Perwakilan dari Cabang Bayan Baru, Pulau Pinang, Rashid Hasnor dalam usul perbahasan pendidikannya hari ini berkata, kerajaan gagal untuk menterjemahkan makna dari falsafah pendidikan, berikutan kebejatan sikap pemerintah yang memandang enteng berkenaan hal tersebut.
“Telah banyak gejala buruk yang berlaku dalam hasil dari dasar yang pincang ini. Pecah amanah, keruntuhan akhlak, yang menjurus kepada gejala yang lebih buruk dalam sistem pentadbiran dan perundangan di negara ini,” katanya.
Rashid menjelaskan, pengalaman Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Menteri Pendidikan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin, dalam membentuk sahsiah ahli dan kepimpinan.
“Justeru, hasrat kami sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, falsafah pendidikan ini perlulah dirombak. Bukan semata-mata kepada kandungannya, tetapi kaedah dan dasar lebih radikal,”
Beliau menambah, KEADILAN harus mengambil langkah dan pendekatan yang lebih holistik,terutamanya melalui biro pendidikan bagi menggemblengkan tenaga untuk menjayakan agenda pendidikan rakyat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan