Selasa, 24 Februari 2009

Surat Terbuka Kepada Pak Lah – malaysiakini

"Kepada

Dato Seri Abdullah bin Hj Ahmad Badawi

Perdana Menteri Malaysia
Bangunan Perdana Putra
Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya.

Assalamu' alaikum Paklah,

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang amat prihatin dengan suasana politik yang berlaku di dalam negara ini, saya merasa terpanggil untuk menulis warkah ini memandangkan tempoh Paklah sebagai Perdana Menteri dijangka akan berakhir dalam sebulan lagi.

Semenjak mengambilalih pentadbiran negara daripada Dr Mahathir pada 31 Oktober 2003 dahulu, banyak suara-suara nakal yang mengutuk dan mengkritik Paklah dan menjadikan kelemahan Paklah sebagai sasaran serangan mereka. Orang yang paling teruk menghentam Paklah adalah Mahathir sendiri. Memang tiada manusia yang sempuirna. Orang yang menghentam Paklah itu sendiri terlalu banyak buruk dan jeleknya sewaktu mengurus negara dahulu.

Saya tidak berhajat untuk menulis surat ini panjang lebar memandangkan saya kurang sihat tetapi demi memikirkan nasib negara dan rakyat keseluruhannya, saya merasa bertanggungjawab untuk menulis secebis nasihat kepada Paklah sementelah masih berbaki sisa kuasa yang masih ada itu. Seperti juga saranan pemimpin pembangkang seperti Dato Nik Aziz Nik Mat, Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang dan Dato Seri Anwar Ibrahim sendiri yang mahukan Paklah terus menjadi PM sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya yang akan datang.

Seruan ini bukan dibuat demi kepentingan politik semata-mata tetapi demi kesejahtreraan negara. Pemimpin pembangkang telah melihat jauh ke depan bahawa Paklah masih diperlukan oleh rakyat dan negara dan tidak rela menerima Najib sebagai PM pada akhir Mac depan.

Suka saya memberikan amaran kepada Paklah bahawa kehancuran negara ini sekiranya terjadi nanti adalah berpunca daripada kesilapan Paklah menyerahkannya kepada seorang yang sangat buruk perangai dan akhlaknya. Paklah akan dipertanggungjawabkan di depan Allah s.w.t nanti sekiranya menyerahkan negara ini kepada seorang pembunuh. Usahlah Paklah berdusta dengan diri sendiri atau cuba melindungi kebejatan perangai dan jenayah yang Najib lakukan kerana satu dunia sudah tahu bahawa Najiblah pembunuh Altantuya.

Harus diingat Paklah bahawa penjenayah seumpama Najib bukan sahaja tidak layak menjadi PM malah tidak layak untuk menghirup udara bebas di luar ini. Kerakusan dan kebuasan nafsunya bakal memporakperandakan negara ini sehingga rakyat tidak akan merasa aman daripada kejahatannya. Cubalah Paklah berfikir dan merenung jauh di sudut hati apakah wajar Paklah menyerahkan negara yang tercinta ini kepada seorang penjenayah? Kami rakyat lebih rela berPMkan Paklah berbanding Najib syaitan yang bertopengkan manusia itu.

Kami rakyat sekalian akan mempertahankan Paklah sekiranya Paklah tidak menyerahkan negara ini kepada si pembunuh itu. Alangkah moleknya kes perbicaraan yang sedang berlangsung sekarang ini digunakan sebaik-baiknya untuk meletakkan Najib sebagai pesalah jenayah di kandang tertuduh. Perlu diingat bahawa nasib Khairy menantu Paklah juga akan musnah apabila Najib menjadi PM. Percubaan Najib untuk mengenakan orang-orang Khairy melalui SPRM baru-baru ini adalah contoh bahawa beliau mencuba strateginya untuk memastikan legasi Paklah luput ditelan waktu apabila beliau menjadi PM.

Kami rakyat percaya bahawa Najib akan menjadi PM paling jahat dan ganas dalam sejarah tanahair memandangkan beliau sanggup melakukan apa sahaja termasuk membunuh dan meletupkan mayat demi memuaskan hawa nafsunya. Apakah Paklah sanggup menanggung dosa dan bala yang akan menimpa negara sekiranya menyerahkan pentadbiran kepada seorang pembunuh?

Untuk itu kami rakyat ingin merayu Paklah agar terus kekal menjadi PM sehingga sekurang-kurangnya pilihanraya akan datang. Buatlah rombakan kabinet dan singkirkanlah segala musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan dan api dalam sekam yang sedang dan akan membakar Paklah dan Khairy nanti. Nyahkanlah mereka kerana rakyat pasti menyokong Paklah sekiranya mahu membersihkan kabinet daripada syaitan-syaitan yang bernafsu buas itu. Sementara masih ada kuasa ini, buatlah sesuatu wahai Paklah yang kami hargai. Persetankan si mulut becok Mahathir nyanyuk itu. Kubur dia semakin dekat dan sebaiknya dia persiapkan dirinya untuk menangkis pukulan Munkar dan Nakir. Kami merayu janganlah diserahkan negara ini kepada seorang pembunuh !!

Pertimbangkanlah dengan hati nurani yang bening akan saranan ini kerana Paklah masih diperlukan oleh rakyat demi kesejahteraan hidup mereka.

Salam hormat;

Cucu Datuk Bahaman
pewaris Ilmu Kiyai Salleh
Dan penduduk Batu Pahat
Batu Pahat, Johor Darul Ta'zim.
21 Februari 2009. "

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kepada Yang amat berhormat
Perdana Menteri Malaysia
Ayahnda kepada seluruh rakyat Malaysia Dato'Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Kami semua rakyat Malaysia menghargai akan segala jasa jasa yang telah ditaburkan unuk semua lapisan rakyat. dari itu teruskanlah perjuangan dan terus menjadi Perdana Menteri sehingga ke pilihan raya ke 13 yang akan datang.
Salam takzim.

Tanpa Nama berkata...

Sdr Zul Mamak
Kenapa gunakan 'pewaris Ilmu Kiyai Salleh'....

Sebagai keturunan kiyai salleh saya rasa tersinggung....

zul mamak png berkata...

maaf sedara artikal itu pn saya ambil dari web http://www.tranungkite.net/v8/
tak terniat pn saya nak menyinggung sesiapa.

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...