Ahad, 4 Januari 2009

surat terbuka buat DSAI dan DSWA

Assalammualaikum...Kehadapan DSWA dan DS yang dihormati,salam perjuangan...Diharapkan DSWA dan DS baik adanya.

Mungkin anda tertanya mengapa saya menulis lagi dan adakah saya berniat untuk menjatuhkan atau memburukan parti juga pimpinannya???Apa yang ditulis lain tidak bukan ialah apa yang banyak diperkatakan oleh Rakyat.Bukan Parti ini yang bermasalah akan tetapi ahlinya atau lebih khas pimpinannya yang banyak dibelenggu masalah.Saya memahami bagaimana susahnya menjadi pemimpin akan tetapi ini apa yang telah Allah swt tetapkan untuk dilalui oleh DSWA dan DS maka haruslah DSWA dan DS mengambil berat akan segala amanah yang telah diberikan.Kerana apa yang dilakuakan didunia ini akan dinilai oleh ALLAH swt diakhirat kelak.
Tertanya saya apa yang dikejarkan oleh ramai pimpinan dalam parti ini??Pangkat,Nama,Wang Ringgit ataupun sesuatu yang hanya mereka sahaja yang tahu.Apakah tidak mereka fikir bahawa semua ini akan dihitung!!!!

Merujuk kepada satu masalah yang baru timbul dan berada dalam pengetahuan saya,mengenai perlantikan YB Yusmadi sebagai ketua AMK negeri P.Pinang.Apakah yang sebenarnya ada dalam pengetahuan DSWA dan DS berkaitan isu ini????Apakah DSWA tidak mengetahui bahawa majoriti dari kepimpinan Negeri menolak perlantikan ini.Saya juga difahamkan satu memorandom telah dihantar bagi menyatakan bantahan untuk perlantikan ini.Bagi saya tiada alasan bahawa DS belum tahu!!!Saya juga dikhabarkan mengenai sikap dan sifat YB muda ini yang tidak disenangi oleh ramai ahli AMK disana.Beliau juga dikatakan jarang berkunjung kekawasannya sendiri...inikah bentuk pimpinan yang diingini PARTI...mungkin YA tapi bukan kami RAKYAT!!!Adakah anda hanya memandang ringan dan enteng sahaja masalah ini.Ingat DS bahawasanya melantik seseorang yang bukan menjadi pilihan MAJORITI dan menyebabkan kesan yang amat kepada Rakyat itu dipanggil ZALIM!!!

Adakah isu ini juga akan dibiarkan lesu seperti isu TKM 1 yang saya bangkitkan...Ini bukan hanya isu Parti namun ini isu masa depan RAKYAT!!!!

Janganlah parti ini memperlekehkan Hukum ISLAM itu sendiri,kerana ISLAM itu cantik,bersih,baik dan sempurna..Begitu jua yang perlu ada pada pimpinannya..Maaf kalau saya katakan ahli parti ini masih dalam acuan UMNO,perangai dan pemikirannya sama..yang menjadi mangsa siapa kalau bukan RAKYAT!!!

Saya juga ingin mengingatkan DSWA dan DS bahawa orang disekeliling anda yang akan menjatuhkan anda secara perlahan namun meninggalkan kesan,dan mereka yang banyak bawa masalah itu kah yang dipanggil pejuang???sedangkan yang sayangkan parti ini lebih ramai dan mereka itu RAKYAT!!

Ayuh bangun DS kibarkan prisip anda,rombak kembali pemikiran semua yang ada dalam parti anda..Bentuk mereka dengan kepimpinan ISLAM,Kepada yang menjadi pemimpin maka Takutkanlah mereka dengan HUKUM ALLAH.Jangan kerana nyamuk seekor yang mengganggu,akan membuatkan RAKYAT membakar kelambu PARTI ini suatu hari nanti!!!

INI BUKAN PERJUANGAN PARTI NAMUN INI PERJUANGAN UNTUK RAKYAT!!!!

Saya yang berkata kerana sayangkan parti ini

mengkritik untuk kebaikan,bukan menjatuhkan!!!

Salam sayang!!!

Ariosamigos2pg

surat ini aku dapat melalui email dari seseorang yang mengelar dirinya ARIOSAMIGOS2PG
Sebagai tanda protes aku dah kalihkan gambar si yusmadi ... kepada rakan-yang lain jom pakat kalihkan gambar yusmadi

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang benar dakwaan saya, sam, dato' zahrain, pak mus dan dr mansur memang jual nama anwar ibrahim....anwar dah balas e-mel kepada ijul dan saya...ternyata anwar tak kata dia mahukan yusmadi...yg dia mahu ialah berbincang....bukan paksa amkpg terima yusmadi...semua tolak yusmadi kecuali 4 amk bah saja yg kata kalaulah itu kata anwar ibrahim kami tak kisahlah siapa ketua...depa semua budak baru..depa tak tau sam, dato'zahrin,pak mus, dr mansur dok bohong mereka...dok jual nama anwar ibrahim...

ingatlah pimpinan yg macam ini..

KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT...
JGN MENYESAL...SEKALI MELANGKAH PANTANG UNDUR...
LAWAN TETAP LAWAN..

Tanpa Nama berkata...

inilah jawapan anwar ibrahim kepada saya dan juga ijul..

Tk. Sudah diruj kpd yb Zahrin, Sam dan pak Mus utk mendapatkan penyelsn sebaiknya
Wassalam

Anwar

emel saya kpd anwar:-

Dato Seri Anwar Ibrahim.... 1) amkppg akan terus bergolak dan berpecah dengan lebih teruk... 2) sejarah ketua pemuda p.pinang bermula dengan azman harun..akhirnya beliau kembali ke umno 3) diikuti dengan johari kassim...di ketika itu pemuda p.pg berpecah kepada 2 kumpulan. 1 orang johari kassim 1 lagi orang ghani harun...perpecahan agak teruk dengan sikap johari yang panas baran yang memaki hamun dalam mesyuarat. 4) selepas johari, rodzi mengambil alih ketua pemuda p.pg hanya sekejap....beliau mengendalikan pemuda sehingga pilihanraya 2004....keadilan kalah teruk hanya Dato' Seri Wan Azizah saja menang di permatang pauh.. 5) selepas rodzi, saya (Din Binjai) mengambil alih dalam keadaan parti yg cukup lemah...bukan mudah untuk membina semula pemuda ppg di ketika itu yg akhirnya ditukar kepada nama AMK...atas dasar semangat sayangkan parti saya teruskan perjuangan...alhamdulillah akhirnya amkppg dapat dipulihkan malah amkppg adalah di antara yg terbaik berbanding dengan negeri lain...tidak ada perpecahan langsung dalam amkppg semuanya bersatu...saya lancarkan program JEJAK FAKIR yg akhirnya menjadi trade mark amkppg hingga sekarang masih diteruskan...malah ia diikuti di negeri sembilan dan kedah...alhamdulillah...selama 3 tahun saya menerajui amkppg...
6) dr azhar pula ambik alih selepas itu..jadi calon pilihanraya 2008...beliau tewas dgn majoriti 250 undi sahaja...disinilah amkppg dilihat agak lemah..dr azhar dari segi peribadi beliau memanglah baik cuma beliau bukanlah seorang leader... 7) yb ong memangku amkppg hingga kongres 2008...isu ketua amkppg berlarutan hampir setahun... 8) yb yusmadi akhirnya dilantik oleh sam walaupun majoriti ketua amk bah menolak beliau..hanya 4 ketua amk bah yg berpendirian hanya mengikut siapa sj yg dilantik..mereka ini semua adalah amk bah yg baru wujud...tanjong, bukit gelugor, jelutong dan bukit bendera..saya rasa amat sedih kerana sam, dato' zahrin, dr mansur dan pak mus terang2 hanya menjual nama Dato' Seri Anwar Ibrahim kononnya ketua umum yg beria-ia sangat mahukan yb yusmadi..saya kecewa kerana sam dan yusmadi ini bertindak bukan sebagai seorang politik tetapi bertindak sebagai seorang peguam..biasalah seorang peguam akan membela anak guamnya walaupun beliau tahu anak guamnya memang salah, tak layak, ego, sombong,...balik pulau pun rakyat dan pendokong parti dok maki berkandar...kerana tak turun padang, ego, sombong dan bila cakap tak pernah jatuh..saya akan rakam video rintihan pengundi dan petugas parti balik pulau yg ada sampai nak ludah yusmadi...begitulah teruknya org yg bernama yusmadi...

