Pemecatan Chua jana Reformasi masyarakat Cina?
Pemecatan orang nombor dua UMNO pada tahun 1998 telah  mencetuskan ledakan ge rakan Reformasi dalam masyarakat Malaysia  secara umumnya, dan masyarakat Melayu secara khususnya.  Baru ini, orang nombor  dua dalam MCA telah dipecat, atas tuduhan mencalar imej parti kerana terlibat  dalam skandal seks, yang didedahkan akhir tahun 2007.
rakan Reformasi dalam masyarakat Malaysia  secara umumnya, dan masyarakat Melayu secara khususnya.  Baru ini, orang nombor  dua dalam MCA telah dipecat, atas tuduhan mencalar imej parti kerana terlibat  dalam skandal seks, yang didedahkan akhir tahun 2007.
"Memperlekahkan demokrasi! Mencantas akar umbi  Chua! Kemusnahan MCA berpunca dari Ong!"  Demikianlah antara slogan yang  tertulis pada banner, oleh penyokong Chua Soi Lek yang menuntut agar  Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) diadakan, berusulkan pembuangan undi tidak  percaya kepada Presiden Ong Tee Keat, dan mengekalkan keahlian serta jawatan  Timbalan Presiden Chua Soi Lek.
 Perbalahan antara dua pemimpin tertinggi dari  parti komponen Barisan Nasional kedua terbesar ini telah diberi liputan yang  luas dalam ruangan media bahasa Cina.  Persoalannya, apakah pertembungan antara  dua elit politik ini bakal menjana gerakan Reformasi dalam masyarakat Cina?
 Tidak menyentuh agenda besar
  Pertembungan antara Mahathir Mohamad dengan Anwar  Ibrahim, walaupun cuba digunakan "skandal seks" sebagai isu, berakhir dengan  perdebatan agenda besar seperti rasuah, kronisme, nepotisme, hak asasi manusia,  keadilan, kepincangan sistem kehakiman dan sebagainya.  Malah, masyarakat Melayu  digegarkan dengan laungan "Reformasi", menyaksikan puluhan ribu manusia turun ke  jalan raya menuntut perubahan.
Pertembungan antara Mahathir Mohamad dengan Anwar  Ibrahim, walaupun cuba digunakan "skandal seks" sebagai isu, berakhir dengan  perdebatan agenda besar seperti rasuah, kronisme, nepotisme, hak asasi manusia,  keadilan, kepincangan sistem kehakiman dan sebagainya.  Malah, masyarakat Melayu  digegarkan dengan laungan "Reformasi", menyaksikan puluhan ribu manusia turun ke  jalan raya menuntut perubahan.
 Sebaliknya, pergelutan antara Ong Tee Keat dengan  Chua Soi Lek, langsung tidak kesampaian untuk menyentuh isu-isu sebesar itu.   Chua Soi Lek dihukum untuk kali kedua dengan dvd skandal seks yang sama, yang  diibaratkan penyokong Chua sebagai "menyebat mayat".
 Namun demikian, mengimbas sejarah pergelutan  kuasa MCA, hampir tiada pertembungan yang berlandaskan ideologi, bahkan  berpaksikan pendirian dalam isu-isu tertentu.  Perselisihan antara Ling Liong  Sik dengan timbalannya, Lim Ah Lek juga berpunca daripada pembahagian kuasa, di  mana masing-masing mahukan anak buah mereka mewarisi tampuk pimpinan MCA.
  Perbalahan ini bersinambungan sejak tahun 2000, sehingga isu  pembelian Nanyang Holdings tercetus pada tahun 2001, membuka gelanggang agar  kedua-dua puak ini bersilat.  Isu "kebebasan media" diketengahkan, Team A yang  dipimpin Ling Liong Sik menyokong untuk membeli syarikat media tersebut,  sementara Team B yang diketuai Lim Ah Lek membantah pembelian tersebut.
Perbalahan ini bersinambungan sejak tahun 2000, sehingga isu  pembelian Nanyang Holdings tercetus pada tahun 2001, membuka gelanggang agar  kedua-dua puak ini bersilat.  Isu "kebebasan media" diketengahkan, Team A yang  dipimpin Ling Liong Sik menyokong untuk membeli syarikat media tersebut,  sementara Team B yang diketuai Lim Ah Lek membantah pembelian tersebut.
 Secara ringkasnya, isu "kebebasan media" hanyalah  peluru kepada Team B untuk menyerang Team A.  Isu ini dilenyapkan begitu sahaja  apabila Chan Kong Choy dari Team B memperolehi jawatan Menteri Pengangkutan  merangkap Timbalan Presiden MCA, setelah Mahathir Mohamad bercampur tangan  mendamaikan kemelut MCA.
