Langkau ke kandungan utama

Video SEX... Pengakuan Blogger UMNO


PENGAKUAN ANUAR MOHD NOR

Ada kalanya keghairahan menyebabkan kita hilang pertimbangan. Kemarahan melampau merugikan. Tindakan terburu-buru juga akan membodohkan dan yang paling dahsyat ialah rangkuman kesemua ini, keghairahan, kemarahan dan tindakan terburu-buru menyebabkan kita melakukan kesilapan yang akhirnya menjadi satu penyesalan.

Hari ini ramai yang membicarakan sama ada video itu benar – melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pendedahan demi pendedahan dilakukan. Persoalan Datuk T sama ada Trio atau hanya individu kembali wujud dengan pendedahan Badrul Hisham Shahrin dan Johari Abdul. Mereka semua dipanggil pada hari pertama menonton secara eksklusif dan berbual dengan Datuk T dan Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Benar persoalan yang mahu ditanya adalah BENARKAH ANWAR IBRAHIM ORANG YANG TERLIBAT DALAM VIDEO ITU? Semakin ghairah persoalan itu. Mereka yang dipanggil pada petang/malam 21hb March 2011 – setakat ini membuat pengakuan bahawa orang dalam video itu BUKAN ANWAR IBRAHIM. Mereka yang melihat video itu dan berbual secara peribadi dengan Rahim Tamby Chik pada hari tersebut adalah Badrul Hisham Shahrin dan Johari Abdul – kedua-duanya dari PKR. Dalam kenyataan Badrul Hisham Shaharin ada seorang BLOGGERS UMNO yang mengikutinya untuk menonton video lucah Carcosa itu. Beliau tidak mahu menyeret bloggers UMNO tersebut dan tidak mahu menyusahkannya. Apabila diajukan soalan siapa dia, BADRUL HANYA MENJAWAB TUNGGU DIA BERITAHU SENDIRI. Satu tindakan baik dan amat dihormati. Siapa bersama Badrul Hisham pada 21hb March 2011 yang menonton video itu dan bukan kalangan PKR tetapi UMNO ? Saya perlu menyatakan bahawa orang yang dikatakan bersama Badrul Hisham Shaharin, merujuk kepada kenyataan media beliau - yang beliau rujuk sebagai : BLOGGERS UMNO itu adalah saya sendiri!

Saya telah diajak oleh Badrul Hisham Shahrin menghadiri panggilan Datuk T ke Shangrila pada malam 21hb March 2011. Mungkin sayalah seorang blogger UMNO, ahli UMNO yang dapat menonton video lucah Carcosa pada hari video itu didedahkan. Mungkin itulah sebabnya saya katakan pada awal tulisan ini – ada kalanya keghairahan itu merugikan dan menyulitkan.

Mungkin tidak menonton lebih baik dari menonton. Akhirnya – sebelum spekulasi berterusan mengatakan mengenai orang UMNO yang hadir menonton bersama Chegubard yang juga adalah rakan baik saya – saya membuat pengakuan bahawa saya adalah orang ke 3 selepas dimaklumkan bahawa Johari Abdul, Badrul Hisham menonton pada malam 21hb March 2011 tersebut dan saya adalah ahli UMNO dan bloggers UMNO yang dimaksudkan oleh Chegubard. Saya juga dalam pengakuan ini menetapkan bahawa kehadiran saya adalah kerana jemputan/pelawaan dan kemahuan saya menuruti rakan saya Badrul Hisham Shaharin dan ini dilakukan atas kapasiti saya sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak lain, organisasi dan badan lain yang saya sertai. Sekian di maklumkanAnuar Mohd Nor anuarmohdnor@gmail.com


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Jelajah 10 Kota: Anwar On Trial - In the Face of Injustice, 15/1 Jumaat, 8mlm @ Masyarakat Penyayang Penang

Kes Datuk Seri Anwar sekali lagi mencabar keadilan Institusi Kehakiman Negara kita. Walaupun, terdapat banyak bukti Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat oleh doktor, DSAI masih dihadap ke makhamah. Sementara itu, kes Qazaf terhadap Saiful pula diperlewatkan. Adakah semua ini berunsurkan politik? Forum ini akan membincangkan kes DSAI 1998 dan implikasinya terhadap kes DSAI 2010. Forum Jelajah 10 Kota: Anwar On Trial - In the Face of Injustice. Tarikh: 15hb Januari, 2010 (Jumaat) Masa: 9mlm Tempat: Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, (Sebelah rumah Governor) Panelis: 1. YB Sim Tze Tzin (Setiausaha Politik DSAI) 2. YB Yusmadi Yusoff (Peguam) 3. Azmi Abdul Hamid (President Teras) Pengerusi: YB Jason Ong Khan Lee Dianjur oleh Biro Komunikasi Parti Keadilan Pulau Pinang bersama Anwar Ibrahim Club Percuma! Semua Dijemput. http://www.anwaribrahimclub. com/land/10kota/ Minta Sebarkan melalui Email, Blog, Facebook dan Twitter. Dear friends, Datuk Seri Anwar Ibrahim Sodomy Trial II

KEJADIAN KAD PENGENALAN DIGUNAKAN OLEH PENGUNDI HANTU DI SELURUH MALAYSIA

Mulai hari ini, #siasatpru13 akan mula menampilkan bukti-bukti yang mengesahkan bahawa Pilihanraya Umum ke-13 dicemari dengan penipuan dan penyelewengan terancang yang berleluasa di seluruh negara. Setiap minggu, #siasatpru13 akan mengadakan 2-3 sidang media untuk membawa bukti ini kepada rakyat. Selain dari bukti-bukti yang ditunjukkan, #siasatpru13 juga akan membawa saksi-saksi terbabit untuk menampil memberikan keterangan. Penyelewengan yang paling berleluasa adalah kehadiran pengundi hantu yang berpunca dari daftar pengundi yang tidak bersih. Perkara ini membayangkan kelemahan dan mungkin keterlibatan dua badan yang bertanggungjawab, iaitu Suruhanjaya Pilihanraya dan Jabatan Pendaftaran Negara. Kehadiran pengundi hantu membawa impak yang besar yang meruntuhkan keyakinan rakyat kepada integrity keputusan PRU13. Apabila pengundi hantu wujud, segala keputusan – dari undi majoriti, peratusan keluar mengundi, pola pengundian mengikut saluran dan la

Banjir Kilat Di Sg Dua

Hujan yang turun dengan lebat pagi tadi telah menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Pulau Pinang telah mengalami banjir kilat termasuk di Sg Dua berhampiran USM. Beberapa kenderaan juga telah ditengelami air yang telah naik secara mendadak dari limpahan air dari tasik USM Sebentar Lagi YB Raveen Adun Batu Uban dan YB Sim Adun Pantai Jerjak yang juga Ketua Cabang Keadilan Bayan Baru serta pegawai dari MPPP dan JPS akan melakukan lawatan ke kawasan yang terlibat.