyelar keangkuhan Media Prima Berhad, penaung kepada beberapa konglomerat media perdana yang dilihat begitu bersungguh-sungguh dalam usaha menyerang Dato Seri Anwar Ibrahim berhubung pendirian beliau dalam polemik Negara Israel dan Palestin sejak beberapa minggu yang lalu.

AIC melihat situasi ini seperti satu medan pembunuhan karakter yang terancang, bertujuan
memburuk-burukkan serta menjatuhkan kredibiliti Dato Seri Anwar Ibrahim sedangkan beliau tidak diberikan sebarang peluang untuk muncul di media-media naungan Media Prima Berhad untuk menerangkan fakta sebenar dan mempertahankan diri berhubung isu tersebut.

Sebagai sebuah konglomerat media yang bertanggungjawab menyampaikan maklumat dan
informasi dengan tepat dan prihatin kepada rakyat, Media Prima seharusnya tidak dengan
sewenang-wenangnya menyerang dan memaparkan berita untuk tontonan rakyat tanpa berusaha mendapatkan penjelasan daripada pihak yang diserang. Adalah satu perkara yang tidak adil apabila Dato Seri Anwar Ibrahim tidak mendapat peluang bagi menerangkan kepada rakyat apakah pendirian sebenar beliau dalam isu ini.

Justeru AIC hari ini menyatakan menyatakan pendirian yang cukup tegas, mendesak Media
Prima Berhad supaya menghentikan serangan murahan yang berbaur politik yang jelas tidak sama sekali menjurus kepada penerangan maklumat secara informatif. Perbuatan ini adalah jelas tidak bertanggungjawab terhadap keperluan rakyat terbanyak untuk menerima maklumat dan berita yang adil tanpa perlu berpaksikan kehendak mana-mana individu atau kumpulan berkepentingan.

AIC juga mencabar Media Prima Berhad melalui rangkaian Buletin Utama TV3 khususnya, untuk memberi ruang kepada Dato Seri Anwar Ibrahim untuk muncul secara eksklusif dalam masa terdekat, agar beliau mempunyai medium untuk menjawab serangan berat sebelah yang dilancarkan terhadap beliau saban hari. Keberanian dan ketelusan Media Prima ini bakal membuka dimensi baru pemberitaan di Malaysia, sekaligus mengekang sebarang usaha terlindung tetapi jelas sebaga icubaan membunuh karakter melalui laporan tidak adil dan berat sebelah.

GENERASI PENGGERAK ZAMAN

SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Presiden
Anwar Ibrahim Club (AIC)


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Khamis, 16 Februari 2012

Minda Ketua Pemuda PAS : Ekonomi Harimau Kertas


1. Selama lebih 50 tahun yang lalu, rakyat telah didendangkan dengan keajaiban kerajaan BN mengurus ekonomi negara. Pada tahun 1990, rakyat didodoikan pula dengan lagu “Wawasan 2020” menjanjikan sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

2. Hari ini semakin tersingkap bahawa slogan itu sekadar dendangan yang membuaikan rakyat Malaysia dengan impian yang tidak kesampaian.

3. Sekiranya pencapaian ekonomi negara dipertimbang berasaskan kepada pertimbangan model ekonomi semasa, Malaysia adalah tergolong dalam kategori negara yang sedang membangun dan berpendapatan sederhana.

4. Dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal, Malaysia berada di kedudukan 37 dengan KDNK berjumlah USD 237 bilion dan pendapatan perkapita berjumlah USD 7775.00, iaitu pada kedudukan ke 65. Kedudukan Malaysia dari segi KDNK (nominal) perkapita ini berada empat anak tangga di bawah purata pendapatan perkapita dunia. Jauh untuk menyaingi negara industri baru seperti Hong Kong, Korea Selatan, Singapura dan Taiwan.

5. Berasaskan kepada pencapaian tersebut di samping melihat pacuan dan hambatan ekonomi semasa, adalah sukar dalam tempoh kurang daripada sembilan tahun akan datang Malaysia boleh mencapai status negara maju pada tahun 2020.

