Rabu, 30 Mac 2011

Rahim perlu di pecat - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)


KUALA LUMPUR, 30 Mac – Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah agar menggugurkan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik daripada jawatan Pengerusi Risda kerana mengakui terlibat dengan pendedahan rakaman video seks, yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Menurut Pengerusi SMM Ahmad Syukri Ab Razab, tindakan Abdul Rahim bersama dua lagi individu yang digelar “Datuk T” yang mendedahkan rakaman video seks itu yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai di “luar norma” yang diamalkan seorang pemimpin.

Jelas Ahmad Syukri, sebagai individu yang mempunyai jawatan tinggi dalam kerajaan Abdul Rahim yang juga bekas ketua menteri Melaka seharusnya menunjukkan sikap berintergriti bukan bertindak di luar batasan.

“Tindakan Tan Sri Abdul Rahim mendedahkan video lucah adalah suatu perkara di luar norma yang diamalkan oleh seseorang pemimpin.

“Sebagai individu yang pernah menjawat jawatan penting dalam kementerian Malaysia, Tan Sri Abdul Rahim seharusnya menunjukkan sikap intergriti yang boleh dicontohi seluruh rakyat Malaysia.

“Namun apa yang berlaku telah menyebabkan rakyat hilang percaya kepada kepada kredibiliti kepimpinan negara yang sering dihambat dengan skandal-skandal yang mencemarkan imej dan integriti pemimpin itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain Abdul Rahim, kumpulan Datuk T juga terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Trio tersebut telah menggemparkan negara awal minggu lalu apabila bertindak menayangkan rakaman video seks itu kepada media di Carcosa Seri Negara.

Rakaman video seks itu didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat yang dikaitkan dengan Anwar dengan pelacur dari China.

Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah disoal siasat polis Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti.



'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Selasa, 29 Mac 2011

Video Seks, Blogger Umno Tunjukkan Cara Membuatnya


Wartawan Harakah adalah mangsa fitnah bloggerUmno selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim difitnah Umno.
"Jika benar itu gambar saya, saya cabar mereka membuang penutup muka itu," cabar Wartawan Kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaakob ekoran laporan blog Umno kononnya wartawan Harakah mengaku Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video seks.

Gambar bagi membuktikan pertemuan itu dengan dengan dua orang yang ditutup mukanya kononnya itulah wartawan Harakah yang menonton video itu dan bertemu dengan mereka serta membuat pengakuan itu.

Ini caranya yang ditunjukkan blogger Umno, ambil mana-mana gambar tutupkan mukanya dan siarkan. Ini juga cara yang mungkin dilakukan dalam pembikinan video seks yang dikatakan melibatkan Anwar. Ambil video, kemudian tampalkan dengan mana-mana orang yang ingin difitnahkan dan riuhkan di segenap alam. Silapnya yang terboroi mereka pilih. Teknologi sekarang semuanya boleh berlaku asalkan duit! duit!!

Umno itu sememangnya karut, apatah lagi dengan bloggernya, takkan pula semakin elok!!

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Hasil keputusan puzzle yang di buat

Malas nak komen panjang-panjang, malas nak taip banyak-banyak... tengok gambar dekat bawah kemudian jawab soalan dekat bawah gambar...


Moral...???


“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (TMQ al-Hujurat [49]:6)


nak baca lebih lanjut klik si sini

Panas - gambar blogger umno minum air kencing setan

Jom kita main puzzle.... mari kita tengok wajah siapa blogger UMNO yang perjuangkan Melayu... dan dalam blognya slalu menyebut dan memuji kebesaran ALLAH....



nak cari keratan2 yang lain korang klik link2 di bawah.... copy dan cantumkan gambar 2 tersebut.... pastu korang nilai la sendiri bagaimana UMNO tu sendiri....

BAHAGIAN 1 - Gambar blogger UMNO bersantai dengan air kencing syaitan!

BAHAGIAN 2 - Gambar Keratan Ke-2 Blogger UMNO Tonggang Arak Di Kala Maghrib !!!

