Timb Presiden ingatkan pemimpin KeADILan
TIMBALAN Presiden KeADILan Dr Syed Husin Ali mengingatkan pemimpin-pemimpin KeADILan dan Pakatan Rakyat supaya tidak membuat kenyataan terbuka mengenai perbezaan pendapat dan perbalahan melalui media terutama yang dikuasai parti pemerintah.
“Saya menggesa dan merayu kepada semua pemimpin Pakatan agar berhenti mengemukakan perbezaan serta pertentangan mereka melalui media terutama yang dikuasai parti pemerintah BN,” kata Syed Husin dalam satu kenyataan kepada Suara Keadilan.
Kenyataan itu dikeluarkan disaat media-media BN memperbesarkan laporan mengenai kenyataan Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam yang menyatakan akan keluar parti serta kenyataan balas oleh Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim.
Begitu juga dengan laporan mengenai perbezaan pendapat antara Ahli Parlimen Kelang Charles Santiago dengan Speaker Selangor Teng Chang Khim.
Menurut Syed Husin, masalah ancaman MP Kapar hendak keluar dari KeADILan sudah terlalu dibesar-besarkan oleh sesetengah media yang dikuasai oleh parti pemerintah.
“Mereka menyelewengkan sesetengahkenyataan pemimpin Pakatan untuk menunjukkan gabungan itu berpecah.
“Memang jelas, tujuan mereka (media-media ini) ialah untuk menarik perhatian awam dari kemelut dalam BN dan juga parti-parti komponen utamanya, terutama menjelang pilihanraya kecil Kuala Terengganu,” tambah beliau.
Menurut Syed Husin lagi, pemimpin-pemimpin berkenaan sebaliknya harus duduk berbincang dan mencari jalan penyelesaian secara dalaman.
“Ada beberapa saluran dan prosedur bagi berbuat demikian,” katanya.
Sehubungan itu, tambah beliau mesyuarat Biro Politik-badan tertinggi penentu dasar politik KeADILan akan diadakan pada 31 Disember ini untuk membincang semua perkara berkatan dan mencari penyelesaian.
Ia akan dipengerusikan oleh Syed Husin sendiri memandangkan Presiden Dr Wan Azizah Ismail dan Ketua Umum Anwar Ibrahim berada di luar negara sehingga 6 Januari depan.
sumber dari suara keADILan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Luka Rakyat
Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...
-
Kes Datuk Seri Anwar sekali lagi mencabar keadilan Institusi Kehakiman Negara kita. Walaupun, terdapat banyak bukti Saiful Bukhari Azlan tid...
-
Dayus bermaksud suami membiarkan isteri berterusan melakukan perbuatan maksiat terhadap Allah SWT dan si suami meredhainya. Ini selaras deng...
-
Mulai hari ini, #siasatpru13 akan mula menampilkan bukti-bukti yang mengesahkan bahawa Pilihanraya Umum ke-13...
1 ulasan:
calvin klein outlet
yeezy shoes
lebron 17
nike air max
coach factory outlet
christian louboutin shoes
supreme
air max 2017
kobe basketball shoes
moncler
Catat Ulasan