6. Usaha kerajaan untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara menemui jalan buntu, sehingga kerajaan terpaksa “memecah tabung rakyat” bagi menampung perbelanjaan defisit yang terus berlanjutan. Sumber pendapatan negara kini ialah dengan memotong subsidi, mengenakan cukai baru dan memburu pesalah trafik.

7. Bila tiada lagi tabung rakyat yang boleh dipecahkan, usaha mempelbagaikan sumber itu tertumpu pula kepada membuat hutang baru atas nama terbitan bon dan sebagainya. Dalam laporan Ketua Audit Negara yang terbaru, hutang negara berbanding KDNK berada pada paras 53.7 %, iaitu satu kedudukan yang cemas bagi sebuah negara berpendapatan sederhana seperti Malaysia.

8. Kesemua situasi seperti ini dapat disimpulkan dengan pandangan Idris Jala, bahawa hutang negara boleh mencapai RM 1 trilion menjelang 2019 dan boleh membawa kepada status muflis. Saya ingin bertanya kepada para pendukung DPP dan Generasi Milenium, melihat kepada situasi gawat ini, di mana hebatnya BN menguruskan ekonomi negara?

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

SPR NAK ‘MAIN WAYANG’


ENYATAAN AKHBAR JABATAN PILIHANRAYA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

16 Febuari 2012 bersamaan 23 Rabi'u al-Awwal 1433

SPR NAK ‘MAIN WAYANG’

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mempersoalkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan warna dakwat kekal yang berbeza bagi undian awal dan undian biasa di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di dalam kenyataan beliau di Sinar Harian 16/2/2012 beranggapan dengan pembezaan warna dakwat kekal ini akan dapat mempastikan kelancaran proses pengendalian pilihanraya yang telus, bebas serta bersih sepenuhnya.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia tetap menolak penggunaan dakwat yang berbeza untuk pengundian pada kali ini kerana masih ada ruang-ruang untuk manipulasi penipuan akan berlaku sekiranya penggunaan dakwat berbeza ini dilaksanakan. Contohnya sebelum dari ini Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mendedahkan bahawa ada di kalangan pengundi-pengundi pos dari kalangan penjawat awam seperti tentera dan polis serta lain-lain juga mempunyai kelayakan untuk mengundi sebagai pengundi awam kerana mereka mempunyai dua pengenalan diri. Penggunaan dakwat yang berbeza masih lagi tidak akan menyelesaikan masalah pengundi yang berganda.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menasihatkan SPR supaya jangan bersikap ‘bodoh sombong’ dan perlu belajar dengan negara-negara lain yang lebih mampu menguruskan hal-hal pilihanraya yang lebih telus dengan skala pengundi yang lebih besar.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mempertegaskan kepada pihak SPR supaya menggunakan hanya satu warna dakwat kekal sahaja di dalam pilihanraya umum nanti selain mempastikan buku daftar pemilih pengundi talah “diputihkan dan dibersihkan” sepenuhnya.

Disediakan oleh,

MOHD SANY BIN HAMZAN

KETUA PENGARAH

JABATAN PILIHANRAYA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Ahad, 12 Februari 2012

Serangan oleh Samseng UMNO di Dewan Kg Idaman



RINGKASAN SERANGAN UMNO/BN KE ATAS INSIDEN KG IDAMAN.

- Dimaklumkan dewan lokasi program telah ditawan, digeledah dan dijarah oleh samseng UMNO/BN sebaik sahaja selesai solat Maghrib di Masjid Tok Dagang. Kg Jawa.

- Makluman daripada penduduk tempatan; samseng UMNO/BN diketuai oleh anak arwah Dato Z yang dikenali sebagai "BOY".

- Samseng UMNO/BN menghalau orang ramai yang hadir untuk mendengar ceramah. Mereka memenuhi setiap ruang dalam dan luar dewan selain berkawal dan mengugut orang ramai di semua jalan masuk menuju ke dewan.

- Kerusi bukan setakat diterbalikkan, malah dipatahkan dan dihancurkan.

- Mereka hanya mahukan Adam Adli.