BAHAGIAN 3 - Keratan ketiga gambar blogger UMNO solat di kedai arak

BAHAGIAN 4 - keratan 4 - PANAS!! PENDEDAHAN BLOGGER UMNO-APCO TOGOK ARAK


Terima kasih kepada blogger topen perak atas keatas semua foto untuk pendedahan yang panas nie......

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Kisah Juara Raja Lawak - Lagi Fitnah Untuk DSAI


Saya mendapat maklum tentang senaskhah komik 16-muka surat bertajuk, Kisah Juara Raja Lawak, yang mengandungi imej-imej lucah seorang watak yang kelihatan serupa seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah dihantar ke semua pengundi baru di Lembah Pantai. Komik tersebut telah dihantar melalui sebuah pejabat pos di Shah Alam. Tindakan mengedar komik berniat jahat ini kelihatan seperti suatu kempen untuk menjatuhkan reputasi dan kredibiliti Ketua Pembangkang kami, dan juga imej seluruh Pakatan Rakyat.

Pengedaran pamplet lucah ialah suatu kesalahan di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan di mana mereka yang didapati bersalah mengedar pamplet lucah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 3 tahun, atau dikenakan denda, atau kedua-duanya, dan juga Seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan di mana mereka yang didapati bersalah memfitnah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 2 tahun, atau dikenakan denda, atau kedua-duanya.

Saya menggesa PDRM untuk menyiasat aduan ini dengan pantas, adil, dan secara menyeluruh dan memastikan mereka yang bertanggungjawab bermain politik lucah sebegini dibawa ke muka pengadilan. Kegagalan untuk berbuat sedemikian menunjukkan kerajaan persekutuan yang dipimpin BN bersekongkol khususnya berkait dengan video lucah yang dimainkan dengan hebatnya oleh media arus perdana.

Saya juga menggesa pihak PDRM untuk menyiasat keempat-empat laporan polis yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim di antara 9 Julai 1999 hingga 20 Ogos 1999, berkenaan salah guna kuasa oleh Tun Dr Mahathir dan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail seperti yang disebut dalam surat terbuka Datuk Mat Zain Ibrahim kepada Ketua Polis Negara semalam.

Akhir kata, saya menjemput dan mengingatkan semua pimpinan politik tidak mengira kepartian untuk mendokong sebuah budaya politik baru yang menolak politik fitnah dan lucah yang menghancurkan nilai integriti dan manusiawi kita bersama. Rakyat menuntut pimpinan yang berwibawa dan mempertahan etika moral. Janganlah kita menghampakan harapan rakyat.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai

Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat
'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Isu Video Lucah: Surat Terbuka Kepada Ketua Polis Negara

Isu video lucah ini sedang dalam siasatan dan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenainya. Diharap maklumat yang saya sampaikan ini berfaedah untuk membantu Tan Sri memberikan pendengaran yang adil kepada semua pihak terlibat.

Apapun saya berharap Tan Sri tidak akan merelakan PDRM diperlakukan sesuka hati Peguam Negara seperti yang berlaku selama beberapa tahun sebelum Tan Sri. - Mat Zain bin Ibrahim


Mat Zain bin Ibrahim,
SAC II G/5776(Retired),

Email: matzainibrahim@gmail.com


Kepada,

YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, IGP,
Ketua Polis Negara,
Polis Di-Raja Malaysia,
Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur.

Email: iho@rmp.gov.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

28hb.March 2010

YDH Tan Sri,

PENYIASATAN KES VIDEO LUCAH DAN KESUDAHANNYA :-
MAKLUMAT HUBUNGAN LAMPAU DIANTARA TIGA TAN SRI IAITU, GHANI PATAIL , MUSA HASSAN DAN RAHIM THAMBI CHIK.

Semoga Tan Sri tenang dan tabah menangani cabaran mendatang.

2. Saya percaya Tan Sri sedar video lucah mana yang saya maksudkan. Saya yakin sepenuhnya bahawa PDRM mampu menjalankan tanggungjawabnya menjalankan siasatan tersebut secara professional dan berkecuali dan tidak terpengaruh dengan tekanan mana-mana pihak sekalipun, lebih-lebih lagi di bawah pimpinan Tan Sri ketika ini.

