
Solidariti  Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama dengan United Sharks dan DACS Shah  Alam dengan kerjasama AMK Rembau, AMK Pulau Pinang dan dengan sokongan  Yayasan Aman juga Unit Ehsan Pulau Pinang akan mengadakan Konvoi Anak  Muda (Reformasi) Malaysia. 24 - 26 Disember dari Rembau ke Permatang  Pauh.


Satu  sidang media telah diadakan pada 18 Disember 2010, jam 3 petang di  Restoran Sup Utara Power di Shah Alam. Seramai hampir 80 orang anak muda  dari perbagai kelab motor hadir. Selain che'GuBard, YB ir Khalid Samad,  wakil YB Rodziah, Setiausaha United Sharks dan Pengerusi DACS Shah Alam  juga telah hadir dan bercakap. Kemeriahan sidang media akan memberi  gambaran kemeriahan program yang akan berlansung.
Tentatif  program ialah jam 6.00 petang anak muda akan mula berkumpul di Dataran  Senawang untuk memulakan Konvoi. Selepas solat Maghrib dan taklimat kira  - kira sebelum jam 8malam akan bertolak ke hentian pertama di PJS.  che'GuBard akan bersama dengan pasukan konvoi dan pelepasan dijangka  akan dibuat bersama oleh YB Antony Loke dan YB Taufek Abd Ghani.
Di  Petaling Jaya Selatan akan berlansung malam anak muda bermotorsikal  anjuran bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Destinasi Anak  Muda (DAM) akan dilancarkan Perlancaran Kelab Motor DAM. Majlis akan  berlansung jam 8.30 malam di Pejabat ADUN Taman Medan. Dijangka hadir  malam tersebut ialah YB Nurul Izzah, YB Haniza disamping persembahan MEL  Wings dan Blank GAMMA. Kumpulan konvoi bermotorsikal bersama che'GuBard  dijangka akan sampai sekitar 9.30 malam. Selepas berehat dan Pelancaran  Kelab Motor DAM konvoi dijangka dilepaskan semula sekitar jam 10.30  malam.
Serentak dengan itu konvoi DACS dari Shah Alam akan  bertolak dan akan bergabung di hentian R & R Sungai Buloh. Di sini  dijadualkan peserta akan dipecah-pecahkan dalam kumpulan 30 - 50  motorsikal bagi kelancaran dan keselamatan konvoi.
Di hentian  Tapah dan Sungai Perak Konvoi ini akan disertai peserta dari Perak.  Sekitar jam 5.30 pagi dijangka Konvoi dijadualkan sampai di Perkarangan  Yayasan Aman, Penanti.

Di  utara serentak dengan itu dengan kerjasama SAMM dan AMK Pulau Pinang  akan berlansung EXPO ANAK MUDA pada 24-26 Disember 2010 di tapak Expo  Seberang Jaya selain perbagai aktiviti masyarakat dan sukan bersama  penduduk tempatan.
Kumpulan anak muda yang dijangka sekitar 500  orang ini akan dipecahkan separuh akan ke Yayasan Aman, Merbok, Kedah  untuk bersama dengan aktiviti masyarakat bersama ikon juara cub prix  Asia, Yaser Said.
Program  konvoi motorsikal ini dijangkakan akan disertai oleh 500 anak muda dan  malam kemuncak 25 Disember, 9mlm di Tapak Expo Seberang jaya dijangka  tidak kurang dari 1000 anak muda akan berkumpul. Program ini akan men  jadi program anak muda terbesar dengan imej reformasi.
Tujuan  SAMM melalui program ini ialah untuk menggabungkan dan 'mengorganize'  anak muda dari perbagai latar untuk menjadi pemimpin dan menguruskan  anak muda itu. Konvoi ini bukan anjuran mana - mana parti politik atau  pihak kerajaan tetapi ia 'dikerjakan' oleh anak muda untuk anak muda  sendiri.

Program  - program dalam konvoi ini juga secara tidak lansung akan menerapkan  nilai perjuangan dan semangat kecintaan negara melalui kesedaran betapa  anak muda perlu menjadi kumpulan pendesak untuk perubahan.
Keseluruhan  program ini menelan belanja yang agak besar, namun masih rendah kerana  anak muda yang sama berkonvoi ini hadir atas kesedaran. Mereka  mengeluarkan belanja sendiri termasuk membayar yuran. Namun  belanja  pengurusan seperti lori pengiring, alat ganti dan seumpamanya tetap  menelan belanja yang bukan sedikit.
Alhamdulillah ramai yang  tampil membantu tetapi tanpa penyumbang besar dana masih diperlukan.  Kepada sesiapa yang prihatin diharap dapat membantu. 
Kepada  yg ingin menyumbang, bolehlah menghubungi Yaser (0126794704) atau bank  in terus ke akaun Maybank atas nama Angkatan Muda Keadilan  Rembau~555126105482. Bantuan semua amat dihargai.
Kepada  anak muda yang mahu menyertai konvoi masih ada kekosongan kuota sila  hubunig Yaser  0126794704 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
 Jemput mai beramai-ramai ke Expo Anak Muda! Dari anak muda untuk anak muda!