 Campur tangan UMNO
 Maka, isu pemecatan Chua Soi Lek kini diolah  dengan hujah "sama ada ahli mahu MCA yang diperkudakan UMNO, atau MCA yang  bermaruah untuk menentukan pucuk pimpinan dirinya".
 Jelas, Ong Tee Keat memperjudikan nasibnya  apabila melepaskan khabar bahawa seluruh pucuk pimpinan akan meletak jawatan,  seandainya EGM diadakan untuk membatalkan keputusan Majlis Presiden  kelmarin.
 Malah, Pengerusi BN Najib Abdul Razak kini berada  dalam kedudukan serba salah, sama ada untuk bercampur tangan dalam kemelut MCA  atau tidak.  Dalam perkiraan Ong, Chua perlu bergantung kepada "kuasa luar",  iaitu Najib untuk bertarung dengan dirinya.  Tetapi, seandainya tangan Najib  dimasukkan ke dalam celah retakan MCA, maka Ong akan menyatukan sokongan akar  umbi untuk melawan "musuh" dari luar.
 Jauhi pengaruh UMNO?
 Penampilan imej Ong sebagai "penentang UMNO"  mungkin disambut baik ahli MCA, malah masyarakat Cina secara umumnya.   Persoalannya, gerak-geri Ong Tee Keat ini tidak bermakna, sekiranya MCA gagal  menjauhkan dirinya dari UMNO ketika penyelewengan, ketidakadilan dan penindasan  berlaku.
 Tsunami politik 8 Mac 2008 hampir mengaramkan  MCA, pada ambang parti itu menyambut ulangtahun ke-60.  Pemimpin MCA yang  ditampar oleh pengundi, bertekad untuk "berubah sebelum diubah".  Tetapi, sejak  Ong Tee Keat mengambil alih pucuk pimpinan, apakah perubahan yang  terlaksana?
 Penganalisa politik, kolumnis di media internet  mula mempertikaikan peranan yang dimainkan oleh Timbalan Ketua Pemuda MCA, Mah  Han Soon yang menyumbangkan "warna kulitnya" untuk merampas kuasa kerajaan  negeri Perak bersama UMNO.
 Pemuda MCA yang diketuai Wee Ka Siong, kononnya  akan bersuara lantang untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat,  bagaimanapun berpeluk tubuh untuk memberi laluan kepada FRU membelasah peserta  perhimpunan Mansuhkan ISA.  Malah, kenyataan media daripada Setiausaha Agung  Pemuda MCA, Chai Kim Sen yang cuba duduk di atas pagar dan mengkritik kedua-dua  pihak polis dan peserta demonstrasi, dibidas sehabis-habisnya.
 Masa depan MCA
 Kegagalan MCA untuk memenangi sokongan pengundi  Cina terbukti dalam semua pilihan raya kecil yang diadakan selepas PRU ke-12.   Malah, apabila calon PAS daripada Pakatan Rakyat, Mohd. Nizar Jamaluddin  memperolehi hampir 85% undi Cina di Bukit Gantang, mengharungi segala tuduhan  "Negara Islam" yang dilemparkan, MCA diaibkan sebogel-bogelnya.
 Jelas, MCA semakin hilang relevannya kepada  masyarakat Malaysia secara umumnya, dan masyarakat Cina secara khususnya.   Slogan "Tiga Lawan" yang dilaungkan Ong, "Lawan untuk ekonomi! Lawan untuk  politik! Lawan untuk keharmonian kaum!" tiada kandungan yang konkrit, malah  tiada kayu ukur untuk menilai sejauh manakah matlamat ini tercapai.
 Berbalik kepada tajuk, apakah pergelutan antara  Ong dan Chua bakal menjana gerakan reformasi dalam masyarakat Cina?  Jawapannya  mungkin.  Sekiranya perebutan kuasa Ong dan Chua ini berjaya membawa kepada  kemusnahan MCA, maka politik masyarakat Cina akan mengucapkan "selamat tinggal"  kepada MCA buat selama-lamanya.
 Dengan itu, reformasi mula terjana secara senyap  dalam masyarakat Cina, selepas satu dekad "Reformasi" bergema di Dataran  Merdeka.
Oleh Lim Hong Siang
detikdaily
'UMNO 1 Malaysia bohong seluruh  rakyat Malaysia'
™ kaasiii peecaaahhh  laaaaaa........®
!!"  MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA  KERAMAT...!!!