ini emel anwar kpd ijul :-

Jazakallah Isu pimp neg; sila ruj blog Mengenai pimp amk ppg - selama ini pun agak kurang bermaya Ada juga kaitan dgn puak-puak dlm Kjaan Neg dsbnya Maka dibinc dgn sam, zahrin dan pak mus -sekadar cadgn, beri nafas baru dgn penglibatan yusmadi ahli parlmn. Namun keputus harus cara muafakat, bukan arahan atau ugutan Pimp muda juga harus hayati adab jamaah. Wassalam ------Original Message------ From: Aidi Sender: To: anwar.ib@gmail.com Sent: Jan 2, 2009 9:10 PM Subject: Isu Ketua AMKNPP Salam buat Uncle Non dan family... Maaf jika apa yang ijul nak luahkan disini agak kasar bahasanya... sebenarnya, ada sedikit luahan rasa yang tidak best nak cakap dengan u.non, tapi dah nak jumpa dan bincang dgn u.non pun susah, jadi ijul email dulu buat pertimbangan u.non. Semalam 2/1/09, amk p.pinang mngadakan perbincangan mengenai isu ketua amk ppinang bersama dato zahrain di bayan baru, turut hadir sdr Samsul ketua amk malaysia dan yb yusmadi... intro daripada Sdr sam dah sebut yg u.non nak yusmadi jugak jadi ketua amkppinang, betul ka? setiap kali semua pimpinan akan kata ini kehendak ketua umum, jadi kami ni ketua2 amk bahagian bagi cadagan dan pandangan utk kebaikan parti terus ditolak mentah2.. Majoriti ketua2 amk bahagian2 bersetuju dengan azrizal sbgai ketua amk ppinang. ijul cadangankan bagi peluang kpd azrizal (ketua amk bayan baru) utk lead disamping serapkan yusmadi sebagi naib untuk susun gerak kerja amk pp, azrizal ada kekuatan dari grassroot, yusmadi ahli fikir dan stratigis (katanya)... kombine dulu, bagi yusmadi move dulu dgn azrizal, dah ok kita tukarla.. kalau sdr sam boleh minta 6 bulan utk yusmadi lead, ijul cuma minta bg azrizal lead dulu 6 bulan, dan apakah gelaran YB itu penting untuk lead negeri? kalau mcm tu sdra Shamsul sendiri selaku ketua amk malaysia x dak gelaran YB.. patut tukar je ketua amk malaysia...(ini ijul kata dalam meeting bila dr mansor kata penting title YB)... Ijul minta u.non dapat dengar pandangan amk di bawah, ijul yakin amk ppinang akan hancur lebih teruk jika pandangan yang dibawa tadi terus ditolak,,, tetap dengan keputusan memilih yusmadi.. tanpa kompromi.. yang disebut atas permintaan @ arahan ketua umum... Kalau cadangan ketua umum adakah kami amk di bahagian tak boleh bagi pandangan yang melawan arus..? Kami menolak untuk menyusun bagi memperkuatkan parti buka untuk hancurkan parti... Percayalah.. AMK PP akan mati selepas ini, Selaku ketua AMK Bkt Mertajam ijul tegaskan bahawa AMKBM tak akan terlibat dengan AMK Negeri kerana pandangan ditolak macam tu sahaja... kami akan buat kerja sendiri di bahagian.. biarlah yg profesional dan YB2 buat kerja,,... kalau u.non nk marah dgn pandangan ini, ikutlah... 10 tahun kami buat kerja untuk keadilan, kami takan rosakan, cuma minta bagi peluang, dgr pandngan juga dari yang bawah. Ijul minta 6 bulan - 1 tahun utk azrizal lead, bersama yusmadi, utk ppinang, lepas tu nak bagi yusmadi bawak amk pp pun ikut lah.. Semoga mendapat pertimbangan demi kebaikan semua dan demi memastikan ppinang terus dibawah kerajaan PR.. Maaf jika kekasaran bahasa.. Salam buat semua.. -- Aidi Rafizul Idrus Pegawai Khas YB Law Choo Kiang Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang aidi_rafizul@penang.gov.my 016-4362 117 Layari: http://chetokun.blogspot.com http://amkpenang.wordpress.com -- Aidi Rafizul Idrus Pegawai Khas YB Law Choo Kiang Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang aidi_rafizul@penang.gov.my 016-4362 117 Layari: http://chetokun.blogspot.com http://amkpenang.wordpress.com

Tanpa Nama berkata...

salam zul...mamakpng.,


"Cegah sebelum parah"..ada penyakit yang kadang2 kena potong anggota....bagi mengelak lebih teruk?

Begitu juga "bersunat"...nak bagi bersih,kena potong laaa...!!!!

SANGGUP KE?

Tanpa Nama berkata...

Ya , CEGAH SEBELUM PORAAAAH!!!

Jangan simpan sampai jadi KANSER.

Biar mati anak jangan mati mak..hihihihi

cheguBard berkata...

salam ....

teman teman saya amat memahami masalah ini cuma jika ada bijaksananya harap jangan diperbincangkan di hadapan umum.....


perahu sudah di air pendayung sudah ditangan...

Tanpa Nama berkata...

salam chegu & zul'

Serunai telah ditiup,gendang telah dipalu...
Akhir bicara,....bermula langkah

LAWAN TETAP LAWAN.....

MENANG..JADI ARANG...KALAH JADI ABUUUUU!..Amacam chegu?

Unknown berkata...

apa nk jadi lepas Fairus si Yusmadi pulak,mengapa kita perlu orang2 macam ni,susah juga nak bercakap dengan orang educated dari auta boleh boleh jadi fakta!!saya kasihan melihat otai2 P.K.R susah payah berjuang menubuhkan parti datanglah puak2 parasit yang merosakkan parti,parasit2 inilah yang akan menjahanamkan parti,terimalah pandangan old timer atau otai,parasit2 ini juga mempunyai agenda tertentu,nak menolong rakyat?menambahkan populariti?atau lebih tepat mengaut keuntungan dari projek2 yang diberikan?biasalah mereka ini menggunakan m.o(modus operandi) seperti umno untuk menyelamatkan dinasti masing2apalagi mari kita hapuskan parasit2ini sebelum parti ini jahanam!!!

Superman Can't Fly berkata...

Senang je..kaasiii peecaaahhh laaaaaa........

Hijat Panjang... berkata...

allo hiaio uncle...

lu mau kena saman ka sama ini weblog owner..??? dia sudah tarok itu TM-trademark sama R-registered...nanti dia saman lu, loyer mana mau tolong sama lu..?? sam ka itu yusmadi??

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...