- Ceramah kemudiannya dialihkan ke padang berhampiran dan samseng UMNO/BN berkawal di kawasan padang tersebut sebaik sahaja mengetahui perubahan lokasi program. Kereta yang dinaiki oleh Tuan Speaker dihalau keluar daripada kawasan padang oleh samseng UMNO/BN.

- Dalam masa yang sama, kereta yang dinaiki Farel Dedek Samm dan rakannya sedang ditahan di kawasan berhampiran dewan oleh samseng UMNO/BN sebelum mereka berjaya melepaskan diri.

- Khalid Mohd Ismath, Xsan Ekhsan dan beberapa orang tempatan telah ke Balai Polis Pandamaran untuk membuat laporan polis terhadap gangguan melampau yang sangat tidak bertamadun oleh samseng UMNO/BN.

- Samseng UMNO/BN memenuhi ruang di luar pagar Balai Polis Pandamaran. Malah, mereka membentuk laluan sehingga ke hadapan pintu Balai Polis Pandamaran. Polis hanya buat buat bodoh.

- Adam Adli dihina dan dikeji ketika sampai di Balai Polis Pandamaran oleh samseng UMNO/BN dengan gelaran "budak jambu", "gayboy" dan sebagainya.

- Kereta yang dinaiki oleh Adam Adli dan Tuan Speaker diludah, dibaling batu dan ditendang ketika mahu beredar ke IPD Klang oleh samseng samseng UMNO/BN. Berlaku percubaan untuk "mengangkut" Adam Adli but gagal kerana pemandu kereta memecut kereta.

- Kegagalan mendapatkan Adam Adli membuatkan kenderaan yang dinaiki oleh Khalid, Ehsan dan sahabat yang lain diserang dahsyat sehingga memaksa pihak polis mengiringi mereka ke IPD Klang. Kekuatan polis pengiring yang digunakan adalah 2 buah kereta peronda dan 3 buah motorsikal polis trafik. Dah macam menteri dah jadinya.

- Samseng UMNO/BN mengejar konvoi tersebut sehingga ke hadapan IPD Klang dan mereka terus berkampung di sana sehingga sahabat sahabat selesai urusan di IPD Klang sekitar jam 2.30 pagi.

- Samseng UMNO/BN menunjukkan banyak isyarat lucah ke arah kereta yang dinaiki oleh Adam Adli sehingga memaksa pemandu memilih untuk keluar daripada laluan asal apabila arahan "Dr, selamatkan Adam Adli dan mahasiswa yang lain. Abaikan politician yang masih mahu bermegah megah dan mahu menjadi hero dan deal direct dengan orang tempatan yang mempunyai hubungan kukuh dengan grassroot".

- Gambar tak dapat nak ambil sebab setiap yang berkamera jika bukan orang mereka, pasti akan diugut dan nyaris dibelasah.

- Terima kasih kepada orang tempatan yang banyak membantu.

Pandangan Tuan Speaker : -

- Perancangan perlu teliti dan nawaitu perlu betul. Tujuan kita adalah untuk menyampaikan maklumat dan bukannya menjuarai isu. Provokasi adakalanya perlu tetapi jangan sampai orang menyampah. Belajarlah untuk mendengar supaya ego yang bersarang di dalam kita dapat dikalahkan.

- Bukan soal berani atau takut tetapi soal bijak atau tidak. Strategi adalah perlu supaya budaya sembrono dapat diatasi. Bersemangat tinggi bukan bererti perlu marah marah atau keras kepala. Rasionallah dalam bertindak supaya kita tidak dilihat sebagai budak nakal.

- Prinsip kita lain walaupun tujuan kita adalah sama. Jangan korbankan rakan rakan untuk "keagungan prinsip" yang kita imani.

Moral of the incident : Belajarlah untuk mendengar.


TUAN SPEAKER (Dr Ahmad)
SAMM Wilayah

sumber dari blog edyes

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

DAP Punca Melayu Berpecah ???

Tadi aku ngeteh dgn sahabat aku seorang Polis pencen. Tiba2 datang ex YB UMNO. Dia memujuk agar kami mengundi UMNOBNPAS di NS.  Alasannya ad...