2.1. Namun begitu kertas siasatan ini kelak akan diteliti dan diputuskan olih Gani Patail, Peguam Negara. Diperingkat inilah dijangka akan berlaku, putar belit, manipulasi, penipuan dan pemalsuan apabila sedar akan caramana Gani Patail dan Musa Hassan menangani penyiasatan kes-kes jenayah apabila melibatkan Anwar Ibrahim(Anwar) dan Rahim Thambi Chik (Rahim) dimasa lampau.

2.2. Tidak syak lagi isu video ini adalah satu lagi “pertembungan” di antara Anwar dan Rahim. Adalah dipercayai juga motif pendedahannya,tidak kira samada video tersebut adalah tulen atau direkacipta,adalah terbit daripada dendam lama Rahim terhadap Anwar atas isu peribadi atau politik diantara mereka berdua.

LAPORAN POLIS ANWAR YANG MEMBABITKAN RAHIM

3. Di antara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 1999,Anwar telah membuat sejumlah empat (4) laporan Polis, mendedahkan perbuatan rasuah pemimpin-pemimpin Politik dan Kerajaan. Dalam laporan-laporan berkenaan Anwar turut mendakwa dan menamakan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir, Peguam Negara Allahyarham Mohtar Abdullah dan Gani Patail, ketika itu DPP Kanan, sebagai orang-orang yang telah menyalahgunakan kuasa dan menutup kes-kes rasuah tersebut.

3.1. Pertembungan lampau antara Rahim dan Anwar adalah apabila salah satu diantara laporan tersebut iaitu Tun H.S.Lee report 22517/99 bertarikh 20.8.1999 yang dibuat olih Anwar melibatkan Rahim.Dalam laporan ini Anwar juga mendakwa Tun Mahathir, Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sebagai telah menyalahgunakan kuasa mereka melindungi perbuatan rasuah Rahim serta menutup siasatan dan tidak mengenakan sebarang pendakwaan terhadap beliau.

3.2. Bersekali dengan report tersebut, Anwar telah menyertakan satu set salinan laporan siasatan Badan Pencegah Rasuah(BPR)terhadap Rahim yang disahkan oleh Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara dan ditanda tangani oleh Gani Patail yang mengkelaskan dokumen tersebut sebagai RAHSIA. Dokumen-dokumen ini dikatakan diberi kepada Anwar oleh Peguam Negara dan/atau Gani Patail ketika Anwar masih Timbalan Perdana Menteri.

4. Untuk makluman Tan Sri, secara kebetulan, saya yang menangani keempat-empat laporan yang Anwar buat itu termasuk laporan melibatkan Rahim atas sifat saya sebagai Ketua Jabatan Sisasatan Jenayah (KJSJ) Kuala Lumpur ketika itu. Saya perhatikan juga amaun rasuah melibatkan Rahim adalah antara yang paling sedikit jika dibandingkan dengan laporan-laporan lain.Jumlah terlibat lebih kurang RM40 juta(Empat puloh juta Ringgit sahaja) atau angka yang lebih tepat ialah RM 39,782,772.60 sen. Amaun ini dikatakan diperolehi olih Rahim menerusi salahguna kuasa dan kegiatan rasuah setakat yang dapat dikesan menerusi siasatan terperinci BPR dan disahkan olih Gani Patail.

4.1. Sebagai rekod Tan Sri,amaun terbesar yang disebutkan dalam salah satu laporan Anwar itu, melibatkan seorang pemimpin yang dikatakan telah memperolehi harta berjumlah dalam lingkungan RM 370 juta.(tiga ratus tujoh puloh juta Ringgit) dalam bentuk RM 220 juta tunai dan RM150 juta dalam bentuk saham,menerusi jalan rasuah.

