Khamis, 25 Disember 2008

Kisah 1 :Selaku exco agama Fairus hadir saksi konsert Mamma Mia

Pada bulan Mei lalu, Mohammad Fairus Khairuddin mengumumkan Pulau Pinang akan mengikut jejak Selangor mengharamkan Islam Hadhari.

Selaku exco hal-ehwal Islam Pulau Pinang, Fairus berkata langkah negeri itu tidak bermotifkan politik, sebaliknya untuk “mengembalikan ajaran Islam yang sebenar.

”Lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dalam bidang Sains Politik itu berkata konsep Islam hadhari menyalahi prinsip sebenar Islam.
“Ajaran Islam sekarang sudah sempurna (seperti dinyatakan dalam al-Quran). Jadi, tidak perlu dibuat sebarang tokok tambah lagi,” katanya dipetik Malaysiakini.

Tambahnya pendekatan Islam hadhari seolah-olah mewujudkan mazhab baru dalam Islam.

"Sedangkan kita tahu, (kemunculan) mazhab dalam Islam diketuai oleh ulama-ulama besar," katanya.

Sementara pada September lalu, ADUN Penanti itu turut mengumumkan Penanti, akan dijadikan Serambi Mekah.

Ketika ucapan pertamanya di khalayak ramai sempena Sambutan Maulidur Rasul di Seberang Jaya April lalu, Fairus mahu rakyat ikut pedoman Nabi Muhammad dan berhasrat menjadikan mereka sebagai 'generasi Al-Amin.'

"Jika mahukan generasi Pulau Mutiara dihormati orang termasuk dunia luar kita perlu kembali kepada 'Generasi Al-Amin' yang tidak mempunyai batasan bangsa kerana sikap itu boleh memupuk menjadi manusia yang berhati mulia dan disanjungi, " terangnya.

Hasrat murninya selaku TKM 1 dan Exco hal ehwal agama itu patut disambut baik oleh orang Islam khususnya.

Namun dengan bersangka, mungkin Fairus mempunyai alasan yang kukuh, apabila dia hadir ke konsert Mamma Mia yang diadakan di Ibu Kota, baru-baru ini.

Mungkin itu salah satu cara dia ‘berdakwah’ untuk mengembalikan ajaran Islam yang sebenar dan menobatkan agama suci itu.

Mana tahu, mungkin itu juga pendekatan terbaik baginya untuk melahirkan generasi Al-Amin atau ‘tafakuh fiddin’ yang sering di bibirnya setiap kali berceramah di khalayak orang Islam.

Mana tahu, Fairus mungkin hadir untuk mengkaji sama ada konsert tersebut sesuai diadakan di Penanti yang akan di jadikan sebagai Serambi Mekah Pulau Pinang.
Mana tahu kan ?

Alahai….Fairus

p/s Nasib baik hari tu, Fairus tidak sakit perut lagi, kalau tidak terlepaslah menonton konsert tu !




Di cedok lagi dari blog: alahai fairusss




Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...