Isnin, 9 Januari 2017

Perbicaraan kes Saman Fitnah DSAI lwn Ranjit Singh & NST


Ratusan penyokong PKR berarak ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang awal pagi ini sebagai tanda setiakawan dengan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadiri kes di situ.

Disertai wakil rakyat Pakatan Harapan, mereka melaungkan “Bebas Anwar”, “Reformasi” dan “Hidup rakyat” sebelum masuk ke mahkamah untuk mengikuti prosiding di hadapan hakim Rosli Yop.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng serta anggota keluarga mendiang Karpal Singh turut hadir memberikan sokongan.

Anwar memfailkan saman fitnah RM70 juta terhadap New Straits Times (NST) dan tiga lagi individu berhubung artikel yang didakwa menggambarkannya terlibat dalam pengubahan wang haram.

Anwar merujuk artikel dalam NST bertarikh 6 Ogos 2013 dan 3 Februari 2014.

Peguam Ranjit Singh Dhillon, pemberita Looi Sue-Chern and Adrian Lai serta NST Press Bhd masing-masing disaman RM10 juta, RM5 juta dan RM50 juta.

Anwar berkata defendan mendakwa beliau membayar Karpal sebanyak RM50 juta, yang didakwa terlibat dalam pengubahan wang haram, untuk merasuah hakim dan pihak pendakwaan serta menggunakan Majlis Peguam untuk politik peribadinya.

Ranjit diwakili oleh Baljit Singh manakala tiga lagi daripada NST diwakili oleh Umi Farhana Mohd Nasir of Raja Reza & C.O
Anwar memohon perintah mahkamah supaya defendan-defendan menyiarkan permohonan maaf dan menarik balik dakwaan dibuat.
Beliau juga mahu ganti rugi RM70 juta, dalam bentuk ganti rugi am dan teladan, kos serta lain-lain yang diputuskan mahkamah.

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...