5. Wajar saya jelaskan di sini bahawa terdapat perbezaan pendapat antara KJSJ Kuala Lumpur dengan Jabatan Peguam Negara mengenai cara pendekatan menangani laporan-laporan Anwar tersebut.Jabatan Peguam Negara menasihatkan supaya laporan-laporan tersebut diklasifikasikan di-bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 sahaja. Manakala KJSJ berpendapat klasifikasi ini tidak sepadan dengan laporan dan keterangan yang pengadu kemukakan serta mencadangkan kesemua laporan berkenaan diklasifikasikan di bawah Seksyen 2(1) Emergency (Essential Powers) Ordinance 2,1970 berkaitan kesalahan salahguna kuasa. Cadangan bertulis KJSJ terdapat dalam fail rujukkan (PR)35/26 bertarikh 25.8.1999. Siasatan dibawah Seksyen ini dijangka akan membabitkan rakaman keterangan daripada Tun Mahathir,Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sendiri serta lain-lain kenamaan.

5.1. Bagaimanapun pada 28.8.1999 saya telah menerima satu surat daripada Jabatan Peguam Negara Rujukan PRM(WP)5/99 SULIT(5) yang dialamatkan kepada saya persendirian,memaklumkan secara spesifik bahawa laporan yang Anwar buat melibatkan Rahim, akan disiasat oleh Musa Hassan setelah kononya Gani Patail membuat laporan terhadap Anwar pula kerana kesalahan di-bawah Akta Rahsia Rasmi.

5.1.2. Apa yang berlaku ialah, Gani Patail dengan kemudahan yang diberi oleh Musa Hassan telah menterbalikkan kedudukkan laporan Anwar yang melibatkan Rahim untuk menyebabkan Anwar pula disiasat dibawah Akta Rahsia Rasmi.Lebih mudah untuk saya menyatakan laporan melibatkan Rahim itu telah di”hijacked” oleh Musa Hassan daripada tangan KJSJ Kuala Lumpur.

5.1.3. Saya tidak pernah melihat laporan Polis yang kononya dibuat oleh Gani Patail itu ataupun kertas siasatan yang kononnya dibuat oleh Musa Hassan.Belum pernah juga berlaku Jabatan Peguam Negara pula yang memilih Pagawai Penyiasat yang mereka berkenan menyiasat sesuatu laporan polis.

5.2. Bagi mengelakkan sebarang keraguan berkaitan peristiwa diatas,saya sertakan buat pertama kalinya salinan surat Jabatan Peguam Negara bertarikh 28.8.1999 yang saya maksudkan. Walaupun ringkas, surat ini dengan jelas menunjukkan posisi Gani Patail,Musa Hassan dan saya berkaitan siasatan laporan Anwar yang melibatkan Rahim.

5.3. Secara kebetulan saya telah melaporkan perkara ini ketika Tan Sri masih Timbalan Ketua Polis Negara lagi, menerusi surat saya bertarikh 6.5.2010 dengan salinannya kepada YB Menteri Dalam Negeri.

6. Perbandingan yang boleh dibuat disini ialah apabila menangani siasatan terhadap Anwar, Gani Patail dan Musa Hassan sanggup melakukan apa sahaja antaranya memaksa pakar Kerajaan membuat beberapa laporan palsu, mengujudkan keterangan DNA palsu,menipu dan melakukan tindakan-tindakan melampaui batasan undang-undang dan lojik untuk mensabitkan kesalahan terhadap Anwar.

6.1. Sebaliknya apabila menangani siasatan berkaitan Rahim pula, Gani Patail dan Musa Hassan, sanggup melakukan apa sahaja antaranya, menterbalikkan fakta dan memutarbelitkan keterangan untuk membersihkan Rahim daripada sebarang salah laku jenayah sambil meletakkan kesalahan terhadap pengadunya pula.

6.2. Walaupun Musa Hassan telah bersara namun Gani Patail masih berkuasa sebagai Peguam Negara.Apabila siasatan mengenai video lucah ini sampai ketangan Jabatan Peguam Negara kelak,kita boleh menjangka pendirian Gani Patail, lebih-lebih lagi apabila mengambil kira isu video lucah ini juga adalah pertembungan antara Rahim dan Anwar.

6.3. Sekadar makluman Tan Sri juga,Dr.Abdul Rahman Yusof, Pakar Forensic HKL,yang telah digunakan oleh Gani Patail untuk menyediakan 3 laporan palsu dalam siasatan kes Mata-Lebam, adalah juga Pakar Forensic yang sama terlibat dalam membuat pemeriksaan fisikal Rahim, dalam kes seksual dengan gadis bawah umor berkaitan. Kebetulan juga saya pernah menjadi KJSJ Melaka sebelum Kuala Lumpur dan tidak munasabah jika saya tidak meneliti kertas siasatan kes Rahim itu, walaupun saya bukan Pegawai Penyiasatnya. Mungkin ini semua adalah “the long arm of coincidences” sahaja.

7. Mengenai kes rasuah terhadap Rahim pula,BPR dan Jabatan Peguam Negara mengesahkan dalam laporan mereka bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kes “prima facie” terhadap beliau. Malahan Jabatan Peguam Negara telah menyediakan empat (4) pertuduhan kesemuanya. Iaitu; 3 (tiga) pertuduhan dibawah Emergency (Essential Powers) Ordinance No:22 of 1970 dan satu pertuduhan kerana membuat Statutory Declaration (SD) palsu dibawah Sek.199 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan.

7.1. Bagaimanapun Rahim tidak dituduh langsung, setelah Peguam Negara “indemnify” segala kesalahan jenayahnya setelah Rahim dipercayai bersetuju untuk melepaskan jawatan dalam Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Parti Politik. Ini adalah apa yang terdapat di dalam laporan yang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara sendiri.

7.2. Tidak ada sebutan mengenai cara pelupusan harta berjumlah hampir RM40 juta yang Rahim perolehi secara rasuah itu .Tiada maklumat mengenai persetujuan yang dicapai oleh Rahim dan Peguam Negara berkaitan harta yang diperolehi sedemikian itu dalam bentuk:RM 5,439,796.40 sen dalam kawalan peribadi Rahim sendiri, RM14,487,420.50 sen simpanan tunai dalam beberapa buah bank dan RM19,855,555.70 sen harta Syarikat-Syarikat.

7.3. Persoalan yang tidak kurang pentingnya ialah adakah Peguam Negara mempunyai kuasa untuk “indemnify” kesalahan jenayah mana-mana orang berdasarkan pertimbangan Politik?. Adakah Peguam Negara berhak melepaskan wang Rakyat RM 40 juta sebegitu mudah untuk Rahim menikmatinya tanpa sebarang tindakan. Adakah ini sesuatu yang adil kepada Rakyat sedangkan Peguam Negara yang telah mengesahkan bahawa Rahim memperolehi harta sedemikian banyak menerusi salahguna kuasa dan rasuah. Apa yang jelas dalam kes Rahim ini, Peguam Negara juga telah menyalahgunakan kuasanya.

8. Saya ingin Tan Sri maklum,bahawa secara peribadi saya tidak mempunyai sebarang isu dengan Rahim.Malahan saya tidak pernah mengenali beliau, sekalipun untuk berjabat salam dengannya seumor hidup. Saya sendiri tidak sangka yang beliau akan muncul sebagai salah seorang dibelakang tayangan video lucah berkenaan. Keterangan-keterangan yang dikemukakan dalam laporan ini adalah berdasarkan pengalaman, pengetahuan peribadi serta dokumen-dokumen berkaitan, ketika saya menangani kes membabitkan beliau.

8.1. Isu yang sering saya bawa sehingga ke peringkat YAB Perdana Menteri secara persendirian, ialah bekenaan dengan salahlaku jenayah Gani Patail dan Musa Hassan yang bukan sahaja telah menjejaskan maruah PDRM dan saya secara peribadi malahan mereka mengkucar-kacirkan Sistem Keadilan Jenayah kita. Saya tidak ralat mendedahkannya memandangkan saya telah menasihatkan mereka berdua tahun 1998 bahawa sebarang pemalsuan dan penganiayaan akan terbongkar suatu hari nanti. Salahlaku jenayah mereka bukan setakat dalam siasatan kes mata-lebam sahaja. Saya yakin Tan Sri dan Timbalan Ketua Polis Negara maklum akan pendirian saya berkaitan perkara ini.

9. Walau bagaimanapun isu video lucah ini sedang dalam siasatan dan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenainya. Diharap maklumat yang saya sampaikan ini berfaedah untuk membantu Tan Sri memberikan pendengaran yang adil kepada semua pihak terlibat. Apapun saya berharap Tan Sri tidak akan merelakan PDRM diperlakukan sesuka hati Peguam Negara seperti yang berlaku selama beberapa tahun sebelum Tan Sri.

Selamat sejahtera dan selamat maju jaya.

Yang ikhlas,

Mat Zain Ibrahim

28 March 2011


sumber di sini


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Program penerangan tentang isu video lucah fitnah 3 oleh Chegu Bard


Selama 3 hari Chegu Bard berada di kawasan Utara tanah air untuk memberi penerangan tentang isu video lucah fitnah 3, Pada Sabtu malam Chegubard bercaramah di Permatang Pauh bersama Dato Johari Abdul, Guan Eng dan DSAI , walaupun keadaan hulan lebat di anggarkan hampir 5000 penyokong tidak berganjak dari mendengar penerangan dari pemimpin.

Pada hari Ahad sebelah petang Chegubard memberi penerangan dan merasmikan penubuhan Keadilan Ranting Kuala Muda di Cabang Kepala Batas.

Selepas itu pada sebelah malamnya Chegubard ceramah bersama Bob Lokman di Sg Seluang, Lunas. Sambutan memang amat memberangsangkan kerana isu video lucah menyebabkan rakyat cukup meluat dengan umno yang tidak mahu bincangkan masalah rakyat tentang kenaikan harga barang.

Isnin petang Chegubard hadir memberi penerangan di Dewan JKKK Sg Tiram, Bayan Lepas dan selepas itu Chegubard terus ke Sungai Petani untuk bersama dengan Ustaz Ahmad Izzat Shauki (Timbalan Speaker DUN Kedah ) memberi penerangan kepada penduduk di Taman Ria Jaya.

Chegubard yang telah didik dalam revolusi reformasi jalanan dan mempunyai pendirian yang tegas tentang prinsip perjuangan antara salah seorang yang telah menonton Video lucah tersebut menyatakan yang beliau yakin dan pasti yang dalam video tersebut bukan Dato Seri Anwar Ibrahim dan mereka yang membuat video tersebut memang berniat jahat dalam konspirasi fitnah yang jijik untuk menjatuhkan DSAI.

gambar gambar sekitar program Chegubard boleh ditatap di sini , disini dan di sini

DARI ANAK MUDA UNTUK ANAK MUDA

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Sabtu, 26 Mac 2011

Video SEX... Pengakuan Blogger UMNO


PENGAKUAN ANUAR MOHD NOR

Ada kalanya keghairahan menyebabkan kita hilang pertimbangan. Kemarahan melampau merugikan. Tindakan terburu-buru juga akan membodohkan dan yang paling dahsyat ialah rangkuman kesemua ini, keghairahan, kemarahan dan tindakan terburu-buru menyebabkan kita melakukan kesilapan yang akhirnya menjadi satu penyesalan.

Hari ini ramai yang membicarakan sama ada video itu benar – melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pendedahan demi pendedahan dilakukan. Persoalan Datuk T sama ada Trio atau hanya individu kembali wujud dengan pendedahan Badrul Hisham Shahrin dan Johari Abdul. Mereka semua dipanggil pada hari pertama menonton secara eksklusif dan berbual dengan Datuk T dan Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Benar persoalan yang mahu ditanya adalah BENARKAH ANWAR IBRAHIM ORANG YANG TERLIBAT DALAM VIDEO ITU? Semakin ghairah persoalan itu. Mereka yang dipanggil pada petang/malam 21hb March 2011 – setakat ini membuat pengakuan bahawa orang dalam video itu BUKAN ANWAR IBRAHIM. Mereka yang melihat video itu dan berbual secara peribadi dengan Rahim Tamby Chik pada hari tersebut adalah Badrul Hisham Shahrin dan Johari Abdul – kedua-duanya dari PKR. Dalam kenyataan Badrul Hisham Shaharin ada seorang BLOGGERS UMNO yang mengikutinya untuk menonton video lucah Carcosa itu. Beliau tidak mahu menyeret bloggers UMNO tersebut dan tidak mahu menyusahkannya. Apabila diajukan soalan siapa dia, BADRUL HANYA MENJAWAB TUNGGU DIA BERITAHU SENDIRI. Satu tindakan baik dan amat dihormati. Siapa bersama Badrul Hisham pada 21hb March 2011 yang menonton video itu dan bukan kalangan PKR tetapi UMNO ? Saya perlu menyatakan bahawa orang yang dikatakan bersama Badrul Hisham Shaharin, merujuk kepada kenyataan media beliau - yang beliau rujuk sebagai : BLOGGERS UMNO itu adalah saya sendiri!

Saya telah diajak oleh Badrul Hisham Shahrin menghadiri panggilan Datuk T ke Shangrila pada malam 21hb March 2011. Mungkin sayalah seorang blogger UMNO, ahli UMNO yang dapat menonton video lucah Carcosa pada hari video itu didedahkan. Mungkin itulah sebabnya saya katakan pada awal tulisan ini – ada kalanya keghairahan itu merugikan dan menyulitkan.

Mungkin tidak menonton lebih baik dari menonton. Akhirnya – sebelum spekulasi berterusan mengatakan mengenai orang UMNO yang hadir menonton bersama Chegubard yang juga adalah rakan baik saya – saya membuat pengakuan bahawa saya adalah orang ke 3 selepas dimaklumkan bahawa Johari Abdul, Badrul Hisham menonton pada malam 21hb March 2011 tersebut dan saya adalah ahli UMNO dan bloggers UMNO yang dimaksudkan oleh Chegubard. Saya juga dalam pengakuan ini menetapkan bahawa kehadiran saya adalah kerana jemputan/pelawaan dan kemahuan saya menuruti rakan saya Badrul Hisham Shaharin dan ini dilakukan atas kapasiti saya sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak lain, organisasi dan badan lain yang saya sertai. Sekian di maklumkanAnuar Mohd Nor anuarmohdnor@gmail.com


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Video sex...... Ada saksi bersama Anwar

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi4aJe6m-JdiumXTEgCq0I1KrUPurjcZtkueYbFjHDu2-Fk8IA5TYSBMjYzmbdRcj_2zTKBi0gWqbVG2f-IppxUGoK2R0VNei41n-7IEwp91CpbOLLojWEy-PxMP4Z3CFe9v5MvXuDGMrzp/s400/25022010249.jpgKUALA TERENGGANU – “Mustahil Anwar terlibat video salah laku seks memandangkan saya bersama beliau pada petang hari kejadian,” demikian kata Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Dungun, Abd Rahman Yusof.

Beliau berkata demi-kian ketika mempersoalkan video salah laku seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Abd Rahman menganggap isu yang kononnya dibongkar satu kumpulan diketuai Datuk ‘T’ itu hanyalah fitnah sambil menyifatkannya melampau dan melebihi had.

“Pada 21 Februari lalu, saya ada di rumah Anwar kerana terlibat dengan mesyuarat staf bagi tujuan pengurusan program pada bulan itu dan Mac ini. Jadi bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku, sedangkan kami bersama,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Seorang individu menggelari dirinya Datuk ‘T’ mendedahkan kepada media didakwa rakaman video salah laku seks pemimpin tertinggi PKR di hotel.

Rakaman berdurasi 21 minit itu menunjukkan individu terbabit mengadakan hubungan seks dengan pelacur asing, dirakam pada 21 Februari lalu.

Abd Rahman turut khuatir sekiranya semakin ramai orang Islam di negara ini ‘difasikkan’ berikutan fitnah yang dilempar terhadap Anwar.

Beliau turut difahamkan bahawa video itu hanya merakam individu dikatakan Anwar dari pandangan tepi, selain bentuk badan tidak menunjukkan bahawa ia adalah Anwar.

“Saya bimbang orang ramai yang percaya dan menyebarkan perkara sedemikian boleh termasuk golongan fasik,” katanya.

Mana ANWAR Dari Jam 9.20 Hingga 11.49Pm Pada 21 FEB?


Meh hamba hendak jawab soalan cap ayam mangkuk ayun si Faizah Utusan Meloya (baca sini).
Hendak tahu mana Anwar Ibrahim dari jam 9.20pm hingga jam 11.39pm pada 21 Februari itu? Yang dikatakan tidak berTwitter pada ketika itu.

Jawapannya;



Anwar Ibrahim telah ke Restoran Mc D 24jam untuk membeli 50 biji Big Mac untuk dimakan sekali gus agar perut Anwar yang kempis itu akan menjadi boroi dalam masa 30 saat.
Kemudian Anwar telah membeli air Coca cola juga dalam kuantiti 50, tetapi berunitkan liter untuk diminum juga dengan cara sekali gus agar perut Anwar akan kekal boroi untuk dirakam oleh Dato Eskay yang rupa sebiji macam Anwar Ibrahim.

Disebabkan juga Dato Eskay adalah lebih hitam dari Anwar, maka adalah lebih elok filem biru keluaran mamat Melaka itu dibuat dalam hitam putih agar ke'real'an filem itu dapat direalkan lagi untuk memaksimumkan proses pengeliruan orang ramai yang suka tengok filem lucah menontonnya. (Baru hamba tahu, ramai wartawan suka tengok cerita biru)

Sekian makluman jawapan fitnah yang hamba telah buat agar orang yang suka sangat berfitnah-fitnah ini boleh berfikir dengan kepala lutut, bukan dengan kepala kaki.

Padan muka Melayu.......

Nak baca lagi kutukan kepada umnoapco, layari; http://ibnmustaffa.blogspot.com/

Jumaat, 25 Mac 2011

Ahli Umno pun x pecaya Anwar dalam video sex tu....

Barangsiapo percayo bahawo Anwar melakukan seks dongan Amoi cinabeng ini, mako terjatuhlah dio sebagai anak luar nikah.samo juga mempercayai Najib meliwat Zul kulim...kahkahkah


Itulah berlaku ket opis den beb duo hari lopeh.biasolah mangkuk2 umno sahabat den ni bukan orang celik politik,malah politik mereko hanyo ikut-ikutan.Politik orang yang tak pernah kenal tikar sembahyang,politik baka dari lombu umno.muahahahahaha.

Bongap tak bongap kawan den ni kes 3 stooges ni dah hampir basi baru dio terkojut,itupun kerano jentero umno Tv3 duk canang. Memang banggang tahap zainuddin maiden.

"Cammano bhai botul ko Anwar yang buet korjo tu? Kes liwat bolum solosai dah create cito lain?" Lobih kurang cam gitulah bunyinyo, kawan den yang kaki nombor ekoq.....muahahahaha kantoi siot.

Bhai....cam gini den tak nak cito banyak,meh sini den nak tunjuk kat ekau gambar yang dikatokan Anwar Brahim.Dari situlah ramai kaki atas pagar,umno totok tengok gambar blur kesamaran masing-masing menafikkan itu bukan Anwar tapi itu bapak dio Ibrahim Ali...kahkahakhkah

Den harap kawan-kawan den yang berado ateh pagar,masih bersekongkol dongan gerombolan Ameno berubah kembali pada kebenaran.Den bukan tak tahu yang ekau malas nak berubah sobab ekau raso seleso kehidupan skarang walaupun dibebani kesempitan hidup akibat kenaikan hargo barang beb.ekau raso seleso tiap-tiap bulan tut2 gaji masuk.jonis tak pikir kemasyarakan

Den menyeru kawan-kawan den yang masih berado dalam UMNO berubahlah ...tengok pado kes bidio ni sudah cukup mengenal siapokah umno dan siapokah fitnah? Den umno berani berubah beb,kenapo ekau penakut ?jangan jadi cam najib beb takut kat losmah...kahkahkah


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...